clixsense

Isnin, 16 April 2012

PTPTN Peluru terakhir Anwar dan Pakatan Rakyat

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi kambing hitam terakhir oleh Anwar Ibrahim setelah pelbagai sudut komponen pentadbiran negara di serang daripada PDRM, Mahkamah,  Kementerian Luar Negara, Slogan 1 Malaysia, Kes Altantuya, Hak Seksualiti, PETRONAS, SPR, BR1M, KR1M malahan apa saja tindakan kerajaan dikatakan tidak betul dalam waktu beliau sendiri belum menunjukkan apa- apa sumbangan kepada rakyat keseluruhan mahupun di Selangor yang beliau sendiri menjadi penasihat ekonomi bergaji RM1 sebulan.
Anwar Ibrahim yang dipunggut oleh Pakatan Rakyat dan diangkat sebagai pemimpin setelah pemimpin UMNO sepakat menolak beliau daripada terus bersama parti kerana isu moralnya bertentangan dengan agama dan susila rakyat negara ini.
Pada tahun 1997 Anwar Ibrahim ketika itu sebagai Menteri Kewangan dan memangku tugas Perdana Menteri telah meluluskan penubuhan PTPTN setelah mengambil kira kesukaran rakyat terutamanya penduduk luar bandar dan orang Melayu yang menghadapi masalah untuk menghantar anak ke Institusi Pengajian Tinggi akibat masalah kewangan. Syukur.. kerajaan berjaya membebaskan belenggu yang selama ini banyak mengorbankan cendikiawan Melayu yang terpaksa terperosok di ceruk kampung dan bergelumang dengan kerjaya tulang empat kerat oleh kerana ibu bapa tidak berupaya membiayai pelajaran terutama orang tua yang tidak sanggup menjual lembu kerbau dan tanah sawah pusaka.
Bukan sedikit ibu- bapa yang menitiskan air mata syukur setelah anak mereka akhirnya boleh ke menara gading biarpun tidak membuat kenduri untuk memungut sumbangan jiran dan saudara mara.. PTPTN menyelamatkan keadaan dan menghindar daripada berhutang dengan institusi kewangan atau bergolok bergadai untuk memenuhi impian anak- anak.
Hari ini tidak ragu- ragu lagi pelajar yang menyertai demonstrasi yang kononnya menuntut kerajaan memansuhkan PTPTN dan melupuskan hutang sekaligus menukar kepada pembiayaan penuh oleh kerajaan.
Bagus... molek.. elok benar tujuan itu tetapi, sedarkah bahawa mahasiswa yang diketuai oleh Adam Adli iaitu pelajar UPSI yang digantung pelajaran yang sudah tidak sesuai lagi untuk meneruskan cita- cita sebagai guru  saya yakin pelajar ini akan gagal seluruh hidupnya kecuali dia menyertai parti politik berhaluan kiri sebagai kerjayanya.
Apa pun harapan anak muda yang beberapa kerat berdemonstrasi jika mereka bertujuan mendesak PTPTN dimansuhkan ia sangat bodoh dan membodohkan untuk merobohkan tabung pinjaman yang disediakan kepada bakal peminjam sahaja, ia boleh diibaratkan mendesak kerajaan menutup Bank atau menghapus agensi kredit seperti Koperasi, TEKUN atau Amanah Ikhtiar kerana tidak mahu diri turut meminjam duit.
Sekiranya pula mereka berhasrat agar kerajaan melupuskan hutang PTPTN ia sama sekali tidak adil kepada 85% mahasiswa yang sudah dan sedang membayar hutang. Dan jika ianya mahu juga dilupuskan apakah kerajaan akan memulangkan semula wang bayaran peminjam terdahulu, dan perlu diingat wang itu adalah  hasil negara yang diagihkan dengan niat memberi kemudahan kepada rakyat yang sanggup mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih mahal daripada segalanya, jadi kepada mahasiswa yang menghargai ilmu mereka tidak pernah merasa menyesal untuk setiap bayaran bagi menimba ilmu.
Sekiranya pula pendemonstrasi kacau itu memaksa kerajaan menyediakan pendidikan percuma ia sangat dongeng dan bertentangan dengan disiplin pelajar dan guru sejak dari kejadian manusia. Tidak pernah ada mana- mana kerajaan paling kaya sekalipun di dunia ini menanggung keseluruhan belanja pelajar mereka. Sebagai perbandingan mudah orang dahulu kala pun akan membuat pengorbanan sekiranya ingin menuntut ilmu sama ada tambang pelayaran, tempat tinggal mahupun paling daif membayar dengan tenaga untuk berbakti kepada guru mereka untuk masa tertentu. Tidak banyak negara di dunia malahan negara jiran yang menawarkan pelajaran rendah dan menengah secara percuma apalagi pengajian pilihan ke IPTA/S tetapi mahasiswa di negara ini seharusnya merasa pelik sekiranya hutang PTPTN dilupuskan kerana mereka cemerlang dalam pelajaran, inilah yang menjadi rebutan pelajar bangsa Cina, mereka tidak protes tetapi mereka berazam untuk menukar pinjaman menjadi biasiswa, mereka tidak berhajat untuk dibebani bayaran semula biarpun dalam kadar mampu dan fleksibel selepas mendapat kerja.
Anwar Ibrahim yang disokong totok oleh pengikut terutama dari kalangan PKR, PAS dan pelajar bermasalah seharusnya malu dan menyedari bahawa mereka tidak semestinya sentiasa berpolitik dalam setiap perkara tanpa memikirkan buruk dan baik hanya kerana ingin menarik undi mahasiswa. Anwar Ibrahim jangan terlupa bahawa kemungkinan peluru terakhir beliau ini menjadi ejekan dan disesali oleh generasi pelajar terkemudian.