clixsense

Selasa, 29 April 2014

Kitalah pemain itu...

Dalam politik dua kategori boleh dilabelkan kepada pengikut dan ahli parti, pertama pejuang politik dan kedua pemain politik. Kategori pertama sudah semakin kurang tetapi masih boleh ditemui, kebiasaanya golongan ini akan dapat dilihat sekiranya mereka diuji dan diabaikan oleh arus politik semasa. Mereka punyai pendirian yang menguntungkan rakyat dan parti, tidak takut dengan ugutan dan tidak terkesan dengan apa jua desakan dan tindakan. Paling utama mereka rata- ratanya tidak mewah tetapi sentiasa cukup dan bersyukur dengan apa yang diberi. Tidak mendahulukan batang tubuh pemimpin sebaliknya lebih patuh kepada penjawat kepimpinan tanpa banyak soal dan merungut sekiranya keputusan parti tidak menepati hasrat dan kehendak mereka. Bekerja tanpa disuruh, dan rela menjadi pengikut bila dirasakan sudah tidak memberi manfaat kepada parti.
Manakala pemain politik pula kebiasaanya dilihat hebat, pandai berbicara, mempunyai ramai pengikut sekiranya ia mempunyai kewangan yang kukuh. Pemain politik sentiasa memikirkan strategi mempopularkan diri melebihi lambang parti sendiri. Pemain politik tahap rendah sangat mudah dinilai melalui tingkah mereka, seperti suka menunjuk- nunjuk kelebihan diri dan keburukan pesaing, menjadi marah bila pergerakan mereka diganggu dan tidak diiktiraf. Pemain politik sentiasa mendahulukan kumpulan daripada parti sendiri. Mereka menjadi pengiring yang setia kepada ketua mereka sahaja, pemain politik hidup dalam dunia mereka sendiri kerana menganggap mereka yang sepatutnya dijadikan aset politik berbanding orang lain. 
Memetik kata Tan Sri Anuar Musa sewaktu merasmikan persidangan sayap UMNO Ketereh "Kita tidak mahu jadikan politik seperti permainan, kita hendaklah jadi pejuang.... sebut apa saja permainan seperti bolasepak, congkak, wau, pelaga ayam.. semua ini bermusim dan ada pasang surut... tidak kekal, tetapi jika berjuang.. kita tidak akan rasa kecewa..." 

Dalam tindakan oleh ahli parti UMNO di Bachok, sebenarnya orang Bachok lebih tahu, ahli cawangan lebih maklum dan rakyat lebih mengerti siapa yang menguntungkan parti dan siapa yang mencari keuntungan dengan parti.. ahli parti sudah buat keputusan dalam pemilihan, pilihanraya sudah membuktikan. Tidak perlu membela diri sendiri, tidak payah membuktikan kehebatan diri kerana hairaki parti lebih banyak menerima maklumat, membuat penilaian... paling penting, tidak ada pemimpin parti yang memikirkan tindakan untuk memusnahkan parti sendiri walaupun mereka pejuang politik atau pemain politik kecuali pelacur politik dan pengkhianat parti yang sanggup melihat parti mereka kalah dalam pilihanraya.