Pelancaran Parti Peribumi Bersatu atau PPBM di Bintulu Sarawak pada kelmarin iaitu pada 2 Disember 2018 jangan dipandang ringan kerana ia adalah satu lagi usaha serius oleh Tun Dr Mahathir untuk terus mara seterusnya boleh menggantikan UMNO dalam membawa politik orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia.
Kita tertanya tanya mengapa UMNO seperti masih menggunakan strategi defensif daripada mengambil sikap offensif atau Mara. gesaan agar UMNO segera ke Sarawak pernah saya suarakan selepas kekalahan BN di blog utama saya https://temalong.blogspot.com/2018/06/umno-ke-sarawak.html Kenyataan oleh Presiden UMNO bahawa UMNO tidak mahu berkembang ke Sarawak seolah menghadkan cita- cita UMNO untuk mewakili kaum Bumiputera di sana sekaligus menghindar rakyat untuk teguh bersama payung BN. Sedarkah Ahmad Zahid bahawa BN sudah tidak ada rakan lagi di negeri tersebut. Parti PBB, SUPP, PRS dan PDP yang dulunya menang atas lambang dacing sudah meninggalkan gabungan dan mengistiharkan sebagai parti gabungan yang menyokong PH.
PPBM meneruskan langkah ke depan apabila membuka ruang pilihan untuk rakyat yang ingin bersama kerajaan pusat khasnya gabungan sebenar bersama PH. Strategi Tun Mahathir ini adalah selain menyokong pendirian berkecuali majoriti Ahli Parlimen dan Adun di negeri tersebut ia juga memberi pilihan untuk wakil rakyat melompat parti menjadi ahli dan YB PPBM dalam masa terdekat. Dengan tindakat bersasar oleh Bersatu ini jadi di mana BN hendak bawa penyokong mereka di Sarawak.
Sepanjang pembentukan Persekutuan orang- orang Sarawak berterusan memberi sokongan besar kepada agenda Malaysia jadi itulah buktinya rakyat Sarawak bukan berfikiran terlalu kenegerian, mereka ingin bersama persekutuan dan bersedia bekerjasama bersama parti dari semenanjung terutama parti yang memerintah.
Benar alasan Ahmad Zahid bahawa Sarawak dan Sabah membunyai keunikan, mereka tidak perlu diganggu dengan parti politik dari semenanjung tapi sedarkah Ahmad Zahid bahawa kini UMNO adalah parti terbesar di Sabah manakala Ketua Menteri pernah dipegang oleh pemimpin UMNO malahan Ketua Menteri sekarang adalah bekas Pemimpin besar UMNO jadi apa logiknya UMNO tidak perlu ke Sarawak. Kenapa keunikan budaya politik negeri pantai timur Semenanjung tidak diambilkira sedangkan 2 negeri itu bukan didominasi oleh UMNO dan tidak berjaya ditembus oleh PH berbanding Sabah dan Sarawak yang tidak kebal dimenangi oleh PH malahan Sabah memberi sokongan besar kepada UMNO, begitu juga dengan parti DAP yang menguasai kawasan bandar di Sabah dan Sarawak apakah DAP tidak menganggu keunikan politik di sana begitu juga PKR yang tetap ada kerusi untuk dimenangi malahan sampai ke luar bandar. Apakah UMNO tidak mahu pertambahan beberapa kerusi hanya kerana menjaga hati pemimpin pemimpin Parti Pesaka Bumiputera yang lari meninggalkan UMNO dan rakan rakan BN yang lain.
Bagaimana untuk UMNO menjuarai agenda Melayu Bumiputera sekiranya teragak- agak dan takut mengembangkan sayap ke sebuah sahaja lagi negeri dalam Persekutuan usahlah menjadi juara global jika masih bertahan dan bersikap selesa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan