clixsense

Khamis, 12 Julai 2018

Malaysia : Masa terbaik campur tangan tentera

Sekiranya apa yang dikatakan ini benar benar berlaku selepas Pilihanraya umum ke 15, tidak ada lagi penyesalan, tidak guna lagi usaha- usaha dilakukan untuk berpatah semula sekurang- kurangnya seperti selepas pilihanraya umum ke 14 semuanya sudah terlambat.

Hari ini UMNO tidak dapat lagi menjadi pelindung kepada orang Melayu, Raja- Raja Melayu dan Agama Islam. Raja- Raja Melayu di 7 buah negeri tidak dapat lagi mengharapkan pembelaan daripada UMNO sebaliknya hanya menerima ihsan dan simpati pemimpin Pakatan Harapan yang sebenarnya sedang dikawal oleh DAP.
Tidak ada kedengaran lagi seruan dan titah daripada Istana Johor yang dahulunya seperti seluruh rakyat bangsa Johor menjunjung dan berdiri teguh bersama Sultan tetapi pilihanraya umum telah menterjemahkan yang sebaliknya, UMNO sebagai lambang benteng Kesultanan Melayu tidak lagi menjadi pentadbir di negeri dan negara. Di Selangor juga begitu, di Perak meskipun memiliki Sultan yang paling terpelajar tetapi titah dan nasihat baginda tidak dapat menghalang kehendak pemimpin Pakatan Harapan. Walaupun Kelantan dan Terengganu bukan negeri dikuasai Pakatan Harapan tetapi Sultan Muhammad ke v tidak dapat menghalang kehendak Tun Dr Mahathir biarpun pingat DK Kelantan yang dikurnia oleh Sultan Kelantan ditarik balik namun kuasa rakyat seolah memberi kelebihan kepada Perdana Menteri untuk bertindak melangkaui budi bicara Yang Dipertuan Agong. Tun Dr Mahathir dalam menjalankan pentadbiran sebagai Perdana Menteri ke 4 adalah pemimpin yang tidak pernah ditolak kemahuannya oleh Istana dalam hal calon Menteri Besar, Perdana Menteri ke 4 inilah yang meletakkan Institusi Istana menjadi lambang dengan peranan yang sangat terhad. Perkembangan terbaru menyaksikan YDP Agong sudah tersepit dan tidak salah jika dikatakan Institusi tertinggi negara ini sekadar mampu menyaksikan percaturan oleh badan Eksekutif yang semakin berkuasa sebagaimana dalam rajah di bawah ;


Walaupun parti UMNO mendapat kerusi terbanyak dalam semua pilihanraya umum termasuk pilihanraya umum ke 14 tetapi pilihanraya terakhir itu menyaksikan pakatan melawan parti Melayu terulung berjaya buat pertama kali menyekat suara terbesar Melayu Bumiputera untuk mentadbir negara. Tun Mahathir menjadi peneraju utama mengikis kuasa orang Melayu di Malaysia, walaupun Tun Mahathir sering mendakwa parti beliau iaitu PPBM adalah pengganti UMNO namun kenyataan itu hanyalah retorik semata, Tun Mahathir dan partinya hanya ada 13 kerusi Parlimen sahaja Tun Mahahir ternyata menjadi Perdana Menteri boneka kepada DAP semata sedangkan PKR yang memiliki kerusi terbanyak bukanlah parti Melayu / bumiputera, PKR adalah parti berbilang kaum yang tidak berani bersuara mewakili suatu kaum. Pelbagai Institusi yang sebelumnya menjadi pembela, peluang dan keistimewaan kaum asal telah dicabuli seperti MARA, Subsidi tesasar kepada Nelayan dan Petani, PTPTN serta kemudahan penjawat awam yang rata- ratanya adalah majoriti orang Melayu turut digugat.

Menceritakan tentang Islam di Malaysia. Ia bagaikan suatu serbuan oleh ideologi baru sewaktu awal keruntuhan Kerajaan Othmaniah Turki. Islam di Malaysia kini tidak lagi menjadi kebal ia boleh diperlekeh oleh orang bukan Islam, Orang bukan Islam boleh menasihati orang Islam di dalam masjid tanpa rasa bersalah dan dihalang, orang bukan Islam boleh bersama bercakap soal Islam dan hukum hukum daripada pentas ceramah hingga ke Parlimen. Orang bukan Islam boleh dilantik sebagai speaker dewan negeri yang bila bila masa boleh mempengaruhi dan menyebelahi musuh- musuh Islam. Bukan sahaja ancaman rakyat berbilang kaum dalam negara Islam Sunni di Malaysia turut menerima asakan daripada mazhab yang terkeluar daripada Ahlul Sunnah Waljamaah dengan pembelaan kepada Syiah serta ajaran sesat lain oleh mahkamah dan tidak dibantah- pemimpin yang mendakwa masih Islam.

Memperkatakan tentang ekonomi, semua rakyat sedang menelan kata- kata sendiri, momokan bahawa negara di bawah pemerintahan BN adalah muflis, GST itu zalim, memberi ruang kepada negara luar adalah langkah menjual negara, akronim BN bermakna Barang Naik serta pelbagai masalah yang menghalang gaya hidup mewah rakyat adalah kesalahan UMNO / BN akhirya diterima oleh pengundi muda sebagai alasan untuk menolak BN daripada tampuk Kerajaan. Inilah kuasa orang muda, kuasa yang terburu buru dan belum cukup tahu akan risiko menukar sebuah kerajaan hanya kerana berjaya dipengaruhi kerakusan media sosial Pakatan Harapan.  
Setelah PH memerintah adakah rakyat menikmati petrol Rm1.50 seliter.. adakah bayaran PTPTN dimansuhkan.. adakah jalanraya bebas TOL, adakah GST dihapuskan dan diganti SST.. adakah GST yang 0 peratus menyebabkan barang dan perkhidmatan menjadi murah.. dan benarkah semua masalah gaya hidup rakyat kerana BN mentadbir ?. Masih ingatkah bahawa hanya di zaman Perdana Menteri ke 4 negara dapat merasai zaman kemelesetan ekonomi iaitu tahun 1984-86 juga sekali lagi menjadi teruk pada tahun 1997-99. Zaman kemelesetan ekonomi tidak berlaku pada era DS Najib menjadi Perdana Menteri malahan ekonomi paling terbaik dalam sejarah Malaysia dilakar pada zaman Perdana Menteri ke 6.


Berdasarkan fakta paling ringkas yang disebutkan. Ancaman negara Malaysia sudah sampai ke tahap yang perlu dilakukan tindakan Istimewa. Ancaman kepada kuasa Institusi Kesultanan, penghakisan hak- hak Melayu / Bumiputera, Pencabulan kesucian agama Islam sebagai agama negara dan juga keadaan ekonomi yang tidak menguntungkan sudah memberi kewajaran kepada Perlembagaan melalui ketua negara YDP Agong mengeluarkan perintah Istimewa kepada Tentera. Tindakan yang pantas lebih diterima rakyat daripada tindakan selepas PRU15 yang mana pada waktu itu kedudukan persempadanan pilihanraya serta kerusi Parlimen kemungkinan merubah terus pemerintahan, sistem dan politik negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan