clixsense

Sabtu, 20 Mac 2021

No PKR, No DAP No Anwar.. slogan UMNO bukan PN

No PKR, No DAP dan No Anwar adalah satu slogan yang pada mulanya memberi kelebihan kepada UMNO dalam meraih simpati dan sokongan rakyat, bagi rakyat dan ahli parti mereka tidak tahu pun siapa yang mencipta slogan ini, dan ahli parti tidak membuat usul atau gesaan kepada kepimpinan untuk merestuai dan mengukuhkan slogan ini. Apa yang ahli dapat memahami slogan ini dicanangkan untuk mengubat luka dan sakit hati rakyat terbanyat terutamanya UMNO yang kerajaan mereka ditewaskan oleh Pakatan Harapan (PH) dan rakyat terbanyak tertipu dengan kerajaan PH. Kerajaan PH adalah Pakatan antara DAP, PKR, PAN dan PPBM yang didaftar selepas Tun Mahathir sebagai Presiden PPBM menjadi Perdana Menteri. 

Slogan No PKR, No DAP dan No Anwar pula seolah dipersetujui bersama antara BN/UMNO, PAS dan PPBM selepas mereka membentuk kerajaan dengan menggelar kerjasama itu sebagai Perikatan Nasional (PN).

Apa yang menjadi kehairanan kepada slogan ini adalah bila slogan yang pada mulanya disepakati tetapi akhirnya ia menjadi milik dan liabiliti kepada UMNO sahaja, bukan PPBM atau PAS atau lain lain parti dalam PN.

Ahli UMNO perlu menyedari bahawa yang menjadi Perdana Menteri adalah orang yang sama dalam PH yang menjawat Menteri Dalam Negeri dibawah Perdana Menteri Tun Mahathir, dia juga Timbalan Presiden PPBM yang bersama DAP, PKR dan Anwar sebelum bersama Timbalan Presiden PKR, Presiden UMNO dan Presiden PAS serta Presiden Presiden parti Sarawak Sabah menubuhkan kerajaan baru. Dari awal lagi Kerajaan PN adalah kerajaan yang disokong bersama oleh Ahli Parlimen meninggalkan parti sendiri walaupun mereka sudah berkerajaan dan boleh membetulkan apa yang dikatakan tidak betul di zaman BN.

Ahli UMNO jangan terpengaruh dengan slogan No, PKR, No DAP dan No Anwar kerana ahli DAP, ahli PKR dan ahli PAN juga meyokong dan bersama Kerajaan PN,  Ahli UMNO perlu buka mata bahawa wakil rakyat PKR, DAP dan Amanah boleh diterima bersama PN dan diterima masuk parti PPBM dengan bangga oleh Presiden mereka. Ahli UMNO perlu menilai bahawa PAS juga mempunyai slogan rahsia iaitu No PAN ke dalam kerajaan PN tetapi pada masa yang sama mendesak UMNO melayan PPBM dengan baik.

Ahli UMNO perlu sedar bahawa usul terbanyak mereka dalam mesyuarat bahagian adalah No PPBM bukan No DAP atau No PKR kerana ahli UMNO tidak perlu usul berkaitan No DAP  ahli UMNO tidak perlu usul sebegitu kerana 100% Bahagian UMNO tidak memikirkan hubungan dengan parti musuh utama UMNO itu.

Usul No PKR tidak payah diulas oleh ahli UMNO kerana mereka juga sebagaimana PPBM adalah bekas ahli UMNO yang menjadi pengikut Anwar sebagaimana ahli PPBM juga asalnya pengikut Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin jika mereka ingin pulang ke pangkuan UMNO tidak ada usul bantahan jika mereka ingin mengisi borang ahli UMNO semula.

Ahli UMNO mungkin bersetuju jika dikatakan slogan No Anwar hanya terpakai selagi Anwar menuntut jawatan Perdana Menteri sahaja dan jika hasrat Anwar itu tidak lagi berlaku, tidak ada halangan untuk UMNO menerima dan bekerjasama, bukan sahaja UMNO jika Anawar meninggalkan PH berkemungkinan PPBM dan PN lah yang pertama menghulur tangan.

Sebagai ahli UMNO biasa sebagaimana jutaan ahli UMNO yang lain, kami menyeru Kluster Anwar Musa dan rakanya Kluster Semburit serta Kluster TAK1 agar janganlah mengeliru dan membodohkan ahli UMNO untuk agenda peribadi kamu. 

Cukuplah Kluster kamu mengusung kekayaan dan harta serta pangkat dengan menunggang parti UMNO dan kerajaan, kami ahli UMNO tidak mahu ditunggang oleh kamu.