clixsense

Khamis, 2 November 2017

Kuasa Queen

Saya bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang, tinggal pun di rumah kecik paling tercorok dalam kampung, untuk ke rumah kami terpaksa melalui belakang rumah orang dan menyusur hutan kecil kebun kelapa, tinggal disitu membuatkan kami tidak bernasib baik dan selalu menghadapi masalah mendapatkan air bersih kerana perigi yang digali akan mengeluarkan air yang kelat dan masam.. maka mandi dan mengangkut air dari sungai adalah rutin kami sekeluarga. Saya belajar di sekolah Kebangsaan. Tiada apa yang mendedahkan saya dan juga budak budak kampung saya untuk mengenali alat permainan anak anak orang berada... Seingat saya "Catur" sangat asing dan saya langsung tidak memahami permainan itu hingga saya anggap itu adalah permainan santai orang- orang elit dan pintar hinggalah satu hari dimana saya sudah dewasa dan bekerja, saya tertarik dengan buah catur yang berbentuk pelbagai dan hebat. Saya membuat pembacaan tentang permainan itu dan akhirnya kadangkala saya rasa hebat bila dapat mencabar dan mengalahkan komputer... wah rasa setaraf dengan pemain catur handal dari Russia, Garry Kasparov.

Kini bila terdedah dalam suasana politik, saya semakin tersenyum dengan watak- watak dalam permainan catur, ada tentera ada alim ulama ada kubu pertahanan ada kenderaan perang (kuda) lagii.. ada raja atau King dan paling penting ada Permaisuri atau Queen. Hampir cukup untuk memahami peranan dan gandingan dalam mempertahankan permainan, King yang berjaya di Checkmate akan kalah walaupun lain lain watak masih banyak. Bila diterjemahkan kedalam politik contohnya negara kita, walaupun Queen itu seumpama Perdana Menteri dan King itu ibarat YDP Agong. Tetapi saya tercuit untuk meletakkan King itu Perdana Menteri dan Queen pula Isteri Perdana Menteri.

Jika dilihat dalam perjalanan politik Perdana Menteri yang Kini DS Najib, beliau menjadi target kepungan dan buruan oleh pihak lawan, ia diintai dan dicari kelemahan, orang- orang disekelilingnya kadangkala tersungkur dan penyokong diasak namun sasaran paling utama adalah untuk mematikan langkah Perdana Menteri agar menyerah kalah. Tetapi peranan Queen atau DS Rosmah Mansor sangat sangat aktif dan kehulu- kehilir bergerak penuh muslihat walaupun dari jauh, pihak lawan terpaksa memerhatikan di mana Rosmah sebelum menyerang DS Najib, silap silap haribulan semua mengundur dan tumbang ditangan Rosmah. 

Itulah catur walaupun saya umpamakan DS Najib dan DS Rosmah untuk watak tersebut, jangan pula kita lupa bahawa Lim Guan Eng juga ada Betty Chew sebagai Queen, Mohd Sabu pun ada Queen pujaannya iaitu Normah dan Queen yang paling tekenal dan aktif menerkam adalah Queen Wan Azizah. Queen yang juga suka membawa tiara palsu kehulu hilir bersama Mahathir dan menjadi doktor peribadi yang paling setia persis Queen kepunyaan Anwar adalah Siti Hasmah. Jangan lupa HJ Hadi juga ada Queen Queen yang mengelilingi walaupun senyap tetapi sangat perlu

Saya percaya pemain pemain catur sangat sayang dan menjaga Queen mereka kerana itulah tulang belakang pemerintahan King.