clixsense

Khamis, 20 Oktober 2016

Semangat Zaman RESTORASI AIR

Tahniah kepada Restorasi yang diilham oleh team Dato Syed Azidi digerak dan disubur oleh rakan- rakan penyelidik sumber sensasi Mat Jek dibantu oleh beberapa orang rakan gerakan massa yang komited seperti Hasani, Che Atiq.. dan beberapa nama yang kelibat mereka saya kagumi.. inilah penggerak penggerak isu politik baru Kelantan. Restorasi Air sebagai senjata baru mengorek kelemahan pengurusan oleh kerajaan Kelantan. Isu air sudah menjadi hal yang penting kepada Kerajaan Pas Kelantan hingga menjadi tumpuan perbincangan dalam mesyuarat Exco. Ia juga dipaparkan dalam portal PMBK. Datuk Hanifa Ahmad sebagai Exco yang bertanggungjawab kepada Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat adalah exco yang tidak lena tidur dengan serangan- serangan siber pro BN Kelantan.

Strategi menyerang AKSB sambil menyindir Kerajaan negeri ini sudah bergerak bukan sahaja di depan pintu pagar pejabat SUK Kota Darul Naim tetapi sudah menjelajah ke pejabat- pejabat AKSB di daerah- daerah, melihat kepada kesungguhan para penggerak Restorasi berkemungkinan ini menjadi satu sebab yang penting dalam penolakan rakyat kepada PAS pada PRU14. 

Sebenarnya masalah air bersih di Kelantan adalah satu isu yang telah lama dan sudah maklum oleh semua pelanggan- pelanggan AKSB, hanya pencetus dan peledak yang sebelum ini tidak diselaraskan dengan berkesan menjadikan ianya berlalu bersama masa. Walaupun masalah air bersih yang lama itu seperti sudah berlalu, rakyat sudah semakin keluar dari fasa kesusahan untuk mendapatkan air bersih. Berpuluh tahun rakyat Kelantan setiap hari beriktiar mencari cara untuk mendapatkan air bersih, setiap hari merungut air karat, angin yang keluar dari kepala paip, meter dan bil yang sering memeningkan lantas kaedah bekalan air bawah tanah melalui boring atau perigi tiub adalah alternatif yang dipraktikkan, rentetan itu rakyat yang menghadapi masalah air sudah beralih kepada keadaan yang melupakan episod sukar mendapatkan air. kemunculan Restorasi menggamit kembali kesusahan rakyat mendapat air bersih disamping mengumpul kembali saki baki rakyat yang marah kepada AKSB dan Kerajaan PAS. Disebabkan kaedah mendapatkan air bersih melibatkan juga penggunaan letrik untuk motor / enjin air ia juga mempengaruhi pertambahan bayaran bil elektri pengguna, kaitan ini sedikit sebanyak menjadikan TNB sebagai pihak yang menjadi mangsa kepada kepayahan rakyat disebabkan AKSB.

Restorasi Air adalah satu daripada kisah- kisah kelemahan, keangkuhan dan ketidakcaknaan kerajaan PAS dalam memikul amanah rakyat, antara yang menjadi momokan rakyat berpanjangan adalah projek batu nisan, royalti hasil bumi yang disembunyikan hinggakan kemarahan alam menyebabkan tragedi bah selut 2014.

Restorasi akan terus membara sekiranya ia berjaya membangkitkan rasa dan semangat rakyat dari bawah iaitu pengguna AKSB sendiri, Restorasi tidak boleh terus berharap kepada publisti dan sokongan orang yang sama seolah suatu gesaan yang memaksa penggerak penggerak tegar kumpulan pro BN. Restorasi perlu akur rakan- rakan mereka sentiasa memberi sokongan tetapi mereka juga adalah penggerak- penggerak yang mempunyai kaedah dan bukan penggerak yang disokong khusus untuk berpiket dan berkumpul sahaja. Restorasi Air diharap boleh membangkitkan pelanggan AKSB yang sebenar kerana itu lebih menyemarak dan berkesan sebagaimana kejayaan kumpulan 'R' suatu ketika yang mana mereka mampu menyentuh sentimen pemilikan oleh rakyat terhadap Royalti Minyak yang ternyata suatu fantasi.