Terbaru.. bekas Perdana Menteri yang juga pernah digelar Mahazalim oleh Muhamad Sabu, yang juga individu bertanggungjawab mutlak menafikan peluang Dato Sri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri malaysia dilihat hadir memberi sokongan kepada banduan Penjara sungai Buloh itu. Anwar yang hadir ke mahkamah bagi memfailkan permohonan untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN 2016). Tun Mahathir hadir sebagai menunjukkan sokongan terhadap tindakan itu. Ia dilihat sebagai sokongan moral dan tanda kesepakatan memandangkan mereka kini senada di dalam menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.
Apa agaknya tanggapan kedua- dua penyokong bekas pemimpin UMNO ini, Adakah penyokong Anwar Ibrahim sekali lagi akan dijerat oleh Mahathir yang semestinya dalam perancangan untuk memberi laluan kepada Mukhriz Mahathir menerajui negara. Atau Penyokong Anwar sedang cuba mencari kekuatan dan sokongan pengikut Mahathir bagi membolehkan pemimpin umum PKR berjaya mengawal negara secara mentor melalui isterinya Wan Azizah atau orang paling dipercayainya Azmin Ali.
Sungguh dua kumpulan kecewa ini tidak akan dapat berkongsi mimpi yang sama tambahan pula Tun Mahathir terlebih dahulu sudah dituntut 4 syarat sekirannya ingin bersama Anwar dan pengikut -pengikut parti PKR. 4 syarat yang pernah dituntut oleh pengikut Anwar adalah
1. Mahathir perlu menyokong pembebasan Anwar
2. Mahathir perlu menyokong segala langkah memulihkan sistem kehakiman
3. Mahathir hendaklah menolak semua akta yang masih digunapakai
4. mahathir hendaklah mengembalikan hak rakyat termasuk lambang dan identiti keagamaan
Dalam percaturan ini orang UMNO akan semakin bersatu dan bersolidariti dalam menilai tembelang Mahathir yang semakin hari semakin tersingkap. Muhyiddin pula yang dijadikan alat oleh Mahatir masih rimas dibelenggu skandar Nika Lee disamping sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi beliau bukanlah individu yang dijangka akan berada di tampuk kepimpinan tertinggi negara.
Kisah dan cita- cita Anwar Ibrahim sudah semakin hambar dibawa arus waktu, Mahathir pula sedang mengalami keadaan hilang kepercayaan ahli UMNO. Aura Mahathir memberontak tidak setanding zaman Reformasi Anwar Ibrahim.. Penentangan Muhyiddin Yasin kepada parti UMNO juga tidak seteruk ketika Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Presiden parti.
Tindak tanduk pemimpin pemimpin besar ini telah membuka mata kepada penyokong parti masing- masing bahawa tidak ada seorang pun boleh dipercayai dan dalam keadaan ini ternyata pengikut kedua pemimpin berkenaan terumbang ambing kebingungan manakala penyokong bawahan UMNO pula mendapat pengajaran jelas dalam perkemaskan sokongan mereka kepada institusi parti bukannya pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan