Hari ini genap 30 hari selepas pilihanraya umum ke 14 yang menyaksikan kerajaan BN diganti dengan parti parti yang membentuk Pakatan Harapan. Sekali lagi rakyat terpaksa menerima Perdana Menteri yang dulunya mengetuai kerajaan BN selama 22 tahun (1981- 2003) Perdana Menteri ini dahulunya amat amat dibenci oleh Pembangkang terutamanya DAP dan PAS, Tun Dr Mahathir Mohamad cukup dikenali kerana ketegasan dan cara pentadbiran yang bermotivasi akhirnya beliau sama ada berjaya menjinakkan DAP atau beliau sendiri dijinakkan oleh DAP sehingga membolehkan impian DAP untuk mentadbir Kerajaan berjaya dilaksanakan selepas beberapa tahun kejayaan memecahkan parti PAS. PAS seperti diketahui sebuah parti yang secara jelas tidak dapat bersama Pakatan Harapan kerana bertentangan pendirian politik. Hari ini PAS masih lagi menjadi Pembangkang kali ini bersama BN pula. Dalam kejituan pegangan arah perjuangan tidak dapat dinafikan PAS tidak goyah dan tidak terpukau dengan ganjaran yang tersedia di pihak kerajaan PH berbanding dengan kebanyakan wakil rakyat yang menang atas tiket BN. Di pihak BN beberapa buah negeri yang awalnya dimenangi tetapi tumbang kerana perbuatan meyokong parti yang menguasai kerajaan pusat.
Selain daripada DAP dan PAS, UMNO juga adalah sebuah parti yang kuat dan masih mempunyai ramai wakil rakyat yang setia kepada parti. Presiden parti Dato' Sri Najib Razak masih lagi popular, mempunyai pengikut yang besar malahan boleh dikatakan beliau kembali membina penggemarnya sendiri di dalam media sosial. Penampilanya yang bersahaja, pasrah dan mesra dengan cepat dapat meraih simpati rakyat tambahan pula kerajaan baru PH sebenarnya masih dan tidak mampu menidakkan manfaat serta kebaikan sebahagian besar polisi- polisi serta rancangan pembangunan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berjaya menyingkirkan Dato Sri Najib Razak dari tampuk pemerintahan dengan sokongan pelbagai medium media masa yang amat tersusun. Kemenangannya adalah daripada golongan muda yang tidak gemar kepada media perdana seperti akhbar dan televisyen sedangkan inilah medium yang menjadi keutamaan kerajaan terdahulu BN, Media konvensional yang berpegang kepada prinsip, kredibiliti dan kebenaran dalam penyampaian berita akhirnya tewas kepada media baru yang tiada sekatan serta kebebasan sepenuhnya termasuk khabar angin serta provokasi yang asasnya tidak jelas. Inilah faktor terbesar undi orang muda keseluruhanya tidak memihak kepada BN.
Perdana Menteri Malaysia ke 7 ini, dalam pemerhatian saya adalah seorang yang cekap serta fokus dalam mencapai apa yang diyakininya ia boleh mempengaruhi ramai orang untuk bersetuju dengannya walaupun atas perkara yang dulunya dia sendiri tidak bersetuju. Tun Dr Mahathir juga adalah dari keturunan kaum yang saya kira selain kuat berdendam ia juga amat cemburu jika ada orang lain yang boleh berbuat sesuatu lebih cemerlang daripada dirinya.
Di sini ingin saya mencadangkan agar Dato Seri Najib melakukan bukan lagi pengorbanan tetapi serangan balas yang saya kira akan membuatkan Tun Dr Mahathir kembali menyedari bahawa beliau bukan menang semuanya dan Dato Sri Najib masih ada tempat yang Tun Mahathir sendiri tidak mampu mencapainya.
Antara saranan yang dikira boleh dilakukan adalah.
1. Mengambil kira negeri Kelantan yang sebenarnya sejak 1990 tidak mampu diambil oleh Kerajaan pusat walaupun di zaman Tun Dr Mahathir berkuasa. Kini PAS mentadbir Kelantan bersama Terengganu, Dato Seri Najib boleh menjalin kerjasama politik atas dasar sebangsa serta sama sama pembangkang.
2. Ketika perancangan peralihan Kuasa kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, akan ada satu Parlimen yang memberi laluan untuk DS Anwar bertanding di kerusi Parlimen. Penulis juga sangat mencadangkan satu kerusi Dun di Pahang turut dikosongkan untuk membolehkan DS Najib bertanding dengan tujuan memberi laluan kepada beliau menjadi Menteri Besar Pahang. Laluan ini adalah penting untuk mengalih serangan politik oleh kerajaan pusat kepada pihak lain selain Dato Seri Najib. Langkah ini bagi mengelakkan Dato Seri Najib sekali lagi menjadi sasaran Perdana Menteri.
3. Lebih penting dan sinikal adalah Dato Seri Najib akan mencipta sejarah yang mana Tun Mahathir tidak pernah melaluinya. Jika Tun Mahathir dua kali menjadi Perdana Menteri, Dato Seri Najib pula dua kali menjadi Menteri Besar dan sekali sebagai Perdana Menteri. Dato Seri Najib mempunyai ruang yang luas untuk menjadi Perdana Menteri kesekian kalinya sekiranya beliau terus diberi sokongan rakyat waktu itu watak Tun Mahathir mungkin sudah tiada dan DS Anwar pula tidak mustahil bukan lagi pilihan rakyat.
4. Sebagai Menteri Besar Pahang yang berpengalaman sebagai Perdana Menteri, Pahang mempunyai kelebihan dalam menarik pelabur asing, hubungan baik dengan negara luar terutama China dan Arab boleh diteruskan melalui kerajaan negeri. Pahang boleh menjadi model kejayaan kerajaan negeri yang akhirnya memberi imej kecekapan negeri ditadbir UMNO ini akan mempengaruhi kembali sokongan kepada UMNO di negeri- negeri lain agar menukar kerajaan kepada UMNO / BN. Semua ini telah dibuktikan oleh DAP di Pulau Pinang yang mana orang orang cina terutamanya memandang positif kepada kerajaan di Pulau Pinang begitu juga Selangor yang menjadi perintis kepada keupayaan PKR untuk menang di tempat tempat lain pula
5. Ini adalah saranan yang paling radikal tetapi amat berkesan dalam mengembalikan keyakinan rakyat kepada Dato Seri Najib. Disebabkan agama Islam melarang apa sahaja usaha meruntuhkan masjid orang islam lain. Dato Seri Najib tidak perlu menceraikan Isteri yang sebenarnya dicemburui oleh pihak lawan. cukuplah jika Datin Seri Rosmah Mansor dibekukan daripada semua kegiatan politik suaminya. Akuilah bahawa beliaulah faktor besar kejayaan suami tetapi kali ini bersaralah daripada membayangi tindak tanduk Dato' Seri Najib serta bertudunglah untuk mematikan fitnah manusia.
Untuk menjayakan semua ini ia tidak mudah tetapi boleh dilakukan. Orang - orang UMNO sudah merasai kejayaan selama 60 tahun, hari ini orang orang UMNO diuji untuk belajar sesuatu daripada kekalahan dan menjadi Pembangkang pula. Biarkan penjawat awam yang hendak menjaga periuk nasi mereka lari dari UMNO, masih ramai rakyat Malaysia yang boleh menggantikan penyokong dan ahli parti yang pergi. Ingatlah dalam 73 aliran dalam Islam hanya 1 yang diterima Allah. begitu juga dalam 3 juta ahli UMNO biarlah walau kurang 1 juta yang benar- benar berkualiti untuk bersama UMNO "DULU KINI SELAMANYA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan