clixsense

Selasa, 12 Jun 2018

Zahid Hamidi .. relevankah lagi untuk UMNO



Ini adalah foto pertemuan dua pemimpin politik saling berlawanan. Posting ini juga telah membuatkan ramai yang menasihati penulis agar bersangka baik serta tidak memberi gambaran yang tidak benar kepada naib presiden yang memangku tugas- tugas presiden Umno itu. Posting itu juga membuatkan seorang penjawat tinggi parti umno menghantar mesej menasihati saya sedangkan sewaktu dalam kerajaan penjawat parti itu tidak ada masa pun untuk respon rungutan saya tentang masalah yang dihadapi sedangkan dia adalah orang yang diamanah melalui agensi yang diterajuinya untuk membantu rakyat terutama orang Melayu yang dalam kesulitan, oleh itu saya juga ambil tindakan tidak respon dan berharap beliau juga bersangka baik kepada saya.  

Penulis bukanlah individu tumpuan dalam Umno, tetapi sebagai seorang yang masih mempunyai naluri mempertahankan maruah parti sesiapa sahaja yang melihat foto ini akan rasa terpukul tambahan pula dalam suasana Umno yang masih terkejut atas kekalahan besar semestinya foto seperti ini dengan pantas akan memberi nilaian kepada kita untuk sebuah rasa tunduk dan penyerahan secara total.. tiada lagi semangat untuk melawan balik tetapi perlakuan begini adalah simbol upacara penyerahan bendera putih kepada pihak lawan. Bagi penulis komander sebegini tidak lagi layak berada di medan perang atau dalam politik ia adalah pemimpin yang tidak ada harapan dan ikhtiar lagi untuk bertahan, dia dah mengaku kalah sambil mengharapkan anak- anak buah sahaja terus bertempur sambil pasrah menunggu peluang untuk menyeberang kepada pihak lawan atau meraikan kemenangan atas usaha orang bawahan sahaja.

Dato Seri Zahid Hamidi sebenarnya sudah melakukan kesalahan berulang. Kesalahan berulang ini menggambarkan beliau seorang yang mencari kemenangan dirinya dan bukan untuk jemaah yang ramai. Pemimpin seperti ini akan kelihatan hebat, selalu mendapat keselamatan dan keuntungan. Ingat tak lagi peristiwa selepas Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2015 sepuluh hari selepas itu Zahid Hamidi juga pergi berjumpa dengan Tun Dr Mahathir untuk mendapatkan nasihat sedangkan waktu itu Tun Mahathir tidak berpihak kepada Umno. Walaupun Zahid Hamidi menafikan pertemuan itu bertujuan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi Tun Mahathir tetap berkata itulah tujuan Zahid Hamidi bertemunya dan Tun Mahathir berkata dalam video yang dimuatnaik di Facebook PPBM yang berbunyi.. 

".. jadi bila nak simpati saya, datanglah. ini dah tak boleh dapat cari jalan macam ini.. saya malu orang macam ini ada dalam kabinet.."

Zahid Hamidi adalah salah seorang yang bersama Anwar Ibrahim dalam kes pemecatan jawatan Timbalan Perdana Menteri tahun 1998. Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno waktu itu sangat lantang melawan Dr Mahathir dan beliau turut ditangkap tetapi seingat penulis penahanannya sangat singkat berbanding penyokong penyokong Anwar yang lain, selepas dibebaskan di balai Polis Travers penulis anggap ini suatu yang menghairankan bila dengan mudah. Zahid Hamidi tanpa ragu ragu menyatakan sokongan kepada Kerajaan dan bersama Umno semula.

Ingin juga penulis tegaskan disini bahawa penulis bukanlah seorang yang memihak dengan taksub kepada mana mana individu dalam pemilihan Umno 2018 tetapi bila seorang ketua yang menjadi harapan kita sekali lagi diperlekeh oleh pihak lawan atas tindakan sendiri dan kata kata Tun Mahathir dalam pertemuan terbaru..

"Dia nak tahu cara macam mana nak uruskan Umno. Jadi saya berterus- terang bahawa Umno sudah mengkhianati orang Melayu.."
" Saya ingatkan kepadanya, kita tubuh Umno untuk tolong orang Melayu tetapi kini Umno berubah dan mengutamakan kekayaan diri.."
" Sebab itu Umno dibenci sekarang ini. Umno nak pulih susah. Dulu dipandang mulia sekarang dipandang jijik"

Kalau itulah kata kata nasihat Tun Mahathir kepada Zahid Hamidi pada pertemuan di pejabat Tun Mahathir, penulis rasa tidak perlulah Zahid Hamidi nak minta pandangan Tun Mahathir, Ahli Umno juga boleh memberi nasihat sebegitu. Dan kita juga boleh berkata bahawa Tun Mahathir dan Zahid Hamidi sendiripun sepanjang bersama Umno jadi kaya raya dan mereka berdualah yang menjadi antara perosak terbesar kepada Umno, tetapi perkara sebegini sebenarnya berlaku dalam mana - mana sahaja parti yang memerintah termasuklah juga parti yang dikatakan Islamik, amanah, adil, demokratik dan bersatu.

Tun Mahathir juga tentunya lebih tahu bahawa di setiap perhimpunan agung Umno hal- hal berkaitan politik wang, mencari kekayaan dan pangkat melalui Umno sentiasa menjadi hujah dan penolakan ahli parti ia sentiasa ingin dibanteras walaupun sukar. Tetapi yang tidak dapat dinafikan tujuan utama Tun Mahathir keluar dan memusuhi Umno yang sebenarnya bukanlah kerana alasan demikian malahan ia jelas perkaitan dengan perebutan dalam parti dan ingin menguasai Umno untuk menikmati manfaat memerintah negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan