clixsense

Rabu, 19 September 2018

Tok Pa memberi isyarat Kerajaan PH teruk dan terdesak

Semua ahli UMNO melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan berita Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO paling bersih dan paling banyak mendapat undian dalam setiap pemilihan parti, YB Dato Sri Mustapha Mohamed (Tok Pa) meletak jawatan sebagai ahli UMNO.


Pelbagai andaian dan tafsiran dilemparkan kepada beliau, tidak kurang juga yang bernada marah dan sakit hati, beliau dianggap sebagai pengkhianat kepada parti, desakan agar beliau meletak jawatan sebagai Ahli parlimen Jeli dan ADUN Air Lanas juga sangat jelas.

Alasan Tok Pa bahawa hala tuju parti sangat tidak sesuai, ini kerana sudah dua kali dalam pilihanraya umum Tok Pa diberikan tugas mengetuai hala tuju UMNO Kelantan seterusnya memberi peluang kepada Tok Pa untuk mengambil kembali kelantan daripada PAS sekaligus menjadi Menteri Besar disebabkan hala tuju itulah bermulanya Tok Pa direstui untuk bertanding kerusi DUN tapi apa yang berlaku, Tok Pa juga tidak berjaya malahan kemerosotan prestasi DUN turut berlaku ini membuktikan Tok Pa juga bukanlah pemimpin UMNO yang tepat dan betul dalam mempersoalkan proses rejuvenasi dalam UMNO. Ini hanya sebagai alasan untuk beliau keluar daripada UMNO.

Penulis lebih bersetuju dengan kebertanggungjawaban Tok Pa kepada negara mengatasi rasa sayang beliau kepada parti  sebagaimana perenggan akhir kenyataan akhbarnya ".......sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat. Kepada Allah jua kita berserah "

Umum sudah mengetahui bahawa Tok Pa bukanlah kader atau individu daripada kalangan pendokong dan pejuang parti politik UMNO, beliau adalah pemimpin payung terjun yang diangkat oleh Tun Daim dan Tun Mahathir semata- mata untuk berkhidmat kepada kerajaan, beliau dicelup ke dalam parti sebagai syarat bersama kerajaan BN dan tidak dinafikan beliau seorang yang cemerlang dalam bidangnya dan juga berpersonaliti baik.

Keputusan Tok Pa boleh dilihat sebagai kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mentadbir negara terutama menguruskan ekonomi dan pelaburan. Rakyat Malaysia seharusnya boleh menyedari dan mengakui bahawa Perdana Menteri Tun Mahathir sudah terlalu terdesak dan terpaksa mengarahkan penasihatnya Tun Daim yang juga bapa saudara isteri Tok Pa untuk memujuk Tok Pa menyertai kerajaan. Penarikan pemimpin berkebolehan dari UMNO ini bukan sahaja dapat membantu menstabilkan kerajaan PH tetapi juga menjadi kekuatan blok Tun Mahathir untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula memberi ancaman serius kepada Perdana Menteri ke 7. Ahli Parlimen UMNO mesti dibeli dan ditarik seberapa ramai untuk menyokong Tun M atau menyertai pihak bakal PM 8.

Tok Pa telah membuat pilihan menyelamatkan negara, inilah kelemahan utama orang- orang yang mempunyai kepakaran mentadbir, beliau sudah tidak ada arah tuju jika tidak menjadi sebahagian kerajaan, beliau begitu mahukan kerja- kerja yang menjadi darah daging sepanjang kariernya. Tok Pa lebih mahu menguruskan negara daripada hanya menjaga sebuah parti politik UMNO yang tidak lagi memerintah, seorang lagi yang mempunyai kebolehan serta keutamaan melampaui parti politik serta boleh mengikut jejak langkah beliau adalah rakan baik yang juga pakar dalam ekonomi iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussin. Agenda negara menjadi keutamaan beliau, sementara suara- suara yang terpaksa mula menelanjangkan beliau tentang hal- hal berkaitan penggunaan kewangan yang turut disiasat SPRM juga penglibatan isteri beliau bersama Rosmah Mansor hanyalah sekadar hal sampingan yang tidak berapa tepat.

Kesimpulan kepada tindakan Tok Pa ini adalah kerana hasil kegagalan kerajaan PH menguruskan negara juga kerapuhan sokongan kepada PM Tun Mahathir. Orang- orang UMNO serta Parti Pembangkang perlu melihat situasi ini harus diambil peluang serta  terus mara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan