clixsense

Ahad, 15 September 2019

Penyatuan Ummah : Kekayaan menanti pemimpin PH...


Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC pada 13 September dan kemuncaknya adalah menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada hari ini 14 September 2019 adalah kejayaan besar dua parti politik terbesar orang Melayu di Malaysia iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Semalaysia (PAS). Rata rata penyokong dan pemimpin UMNO menyuarakan kesyukuran, kekalahan Barisan Nasional pada pilihanraya Umum ke 14 yang lalu rupanya mempunyai hikmah dan kebaikan yang lebih besar dan lebih bermakna daripada kemenangan, iaitu kembalinya apa yang disifatkan saudara kandung UMNO yang terpisah hampir 7 dekad, begitu juga dengan PAS yang berbesar hati menelan sengketa dan perbezaan teknikal dalam perjuangan politik demi mencapai tujuan yang sama.. Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan.

Himpunan Penyatuan Ummah yang dikatakan sebagai kelas dunia ini mengundang kegusaran dan kegerunan yang tidak sedikit kepada pihak parti kerajaan  terutama Parti BERSATU kerana rancangan mereka untuk menggantikan Parti UMNO sebagai wadah orang Melayu menjadi buntu. Benar dan tidak dinafikan Himpunan Penyatuan Ummah ini bukanlah kerana keinginan Penyatuan Ummah yang sebenarnya tetapi atas faktor politik sebagaimana yang didakwa oleh pihak parti kerajaan.

Jika UMNO masih kekal menguasai Putrajaya mungkin tidak akan berlaku Penyatuan dengan PAS, Begitu juga dipihak PAS sekiranya tidak wujud Parti Amanah yang menjadi tamparan hebat kepada PAS mungkin PAS masih yakin mereka akhirnya boleh menguasai kerajaan pusat tanpa bersama parti UMNO, Inilah yang dikatakan manusia merancang tetapi sebaik- baik perancangan adalah dari Allah swt, kekalahan UMNO dan perpecahan dalam PAS adalah jalan terbaik untuk mereka duduk berbincang bersama. Maka tidak salah jika niat menguasai politik digabung bersama matlamat penyatuan ummah dan ianya menjadi lebih baik terutama kepada bangsa Melayu dan Islam itu sendiri seumpama mengerjakan umrah di musim haji, kedua- dua dapat. 

Sindiran dan kecaman oleh parti kerajaan terutama parti AMANAH kepada PAS dan BERSATU kepada UMNO atas penyatuan ini adalah adil sebagaimana UMNO dan PAS juga menyindir dan mengecam kerjasama mereka dengan DAP dan PKR yang didakwa sebagai tindakan politik untuk berkuasa menjadi kerajaan, tetapi dalam ukuran Politik yang memihak kepada bangsa dan agama majoriti rakyat, adakah tindakan BERSATU dan PAN lebih baik daripada langkah UMNO dan PAS..?

Kesempatan bersama dalam Himpunan Melayu yang lebih besar daripada Perhimpunan Agung UMNO yang setiap tahun di adakan di PWTC ini, membuatkan kita rasa suatu kejutan yang berbeza, sebelum ini perwakilan UMNO menangis takut kehilangan kuasa, hari ini mereka menjadi sebak dan menitis air mata bersama PAS kerana penyatuan setelah hilang kuasa, walaupun ada yang menganggap UMNO memerlukan sokongan ahli PAS untuk terus ke depan tetapi ahli PAS juga perlu bersyukur apabila hari ini dan Insya Allah hari seterusnya segala kemudahan dan fasiliti milik UMNO di PWTC dan di mana juga akan dikongsi bersama, sebelum ini PWTC sangat asing dengan sumbangan wang ringgit kali ini orang UMNO perlu pasrah melihat cara penyokong PAS yang rajin menghulur tabung serta plastik derma, sebelum ini orang UMNO sangat jarang melihat barangan parti seperti bendera parti dan T-Shirt berlogo parti dijual pada majlis parti kali ini orang UMNO perlu belajar menghargai apa yang dibayar oleh ahli dan penyokong, perbezaan ini harus dilihat secara baik, penyokong UMNO dan PAS akan belajar menambahbaik kekurangan dan berkongsi kelebihan. 

Jemputan yang mempunyai pass masuk ke Dewan Merdeka  adalah terhad iaitu 6 orang UMNO dan 6 orang PAS dari setiap Bahagian/ Kawasan, sebagai penyokong kecil tanpa Pass saya berada di Dewan Tun Hussin Onn menyaksikan skrin besar perjalanan program, untuk makluman semua 3 Dewan iaitu Merdeka, Hussin Onn serta Tun Ismail penuh sehingga ramai yang bersila di lantai hingga ke pentas skrin, begitu juga skrin luar dewan berhampiran tangga serta puluhan ribu penyokong di luar bangunan PWTC, saya kira jumlah ini tidak akan mampu diperlekeh oleh parti lawan.

Selain pertama kali mendengar lagu UMNO dan PAS dinyanyikan dalam dewan yang sama, ada suara kelegaan daripada ahli PAS di belakang yang berbunyi ".... selama perhimpunan inilah pertama kali berada di tempat selesa, biasanya kena redah hujan dan panas untuk ke dewan,,"  dan sebagai orang Kelantan saya juga rasa bangga bila mereka memuji kebijakan Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung PAS dari negeri yang sama, kata mereka "... bijak politik orang Kelantan lihatlah kedua dua mereka dari Kelantan,,,"

Saya tidak menolak kebarangkalian Pakatan Harapan mula menggeruni penyatuan ini, Piagam Muafakat Nasional yang bukan sahaja akan ditandatangani oleh UMNO dan PAS tetapi juga akan mengundang lain lain parti untuk turut menandatangani, parti daripada Barisan Nasional serta Gagasan Sejahtera mungkin akan menyusul menandatangani dan jika ia dilihat maju ke depan parti peribumi Sabah dan Sarawak juga akan bersama. Pemimpin PH, Ahli kabinet serta YB- YB dari PH akan hilang fokus pentadbiran, tiada lagi matlamat jangka panjang untuk berkhidmat, saya percaya tidak ramai yang benar- benar akan jujur berkhidmat untuk rakyat bila tahu mereka sudah kesuntukan masa. Besar kemungkinan kekayaan dan harta negara akan di ambil dengan pelbagai cara dalam waktu yang singkat sebelum pilihanraya.. Tidak perlu terlalu bersangka baik dengan ahli politik terutama bangsa peniaga seperti Cina DAP, apa guna dapat kuasa kalau tak dapat Kekayaan..