clixsense

Rabu, 18 Januari 2012

Jangan buang masa serang peribadi Nik Aziz

Bermula 15 Januari 2012 janji belanjawan 2012 untuk memberi bantuan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang berpendapatan kurang RM3000 telah bermula dan pengagihan wang berjalan mengikut apa yang janji oleh Perdana Menteri.
Setelah satu demi satu bukti menjadi saksi.. satu demi satu juga hujah dan ejekan kepada kerajaan dipatahkan, kita akan berani menyimpulkan bahawa rakyat yang ingin berfikir akan teragak- agak untuk menafikan undi kepada BN pada pilihanraya nanti. Rakyat sebenarnya sudah mengakui akan kemampuan kerajaan memberi kebajikan kepada rakyat cuma yang tinggal adalah sebilangan rakyat berharap akan ada Kerajaan selain BN yang boleh memberi kemudahan dan kebajikan kepada rakyat secara lebih- lebih baik lagi seperti sekarang dan mereka sedang melihat kemampuan itu di empat negeri yang diperintah PR.
Mengikut trek rekod dan suasana sosial kita sangat menyebelahi pihak yang mendakwa zaman BN adalah lebih baik dari pemerintahan PR yang sentiasa tersasar daripada harapan baru rakyat.. PR gagal dalam menyediakan kebajikan, agama dan budaya kaum Melayu yang menjadi teras kestabilan di Malaysia.
Pun begitu masih ada satu kumpulan yang tidak meletakkan kestabilan sosial dan perkembangan ekonomi sebagai faktor memilih pemimpin, masih ramai yang mengakui bahawa faktor keagamaan dan peribadi adalah lebih utama daripada kebajikan dan faktor inilah yang memihak kepada Nik Aziz dan PAS di Kelantan, mereka adalah satu kelompok masyarakat Melayu tulen yang rela mati anak daripada mati adat, mereka juga rela hidup susah dan melarat daripada tunduk kepada paksaan sekalipun paksaan itu untuk kebaikan mereka sendiri. Dalam kehidupan mereka perasaan merdeka, bebas dan biar papa asal bergaya adalah lebih utama daripada hidup mewah tetapi hati tidak puas.
Dalam menghadapi politik Kelantan, BN tidak boleh berbangga dengan cara mereka di mana- mana negeri pun. Dan PAS juga tidak berjaya menggunakan formula Kelantan untuk berjaya di negeri- negeri lain. Pengundi yang memenangkan calon PAS di kelantan sudah pun tahu bahawa pemimpin PAS tidaklah secekap dan sebaik pemimpin UMNO dalam menguruskan negeri. mereka tidak peduli tentang cara pemerintahan.. bagi mereka kehidupan tetap seperti biasa walau sesiapa pun menjadi Menteri Besar, kehidupan tetap sama yang mana petani tetap menjadi petani, nelayan tetap menangkap ikan dan pekerja kerajaan tetap makan gaji walaupun PAS atau UMNO memerintah. Tetapi undi mereka adalah kerana pembawaan pemimpin dan kecenderungan meletakkan agama sebagai amalan harian telah menarik minat pengundi. Dalam hal ini kita terpaksa mengakui bahawa Nik Aziz berjaya dengan penampilannya dan sehingga kini tidak ada tokoh lain yang berjaya menterjemahkan diri mereka sebagai wajah parti selain Nik Aziz. dan tidak keterlaluan jika dikatakan pengundi di Kelantan sebenarnya tidak mengundi PAS tetapi mengundi Nik Aziz. 
Akhir- akhir ini Tok Pa (Dato Sri Mustapha mohamad) sahaja yang boleh mencuri undi diri Nik Aziz hanya kerana penampilan dan pembawaanya sebagai orang berjurus (baik) dan pintar walaupun kalah dengan persepsi amalan agama masih kurang berbanding Nik Aziz. Tok Pa punya kelebihan menjadi Menteri Besar baru hanya kerana Nik Aziz semakin lanjut usia dan sering silap dalam tugasnya, sekiranya bukan kerana kelemahan itu kita yakin sikap berjurus dan otak geliga Tok Pa belum cukup melunturkan kemahuan rakyat Kelantan untuk pangkah PAS. 
Menyedari kehendak dan ketakutan rakyat Kelantan kepada apa saja kaitan agama, kita berharap agar pihak UMNO jangan menyerang peribadi tokoh seperti Nik Aziz tetapi giatkan pembongkaran kesalahan dan kesilapan Nik Aziz dan barisan exconya.. strategi mengutuk Nik Aziz tidak akan berjaya merubah tanggapan rakyat kepada beliau kerana rakyat kelantan tetap percaya Nik Aziz hanya lemah mentadbir dan mengurus hal- hal berkaitan pembangunan fiskal tetapi tetap berjaya mengurus tingkah laku pengikut dan rakyat. Hanya jika UMNO berjaya membuktikan agenda kebajikan rakyat dan pentadbiran lebih penting daripada penampilan pemimpin, mereka akan berjaya menawan Kelantan. Dan PAS akan terus berkuasa sekirannya masih mampu berkata bahawa agama bawaan PAS lebih baik dari segalanya.