clixsense

Khamis, 8 Mac 2012

Ku Li adalah Winnable Candidate

YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah atau Ku Li sekali lagi memanaskan politik negara terutamanya Kelantan dan Gua Musang khasnya, Sebagai orang paling otai dalam politik atau dengan kata lain Ku Li menjadi ahli Yang Berhormat paling lama dalam negara (ke 2 Taib Mahmud) bermula di zaman Tun Razak dan kini anaknya Dato Sri Najib. Sebagai seorang yang dikatakan kebal dan mempunyai penyokong tegar, Ku Li sentiasa memenangi dalam setiap pilihanraya walau mewakili mana- mana parti politik sekalipun. 
Kebelakangan ini timbul cerita dari Gua Musang tentang kemunculan 16 orang AJK Bahagian yang mula menyuarakan hasrat agar Ku Li tidak bertanding dalam pilihanraya akan datang. Dari manakah idea dan cubaan ini muncul.. sebagai seorang yang merasai kekuatan Ku Li kita merasakan gerakan ini sangat merbahaya dan tidak kena pada masa, tempat dan tokoh yang sekaligus ia adalah gerakan membunuh diri oleh orang BN sendiri.
Mungkin bagi UMNO Gua Musang yang sentiasa memenangi PRU gerakan merbahaya mereka dianggap tidak penting kerana mereka sudah benar- benar kuat dan Barisan Nasional Gua Musang sudah bersedia untuk menukar kepimpinan mereka dengan alasan muka- muka baru ingin mengganti tempat. Benar bagi Bahagian Gua Musang tetapi tidak bijak bagi UMNO dan Barisan Nasional Kelantan menyokong penyingkiran Ku Li.
Walaupun kita bersetuju dengan kepimpinan Ku Li yang terlalu lama tetapi kita tidak bersetuju jika ada yang mengatakan Ku Li tidak mampu lagi berkhidmat dan sudah hilang sokongan rakyat.. Tidak benar sama sekali. Ku Li adalah salah seorang pemimpin bersih dari skandal dan tiada kes penyelewengan harta kerajaan hingga ke mahkamah. 
Mungkin kesalahan besar Ku Li dimata orang yang tidak sukakannya adalah kerana sikap beliau yang membelakangkan parti dalam isu- isu melibatkan rakyat terutamanya dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Kelantan. Sebagai seorang yang pernah terlibat menubuh dan menerajui Petronas Ku Li benar dalam hujahnya yang memihak kepada Kerajaan PAS Kelantan tetapi Ku Li belum tentu betul dalam menyakinkan kebenaran dan kesahihan kedudukan Blok minyak yang dituntut kerana ia adalah dua perkara yang berbeza dalam menuntut hak yang sahih. 
Jika difikir dan diteliti setiap isu yang disuarakan menyebelahi PAS sebenarnya adalah juga memperlihatkan kejujuran pemimpin BN sendiri lagipun Ku Li tidak pernah lagi menyuarakan hasrat ingin keluar UMNO biarpun telah menubuhkan NGO yang dinamakan AMANAH setelah pembubaran Semangat 46 dulu. Kita yakin Ku Li sudah merasai ditipu dalam APU dan tidak boleh melupakan kesengsaraan menderhaka kepada UMNO.
Jika diperhalusi gerakan 16 orang AJK Bahagian yang ingin beliau undur dapatlah kita tafsirkan sebagai kumpulan yang kecewa, kita berani mengatakan begitu kerana tidak ramai yang benar- benar boleh menjadi kaya jika setia kepada Ku Li dan tiada jaminan untuk mendapat habuan politik. Sekiranya pula penentangan itu disertai oleh Ketua Pemuda UMNO Gua Musang ia sudah tentu berkenaan kedudukan dalam parti memandangkan faktor usia pemuda yang terhad, di logikkan lagi dengan perbezaan pendapat yang sering berlaku antara Ku Li- Bazlan setiap kali musim pemilihan. 
Kesimpulan yang baik adalah kekalkan dan teruskan mencalon Ku Li dalam PRU 13, kerana itulah kehendak seorang putera raja sebagai menghargai dirinya, bukan harta atau kemewahan yang ingin dikejar tetapi kedudukan dan maruahnya paling utama, biarkan ia terus bertakhta selagi mampu, jangan ada masalah di negeri kubu kuat lawan, jangan jadi seperti kata peribahasa "tiada beban batu dikendong" dan paling penting tiada calon lain yang boleh menyaingi ketokohan dan pengaruh calon paling Winnable Candidate ini.