clixsense

Selasa, 7 Februari 2017

Ahli UMNO masuk sekolah..

UMNO sentiasa sedar dan setiasa menyekolahkan ahli ahli mereka daripada kepimpinan tertinggi hingga pemimpin kecil dan pengikut biasa dicawangan dan kampung- kampung. Satu himpunan antara ahli parti diadakan di tempat yang jauh daripada tempat bergiat, suatu suasana yang amat sesuai untuk menyelami kehendak dan harapan barisan hadapan parti, Ketua cawangan boleh melihat tigkah ketua dan semua rakan peserta, ketua cawangan melihat sentuhan kemesraan dan ketua cawangan amat tahu menilai harga diri mereka kepada ketua mereka, barangkali ini yang UMNO tidak dapat menyekolahkan ahli- ahli, ia bukan dibuat- buat, ia bukan boleh diajar dan ia bukan boleh digambarkan melalui swafoto- swafoto yang hebat. Ketua cawangan dan penggiat adalah orang yang sangat penting dan menjadi imej serta latar sokongan dalam setiap pilihanraya, tanpa mereka parti tidak dapat berdiri mendabik dengan gagah, ketua tidak ada nilai tanpa sokongan daripada mereka. Malangnya mereka yang dikatakan benteng paling setia kepada parti hanya seringkali digunakan sebagai memenuhi upacara dan memenuhkan senarai sahaja. Keuntungan parti tidak banyak dikecapi oleh mereka, mereka cumalah biasa biasa sahaja, mereka tidak rasa diperkasakan, masih ramai yang merungut tidak dapat merasai pengorbanan ibu bapa dan diri yang sentiasa setia memenuhi kerahan parti, bersekang mata bila musim kempen, berhabis duit untuk memenuhi permintaan anak buah. Walaupun tidak semua yang sangat berbakti tapi yang bukan semua inilah antara ketua di cawangan mudah menjadi sinis apabila kehendak mereka menggerakkan parti dicawangan berdepan kekangan kewangan dalam masa yang sama mereka dihidangkan cerita diperlihatkan secara nyata lagak penjawat atasan tidak menghadapi masalah untuk bersantai ria. bergaya glamer, bersukan mewah dengan sebilangan broker- broker kewangan yang mendapat habuan setelah menggunakan nama parti tetapi begitu kedekut untuk menghulur kepada sasaran sebenar. Pegawai pegawai yang bertanggungjawab menjana kewangan parti masih gagal menterjemahkan peruntukan pembangunan menjadi tabung parti, gagal menambahkan harta parti, masih berkira dalam kerja- kerja untuk parti tapi dalam masa yang sama sangat cekap memenuhkan poket masing masing dengan menjaja nama dan kedudukan dalam parti di setiap Kementerian kononnya untuk parti. ketua ketua dan penggerak dicawangan sentiasa menghadapi rasa kecewa. Ketua di cawangan bukan alat dan mereka tahu walaupun ketua mereka tidak disingkir dari kepimpinan parti tapi mereka tidak akan bersemangat untuk menterjemahkan sokongan dalam peti undi.. Apa yang boleh dibanggakan jika menang tidak membawa untung dan kalau kalah bukanlah jadi bebanan.. sama sahaja. Ahli UMNO bukan seperti ahli PAS yang boleh bersetuju atas setiap benda.. Ahli UMNO bukan boleh menjadi seperti ahli PAS yang dungu dan tetap memangkah calon PAS dalam pilihanraya walaupun tahu calon mereka hanyalah ting kosong dan tak dapat berbuat apa apa seperti buah kelapa ditebuk tupai, tak ada nilai..
Program menyekolahkan ahli parti bukanlah berlaku kepada UMNO sahaja tetapi juga semua parti- parti politik ia bolehlah diumpamakan semua ahli keluarga berkumpul dan berkelah disuatu tempat, tiada agenda yang lebih utama dalam program begini. Kemesraan, penyatuan dan mencapai kata sepakat yang mana UMNO Bachok mempunyai slogan yang baik iaitu 3S.