clixsense

Khamis, 24 Januari 2019

Tok Pa Kahwin Baru

Mengikut apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Dato Sri Mustapha Mohamed (Tok Pa) adalah seorang Panglima Perang yang berpaling tadah setelah pasukannya tewas, Tok Pa meninggalkan pasukan menyertai pihak musuh, untuk menyakini serta memenangi kepercayaan pasukan barunya Tok Pa telah meroyan memburukkan bekas angkatan perang lamanya. Itulah kualiti seorang pemimpin yang ditunjukkan oleh Tok Pa.


Tok Pa telah mengejutkan seluruh ahli UMNO terutamanya di Kelantan setelah mengistihar keluar parti, ini dilakukan secara bersendirian tanpa pengetahuan rakan rakan parti termasuk UMNO Jeli sendiri. Setelah pengistiharan pendirian itu dengan rasa simpati pula ahli- ahli UMNO terutama Kelantan masih dapat menerima keputusan itu atas sebab Tok Pa telah cukup tertekan setelah dikhabarkan bahawa sudah beberapa hari Tok Pa ditahan untuk siasatan yang keras sebagaimana dialamai oleh Dato Sri Najib. Orang UMNO juga masih memujuk hati apabila dikaitkan juga bahawa Tok Pa adalah anak didik Tun Daim malahan isteri Tok Pa sendiri adalah anak saudara kepada Tun Daim jadi kemungkinan untuk akur bersama Team Mahathir adalah boleh diterima.

Orang Umno sudah biasa dengan penghijrahan pemimpin besar mereka menyertai parti lawan, orang Umno sentiasa menyaksikan ahli- ahli mereka berpaling tadah dari ahli biasa sehinggalah Presiden dan orang Umno masih dapat menerima jika seorang pemimpin seperti Tok Pa juga membuat keputusan menyertai pasukan lain tetapi orang UMNO yang cukup akrab dengan budaya Melayu dan Islam menjadi sangat marah dan hilang rasa simpati jika Tok Pa terus memburukkan UMNO dan BN yang pernah beliau sertai.

Pada kali pertama penampilan Tok Pa dalam majlis PH di Jeli setelah menyertai PPBM, secara terang- terangan Tok Pa tanpa rasa bersalah telah mengajak rakyat menolak BN yang katanya telah merosakkan negara. Inilah titik tolak hilangnya rasa hormat dan simpati penulis dan seluruh penyokong BN. Ia ibarat tergamaknya Tok Pa memburukkan bekas isteri yang berpuluh tahun ditiduri dikongsi suka duka hanya kerana ingin mendapat perhatian isteri baru.

Perbuatan Tok Pa samalah dengan meludah ke langit atau ayam jantan yang berkokok dengan tahi melekat di ekor. Tentulah kita rakyat Malaysia sedar bahawa yang dimaksudkan oleh Tok Pa tentang keburukan BN itu adalah keburukan 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir, kelicikan mentornya sendiri Tun Daim sebagai bendahari UMNO serta ahli kabinet terkanan kerajaan BN. Dan keburukan serta kelemahan itu bertambah lagi kerana tidak ada usaha daripada Tok Pa sendiri yang sepanjang kerjaya politikya adalah bersama BN. 2 kali sebagai Senator, sebagai Menteri Pembangunan Usahawan, Sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Sebagai Menter kewangan II, sebagai Menteri di JPM, sebagai Menteri MITI, pernah juga Tok Pa menjawat 2 jawatan menteri pada satu masa, adakah Tok Pa masih tidak cukup berpengaruh untuk merubah kerajaan dan UMNO sekiranya benar dikatakan BN merosakkan negara. Tok Pa sangat berpengaruh dalam kabinet Malaysia dan beliau antara ahli kabinet yang paling lama serta ahli parti UMNO yang setiap kali pemilihan mendapat undi tertinggi oleh ahli parti dalam penawaran untuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Tok Pa adalah individu yang sebenarnya bersifat Yes Boss dia sangat setia sedia dan bersopan kepada sesiapa sahaja yang boleh memberi kedudukan kepadanya tetapi tidak memiliki keberanian yang cukup walaupun untuk perkara yang tidak dipersetujui, Tok Pa seperti anjing peliharaan yang patuh dan menurut perintah kepada orang yang melemparkan tulang kepadanya.

Setelah tidak mempunyai kuasa dan kewangan yang cukup, Tok Pa yang selama ini bergerak atas peruntukan kewangan kementerian menjadi buntu untuk menguruskan kawasannya Jeli, atas alasan ini jugalah orang orang yang dulunya menjadi pembantu Tok Pa turut mempertahankan tindakan Tok Pa dengan mengaitkan prestasi serta rekod bersih Tok Pa dan kewajaran bersama PH untuk membela pengundi dikawasanya, mereka juga sangat berharap agar penghijrahan Tok Pa tidak sia- sia dan tanpa diumumkan pun penulis tahu hasrat kumpulan ini. Apalagi yang diharapkan oleh ayam yang makan ditangan kalau tidak peluang dan habuan yang ditunggu. Kalaulah alasan rakyat mahukan pembelaan dan peruntukan dari kerajaan pusat mengapa 30 tahun dan 2 kali Tok Pa mengetuai BN Kelantan, tetapi rakyat masih tidak mahukan apa yang ditawarkan oleh Kerajaan pusat, apakah Tok Pa masih mendakwa mewakili rakyat Kelantan. Tidak cukupkah wakil dari Keadilan, PPBM serta DAP yang ada di Kelantan untuk menjadi orang hubungan dengan pusat ? Sebenarnya Tok Pa lah yang memerlukan kerajaan pusat bukannya rakyat Kelantan atau Jeli.

Kelantan yang dijoloki serambi Mekah dan negeri tadahan wahyu sentiasa unik dan bernasib baik dalam kemelut politik, sebagai penyokong istiqamah dalam parti dan lebih tepatnya maruah mempertahankan institusi UMNO, kini adalah masa yang kita perlu akur bahawa ketentuan yang tidak memihak kepada Tok Pa untuk merampas Kelantan adalah kerana hikmah disebalik kualiti Tok Pa itu sendiri, bumi Kelantan menolak pemimpin yang hanya dilihat bersih dan berjurus sahaja, negeri Kelantan khasnya memerlukan lebih daripada kecerdikan dalam pentadbiran semata.


Tok Pa masih pengecut dan tidak berani mengheret orang yang mendakwa dia menyalahgunakan duit peruntukan RM36 juta untuk pengundi luar Kelantan pada PRU14. Tetapi dengan lemah lembut meminta Perhubungan UMNO negeri serta bekas Setiausaha mengesahkan bahawa dia tidak menyalahgunakan peruntukan kewangan UMNO Kelantan. Siapa yang kata Tok Pa salahguna peruntukan parti, peruntukan parti sememamngnya melalui prosedur yang betul dan terkawal dan sekiranya ada yang tidak betul, mahukah sesiapa sahaja bekas Setiausaha mengakuinya kerana itu adalah keputusan bersama. dan lagi peruntukan pilihanraya sudah ada garis panduan serta had had perbelanjaan yang selepas berakhir pilihanraya ia perlu diistiharkan jika gagal calon tidak boleh menyertai pilihanraya lagi untuk masa akan datang itu peraturan dan semua parti mesti berusaha mematuhi dan mengemukakan perbelanjaan yang boleh diterima oleh Suruhanjaya Pilihanraya 

Berani atau bersetujukan untuk setiap calon mengakui bahawa peruntukan untuk pengundi luar diguna sebaiknya hanya untuk pengundi luar. RM 36 juta jika diberi RM2 juta untuk setiap parlimen di Kelantan masih lagi berbaki RM12 juta benarkah setiap Parlimen dapat RM2 juta daripada pihak Perhubungan negeri ? hanya ketua ketua UMNO Bahagian dan calon calon pilihanraya dapat mengesahkan dan juga agen pengundi luar yang tahu ke mana duit ini dibelanjakan serta ke mana baki duit yang tidak diaudit ini dikembalikan.  Mengapa Tok Pa takut untuk mengakui keterlibatan akaun ahli keluarganya terutama isteri Tok Pa yang semua wakil rakyat BN tahu dia adalah setiausaha isteri PM dalam Bakti, ia adalah normal untuk perbelanjaan harian serta diluar kawal diuruskan melalui akaun yang boleh dipercayai siapa lagi kalau bukan ahli keluarga. 

Sebagaimana didakwa oleh rakan- rakan kepimpinan bahawa itu masalah peribadi Tok Pa dan akan dijawab sendiri di akhirat nanti, ia bukan masalah parti UMNO. Mengapa Tok Pa terlalu ego dan menganggap diri Suci Dalam Debu  dia yang suci dan parti berdebu. Kita berharap Kerajaan Malaysia Baru tidak mengulangi kesilapan BN menggunakan khidmat Tok Pa dalam pentadbiran kerana sudah pasti kerajaan baru akan mengulangi kerosakan BN yang dulu, rakyat juga mesti memikirkan untuk menolak kerajaan hari ini yang jelas dipimpin oleh pemimpin BN yang lalu bertepatan  sebagaimana didakwa oleh Tok Pa sendiri.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan