clixsense

Isnin, 10 September 2012

PAS KOYAA BEST... DAPAT MINYAK

APA YANG TERSEMBUNYI ????

KES SAMAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN TERHADAP PETRONAS
    - PAS hanya mahu perbicaraan berdasarkan Perjanjian Suratcara 1975 dan tidak mahu perbicaraan dibuat
       berdasarkan semua undang- undang yang ada dan berkaitan. Apa yang PAS Kelantan takut ?

AKTA 136 AKTA KONTRAK 1950
    - Satu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang- undang adalah terbatal. Ertinya setiap
      perjanjian mesti ikut dengan undang- undang negara yang sedia ada.

Ini Bermakna - Perjanjian Suratcara 1975 mesti ikut akta- akta berikut sewaktu ianya ditandatangani, iaitu
                       Akta Kontrak 1950, Kanun Tanah Negara, Akta Pelantar Benua 1966, Ordinan Darurat
                       1969 (dimansuhkan 2011) dan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Maka - Berdasarkan semua akta- akta ini, dalam Perjanjian Suratcara 1975 Kerajaan Kelantan hanya boleh
             ikat perjanjian menyerahkan tanah dalam Negeri Kelantan dan Perairan Kelantan yang jaraknya
             tidak lebih 3 batu nautika (5.556 km) yang diukur pada waktu air surut.

Pembohongan Besar bila PAS kata Kerajaan Kelantan serah lebih dari itu. macam mana satu pihak boleh masuk kontrak dan serah benda yang bukan miliknya.


CARA BAIK BN DAN USAHA PAS..

4 NOVEMBER 2009 - Perdana Menteri umumkan pembayaran Wang Ehsan kepada Kelantan selaras dengan pembayaran yang dibuat kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak. RM62 juta telah dibayar.

KUASA PERDANA MENTERI - dalam Akta 144 membenarkan PM mengarahkan apa- apa Bayaran Tunai dibuat kepada mana- mana negeri berdasarkan aktiviti di Perairan Malaysia.

PAS MENENTANG PEMBAYARAN WANG EHSAN DAN MENUNTUT BAYARAN LEBIH DENGAN MENDAKWA ADA TELAGA PETROLEUM DIBAYAR KEPADA TERENGGANU SEPATUTNYA DIBAYAR KEPADA KELANTAN....

Perlunya Jawatankuasa Khas -
Tidak ada sempadan laut antara negeri Terengganu dan Kelantan. Jadi untuk menyelesaikan tuntutan ini, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana pembahagian perlu dibuat.

Berapa perlu dibayar dan bagaimana pembayaran dibuat juga akan disyorkan oleh jawatankuasa khas ini yang turut diwakili oleh wakil setiap negeri yang diperkenankan oleh KDYMM Sultan- Sultan negeri terbabit.

Dalam tempoh tidak lebih enam bulan jawatankuasa ini perlu kemukakan syornya tetapi jika kajian selesai lebih awal dari tempoh itu, bererti keputusan boleh dilaksanakan sebelum 6 bulan.

JAWATANKUASA KHAS - Diketuai oleh ketua hakim negara dan dianggotai oleh pakar undang- undang 
                                                tempatan dan antarabangsa serta wakil Kerajaan Negeri Kelantan, Pahang 
                                                dan Terengganu yang diperkenankan oleh KDYMM Sultan negeri masing-
                                                masing.
                                              - Tanggungjawab membuat kajian mengenai semua tuntutan yang dibuat oleh
                                                 Kelantan, Pahang dan Terengganu.
                                               -Mengenalpasti negeri- negeri yang layak terima bayaran tunai hasil carigali 
                                                 minyak dan gas dalam perairan Malaysia di Laut Cina Selatan.
                                               - Menentukan berapa banyak setiap negeri patut terima
                                               - Menentukan kaedah pemberian wang kepada setiap negeri.

JAMINAN PM
- Setiap tuntutan akan dikaji dengan teliti dan keputusan akan dibuat dalam tempoh enam bulan
- Perdana Menteri memberi jaminan rakyat tidak perlu curiga sebab jawatankuasa khas ini akan bertindak
  dengan telus dan adil
- Segala syor jawatankuasa khas ini akan diterima dan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.
- Niat Kerajaan Persekutuan adalah untuk menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan oleh setiap negeri.

PAS GELISAH KERANA JAWATANKUASA INI AKAN SELESAIKAN SEGALA ISU BERBANGKIT. PAS SEBENARNYA MAHU ISU INI TIDAK DISELESAIKAN SEBELUM PILIHANRAYA KERANA MEREKA MAHU TERUS MENGELIRUKAN RAKYAT KELANTAN