clixsense

Sabtu, 27 November 2021

PAS dan halatuju bercelaru..


Pas sebagaimana semua parti politik yang pernah menjadi rakannya tahu bahawa parti yang mendakwa politik Islam itu mendokong idea politik mementingkan diri, tidak boleh dipercayai serta angkuh dan sombong. DAP, PKR, S46 serta parti politik yang pernah bekerjasama dengan PAS pasti bersetuju bahawa setiakawan tidak boleh diharap dengan parti ini. 

PAS boleh dijadikan rakan hanya ketika mereka tersepit, PAS menjadi rakan Semangat 46 ketika mahu merampas kuasa, apabila berjaya mentadbir Kelantan mereka membuli S46. Apabila hendak menguasai Malaysia mereka berkali- kali bersama DAP dan apabila gagal mereka lari dengan alasan DAP tidak baik untuk negara dan Islam.

Selama berkali- kali mereka ingin menghancurkan UMNO dan BN tetapi takdir UMNO / BN hanya tewas apabila PAS tidak bersama pakatan pembangkang, PAS putih mata apabila melihat UMNO BN tewas kepada parti yang dianggapnya tidak berkualiti iaitu PAN, PKR, DAP dan BERSATU (PPBM)..

PAS mungkin irihati dengan serpihan partinya PAN apabila sedia mencipta piagam yang diusahakan bersama UMNO, mereka mempunyai hasrat besar untuk menguburkan PAN pada pilihanraya ke 15. Namun sebagai sebuah parti yang mirip kepada idealogi Khomeini Iran, atau sebagaimana bani Quraizah dari kaum Yahudi yang membelakangkan piagam Madinah, PAS boleh mencari dan kemukakan dalil agama apabila langkah Sheraton berjaya menyingkirkan PAN bersama DAP dan Team Anwar Ibrahim ke blok pembangkang, PAS mara bersama dalam Team Mahiaddin memerintah negara. PAS pertama kali menjadi gabungan penting dalam kerajaan yang rapuh.

Bersama Perdana Menteri Mahiaddin, PAS dapat melunaskan dendam dan sakit hatinya kepada PAN dan Muhamad Sabu. PAS sudah mentadbir kerajaan pusat begitu juga BN yang kembali menjadi sebahagian kerajaan di Putrajaya tetapi untuk parti UMNO kejayaan ini hanyalah suatu pengorbanan yang tidak menguntungkan UMNO malahan parti UMNO berpecah lagi apabila terus dibuli oleh Mahiaddin dan PPBM.

PAS sudah jadi kadok naik junjung, lemas dalam kuasa, hilang dalam terang apabila membelakangkan Muafakat Nasional (MN). Perkara ini tidak menghairankan kerana tujuan MN adalah untuk kembali menguasai pusat dan PAS adalah betul kerana mereka sudah berkuasa di pusat dan PAN berjaya disingkirkan,

Tetapi UMNO tidak bernasib baik seperti PAS, UMNO / BN mesti terus berjuang untuk menjadi nombor 1 serta tidak boleh membiarkan hasrat PPBM yang ditubuhkan untuk menggantikan UMNO. PAS tidak menghiraukan dilema UMNO mereka terus mendesak UMNO tunduk kepada kehendak PPBM atas alasan penyatuan bangsa dan agama tetapi langsung tidak menganggap PAN adalah juga seagama dan sebangsa dengan PAS. PAS mengambil pendekatan melemahkan UMNO dengan menggunakan PPBM sementara PPBM bernafas dengan bantuan PAS.

Pilihanraya negeri Melaka akhirnya menjadi gambaran awal bahawa perjuangan UMNO / BN lebih diterima biarpun terpaksa beraksi solo menghadapi PH dan PN. PAS sekali lagi terus dilalaikan bila tidak menyedari pengorbanan dan air mata yang mengalir di PWTC kerana menubuhkan MN, pemimpin PAS sebagaimana juga sebahagian pemimpin UMNO masih terikat dengan budi. peluang dan kedudukan menyebabkan mereka lebih menghormati Mahiaddin berbanding parti sendiri. PAS sanggup meninggalkan panji panji parti bulan dan memikul lambang Perikatan Nasional untuk membuktikan UMNO salah dan mereka benar. Tetapi sebaliknya UMNO / BN menang besar dalam meraih kepercayaan rakyat di Melaka.

PAS dan Kelantan tidak dapat dipisahkan, Kelantan adalah tunjang kekuatan mereka jika gagal di Kelantan bermakna mereka tidak akan berjaya di negeri lain. Bagi UMNO pula jika berjaya merampas Kelantan PAS akan menghadapi zaman gelap semula. PAS mesti bijak mengatur di Kelantan, walaupun tahu parti bulan dan orang Kelantan seperti tidak dapat dipisahkan.

PAS mesti bersama dengan idea MN untuk Kelantan, Kerana itulah Nik Abduh menjadi pemimpin yang serius mempertahankan idea MN bukan sahaja dilihat piagam MN menepati kehendak rakyat Melayu tetapi juga untuk menyelamatkan parti PAS.

UMNO mungkin sukar untuk menang di Kelantan tetapi jika bertanding dalam pilihanraya, UMNO mungkin boleh menambah kemenangan kerusi di Kelantan kalaupun belum berjaya merampas Kota Darul Naim, UMNO mungkin tidak rugi jika beraksi solo di Kelantan malahan ia menggusarkan PAS. PAS dengan perjuangan bertopeng agama sudah tentu ingin memilih jalan mudah. UMNO Kelantan mungkin perlu mengikut apa yang UMNO Terengganu tegaskan. lawan semua kerusi DUN, tapi jangan dilihat kerana rakus untuk berkuasa, UMNO Kelantan mesti dilihat teraniaya dan terpaksa melawan PAS.