clixsense

Rabu, 4 Februari 2015

Dark Vader dan Stormtrooper di Kelantan

Banjir besar yang melanda negeri Kelantan bermula 24 dis 2014 telah membongkar banyak rahsia dan kesilapan manusia, walaupun banjir juga berlaku di negeri negeri lain tetapi yang berlaku di Kelantan adalah amat luar biasa sekali, tidak dapat digambarkan bagaimana air jernih yang turun dari langit dibanjaran titiwangsa menjadi kuning hingga digelarkan 'Bah Kuning' tetapi amat menyedihkan bila bersama bah Kuning itu turut dibawa bersama ribuan ton balak dari hutan hutan ulu Kelantan sehingga ke halaman rumah penduduk di hilir Kelantan dan hanyut juga ke laut cina selatan, tidak masuk akal bagaimana ribuan tan tanah juga menimbus setiap laluan dan rumah di sepanjang pinggir sungai dan laluan air kuning yang selayaknya boleh dinamakan juga sebagai "Bah Selut".. sungguh tak bersopan orang dan kerajaan yang terlibat menebang hutan secara meluas tak terkawal.
Bukan sahaja kepincangan pengurusan hutan dan tanah tinggi yang dibongkar oleh banjir tersebut, tetapi juga telah menyerlahkan sekumpulan ahli politik negeri yang dikatakan lebih berupaya dan lebih tersusun daripada kerajaan PAS yang ada jika dilihat dari pandangan gerakan parti. MB Kelantan kini bukan lagi menghadapi UMNO/ BN sebagai pesaing politik tetapi juga dari dalaman sendiri, kumpulan yang jelas tapi masih ingin memakai topeng ini bolehlah kita lihat sebagaimana Dark Vader yang dulunya berada di Ukraine untuk menjadi presiden pada pilihanraya negara tersebut pada 2014 yang lalu, kini Dark Vader bersama Stormtrooper nya sudah aktif mengucar- kacir PAS.