1. SEJARAH
PAS : Penubuhannya membawa perpecahan umat Islam dan kelemahan ummah
SYIAH : Berlaku perpecahan dan pertumpahan darah di kalangan umat Islam. Syiah muncul di akhir
Pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin
2. KESAN
PAS : Lahirnya pecahan parti- parti politik daripada PAS seperti Hamim, Berjasa, Islah dan AKIM
SYIAH : Lahir banyak puak yang berpunca daripada perpecahan puak Syiah seperti Khawarij dan
Muktazilah.
3. PEMUJAAN PEMIMPIN
PAS : Memuja kepimpinan (Nik Aziz) serta taksub yang melampau sehingga pemimpin mereka
dianggap keramat dan mempunyai kehebatan luar biasa.
SYIAH : Memuja dan mendewa- dewakan para Imam mereka dengan pegangan bahawa mereka
adalah maksum atau suci daripada dosa.
4. KAFIR- MENGKAFIR
PAS : PAS mengkafirkan mana- mana orang yang tidak menyokongnya seperti mengkafirkan orang
UMNO dan haram memberi undi kepada calon UMNO.
SYIAH : Memulakan isu "At-Takfir" iaitu mengkafirkan mana- mana orang yang menolak konsep Al-
Imamah iaitu ulamak jadi pemimpin.
5. MENCELA & MENGUTUK
PAS : Mencela dan mengutuk mana- mana orang yang tidak menyokongnya malah boleh mencarut
dan mendoakan dengan kejahatan / keburukan ke atas mereka.
SYIAH : Mencela dan mengutuk sahabat- sahabat Rasulullah s.a.w seperti Abu Bakar, Umar, Uthman
dan lain- lain sahabat kecuali saiyidina Ali r.a.
6. BERBOHONG & SESAT
PAS : Berbohong dari segi agama dengan mengeluarkan pelbagai fatwa songsang seperti mengundi
PAS wajib dan dapat masuk syurga.
SYIAH : Berbohong dihadapan musuh adalah suatu ibadat bagi puak syiah dan digalakkan kerana
muslihat tertentu.
7. MENYALAHGUNA AL-QURAN
PAS : Mentafsirkan ayat- ayat suci Al- Quran mengikut kehendak dan selera kepentingan mereka.
SYIAH : Memutarbelit dan menokok tambah ayat- ayat suci Al- Quran dan membuat tafsiran mengikut
kepentingan mereka.
8. BERBOHONG & TIDAK BERTERIMA KASIH
PAS : Mengajar penyokong- penyokongnya dengan amalan berbohong kerana kepentingan politik
seperti ; - "Beri Duit Ambik, Beri Kain Pakai, Beri Gula Kacau, Tapi Pangkah PAS"
- Melaksanakan Islam dengan sepanduk dan slogan sahaja.
- Sanggup kafir dan memusuhi UMNO tetapi berbaik dengan bukan Islam (DAP).
tanpa segan silu.
- Cara berpakaian melambangkan orang kuat beragama dengan tujuan menarik
perhatian atau publisiti bagi mempengaruhi tanggapan orang ramai.
- Tidak pernah berbangga atau menggesa penyokong- penyokongnya mengibarkan
bendera negara di bangunan dan Institusi milik mereka sempena hari kemerdekaan.
SYIAH : Melakukan "Taqiyyah" iaitu sikap berpura- pura, berbohong dan boleh menipu sekiranya
untuk kepentingan diri dan puak mereka.
9. AKHLAK YANG RENDAH
PAS : Memandang ringan malah membela bagi penyokong- penyokong dan pemimpinnya yang terlibat
dengan kes khalwat, skandal seks dan kumpulan kecelaruan gender.
SYIAH : Menggalakkan perkahwinan muta'ah.