clixsense

Selasa, 26 Jun 2018

Ku Li milik negara

Menjelang kemuncak pemilihan UMNO pada 30 Jun 2018. Tumpuan utama ahli- ahli Umno adalah siapakah bakal menduduki kerusi Presiden. Kerusi yang akan jadi tumpuan serangan dan cacian oleh pihak lawan. Seperti mana semua perwakilan Umno yang lain kita juga ada pilihan calon sendiri. Sebagai ahli parti yang tidak terikat dengan mana mana kepentingan bersama calon -calon Presiden Umno, sudah tentu dengan mudah dan yakin kita akan menyebelahi Ku Li.
Sebagai ahli parti yang kebetulan satu negeri dengan Ku Li, sebenarnya tidak ada faktor kenegerian yang mendorong untuk kita memihak kepada Ku Li. Sebagai orang yang sentiasa ingin mengikuti perkembangan politik, kita tidak nampak sepanjang 50 tahun menjadi wakil rakyat bersama Umno, Ku Li berada dalam posisi yang diterima sepenuhnya oleh rakyat Kelantan. Umno Kelantan sendiri tidak pernah memihak sepenuhnya kepada Ku Li. Pada pemilihan tahun 1987 undi Umno Kelantan tidak memihak kepada Ku li


Ku Li tidak pernah mendapat sokongan sepenuhnya oleh rakyat Kelantan dan pernah kita menulis bahawa Gua musang adalah satu daerah yang berbeza sebagaimana kita gambarkan dalam tulisan Gua Musang dibuli oleh Kerajaan Kelantan sebagaimana di Terengganu ada daerah Besut yang dijoloki sebagai 'Republik of Besut' yang juga pernah merasakan pemimpin mereka disisih oleh daerah lain dalam negeri yang sama. juga ada tulisan tentang Ku Li sebagai Winnable candidate.. Ku Li sebenarnya lebih dekat dengan Kuala Lumpur dan Nasional, Ku Li tidak berada di kerusi Dun Kelantan tetapi menghabiskan penggal setiap pilihanraya di Kerusi Parlimen. Ku Li membina Petronas, Pernas, Bank Bumiputera dan sebagainya untuk Malaysia, Ku Li menyebelahi tuntutan Royalti oleh PAS Kelantan atas dasar ketetapan oleh Petronas bukan tidak bersetuju dalam hal- hal undang undang laut Malaysia.

Sejarah penubuhan Umno dan penglibatan Istana dalam menggerak serta menjayakan agenda Umno memang sudah lama berlaku. Setiap kali penglibatan Istana ia sentiasa mempunyai kaitan dengan agama dan bangsa. Pertubuhan yang mendapat restu teristimewa seperti Umno mestilah mempunyai kreadibiliti tertinggi dan kebertanggujawaban yang sepatutnya. Ku Li berkebetulan pula seorang anak raja Melayu yang pada mulanya sudah berkerat rotan dengan semua Jawatan dalam Kerajaan dan parti selepas kekalahannya kepada Mahathir dan kegagalannya untuk kembali kepada Umno Baru lantas membuatkan tokoh ini menyepikan diri sehinggalah pembubaran S46 beliau masih tidak teruja, hinggalah rombongan pemimpin Umno termasuk KJ berjumpa beliau dan memintanya agar aktif semula.
Kita tidak nampak apa keuntungan dan kepentingan Ku Li untuk bersetuju menggalas tanggungjawab yang tak ubah seperti menyanggupi penubuhan semula Umno. Sebagai rakyat yang mungkin bukan dari golongan bangsawan mungkin ada terdetik tidak puas hati jika dikatakan bahawa orang dari kalangan bangsawan lebih berjaya sebagai pemimpin. banyak telah dibuktikan bahawa rakyat kebanyakan boleh mentadbir dengan baik tetapi tidak ramai rakyat biasa yang boleh menandingi kesantunan, budaya dan penelitian yang sememangnya di asuh oleh Istana sejak kecil, pergaulan dijaga agar tidak dicela, kesalahan dipimpin, sosial budaya dilihat dari awal dan diberi pendedahan sebagai pemimpin sejak kanak- kanak barangkali ini dicemburui oleh rakyat tetapi inilah sebenarnya diperlukan oleh rakyat.


Untuk waktu- waktu begini Umno memerlukan kembali penghormatan dan pengaruh juga perlu disegani tanpa boleh dikaitkan dengan kesalahan dan kesilapan pemimpin terdahulu. Keputusan memilih Ku Li bukan bermakna ahli Umno yang bukan anak raja dinafikan, kali ini biar Ku Li yang menerajui dahulu sehingga 2021, kita yakin pada 2021 tidak akan berlaku lagi pilihanraya dan Ku Li tidak boleh berangan untuk jadi Perdana Menteri. Juga perlu diambil kira sekiranya Ku Li ingin membawa Umno ke tampuk pemerintahan sudah tentu Ku Li akan berusaha agar berjaya sebelum 2021 kerana jika tidak berjaya Ku Li akan dinasihat berundur atau diundurkan oleh parti Umno pada pemilihan Umno 2021. Pesaing lain juga bagus tetapi mereka sudah diberi peluang memimpin Umno namun tidak sehebat waktu Ku Li diberi tempat dalam kabinet dulu mereka tidak cukup kategori untuk menidakkan kebolehan dan Keikhlasan Ku Li yang punyai rekod bersih biarpun pernah memimpin badan khazanah dunia iaitu sebagai pengerusi Bank Dunia, IMF serta Bank Pembangunan Asia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan