clixsense

Khamis, 8 Julai 2021

Keputusan Presiden dan MT UMNO : Kemenangan ahli dan penyokong UMNO

Sebelum sidang media presiden UMNO selepas mesyuarat MT UMNO malam tadi, grup grup khasnya grup whatsap politik sudah bergetar dan berdebar menunggu berita. Grup dan kumpulan tidak mesra UMNO sudah mula melancarkan serangan psikologi kepada penyokong UMNO, 

Saya sempat melihat sekejap FB live  peguam lawak dari Sabah, Julfazli dia sangat gembira malam tadi dengan apa yang berlaku pada 7hb Julai. Julfazli mentertawa, mengejek dan menghina Zahid Hamidi, Bossku, Lokman Adam serta Fuad Zarkashi yang sangat tidak digemari dan digelar Fuad Zakar. Rumusannya Julfazli berkata UMNO sudah checkchmate dan terpaksa mengalah berserah kepada Mahiaddin dan kerajaan PN selepas Perdana Menteri melantik Naib Presiden UMNO Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Hishamuddin Hussin dinaik taraf sebagai menteri kanan. 

Di dalam grup- grup whatsapp penyokong UMNO pula, kemarahan dan kekecewaan sudah mula berbunga kerana khuathir MT dan presiden mungkin akan mengalah serta mengikut rentak Mahiaddin Yassin dan mengenepikan mandat dalam PAU yang lalu, luahan kebimbangan jelas datang dari penyokong dan ahli parti yang tiada kepentingan peribadi.

Selepas selesai Mesyuarat MT dan sidang media oleh presiden, Ia jelas memihak kepada keputusan di PAU2020. Ahli UMNO keriangan, puas hati dan takbir turut bergema bila mana di akhir ucapannya Presiden dengan tegas berkata "Bagi memenuhi mandat Perhimpunan UMNO 2020, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin ditarik balik dan ditamatkan serta-merta,"

Itulah kemenangan, itulah keputusan yang ditunggu tunggu oleh majoriti ahli UMNO dan tidak keterlaluan jika dikatakan itulah juga kehendak seluruh rakyat Malaysia. Penarikan sokongan yang tidak memberi pilihan untuk pilihanraya awal, tidak bercadang untuk menyokong Anwar Ibrahim dan PH. Inilah antara kebijakan UMNO yang barangkali tidak dimiliki oleh parti parti lain. UMNO sangat matang dan tetap meneruskan tradisi membela rakyat, mempertahankan raja- raja Melayu walaupun UMNO kini bukan menerajui negara.

Peguam lalok Julfazli, JKOM, penyokong PN serta rakan mesra PPBM masih tidak faham, masih tidak merasai bahawa denyut nadi ahli UMNO adalah menolak jawatan TPM serta masih terluka dengan kebaculan Hishamuddin ketika UMNO hilang kuasa. Kerana itu mereka yakin untuk kekal menguasai Putrajaya sehingga ke pilihanraya umum 15.

Dengan keputusan berani, bermaruah dan berwibawa, Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan terus disokong oleh ahli- ahlinya. Manakala 35 ahli parlimen UMNO yang menyokong penarikan, 15 menyokong penarikan bersyarat akan dengan mudah mendapat sokongan ahli parti dan 6 ahli Parlimen yang menentang keputusan menarik sokongan kepada PN akan melalui laluan sukar dalam pemilihan UMNO akan datang. Ahli- ahli UMNO akan berusaha memastikan yang dikatakan 6 Jahanam ini akan diketepikan daripada berada di saf kepimpinan.

Apa yang kita jangka hampir menjadi kenyataan bahawa kerajaan PN tidak akan berjaya mentadbir untuk masa yang lebih lama daripada PH dan sebetulnya sudah runtuh jika tiada sogokan jawatan, ugutan, caj mahkamah dan pengistiharan darurat oleh Mahiaddin Yasim sebagaimana yang saya tulis di blog Kabinet Perang Dingin

Alhamdulillah manusia merancang, tuhan juga merancang dan Allah swt bersama orang- orang yang sabar.