Berjumpa rakan lama yang terpisah lebih 20 tahun lalu membawa kita kembali ke zaman tersebut di mana kami tidak menjangkakan akan perjalanan kehidupan hari ini, ada perubahan fizikal tetapi pandangan dan tanggapan antara kami tetap sama seperti dibangku sekolah dulu. dalam perbualan kami itu kami berbicara tentang rakan - rakan, berbicara tentang cita- cita dulu, berbicara tentang keluarga, tentang asam garam dan kepahitan hidup... Selepas perpisahan dengan rakan di SMK Jelawat dan SMK Bachok kita terimbau pula rakan rakan berbangsa Cina yang sehingga hari ini kita bukan sahaja menghormatinya sebagai rakan yang berlainan agama dan bangsa tetapi mereka sebenarnya kelihatan lebih Melayu dan lebih Kelantanese daripada sesetengah rakan - rakan Melayu Kelantan yang lain.
Tiga rakan berbangsa Cina tersebut adalah pasangan kembar Tan Li Khan dan Tan Li Khin yang kini kami kerap berhubung melalui media maya, betapa kepetahan dan kelucuan mereka boleh dikatakan amat- amat terserlah dan begitu kekampungan walaupun kini mereka tinggal di Kuala Lumpur dan mempunyai kerjaya terjamin, kita terfikir apakah anak - anak mereka nanti akan mengikut jejak kemesraan seperti ibunya, satu harapan yang amat tipis tetapi mujurlah Li Khin terlalu tebal jiwa Melayunya sehingga memilih teman hidupnya seorang lelaki Melayu juga.. InsyaAllah budaya dan kemesraan Melayu boleh diteruskan. Seorang lagi adalah rakan dari
seawal darjah satu hingga Tingkatan Enam iaitu Chia Chee Ming atau kita panggilnya dengan nama Ameng, Chia ini terlalu banyak Melayunya selain berbangga dengan Kesultanan Melayu ia juga sangat mengikuti budaya Melayu, Chia tidak kekok untuk hadir ke acara kenduri atau turut bersila dalam majlis tahlil jika berlaku kematian atau acara kesyukuran. Ketiga- tiga rakan tersebut sudah pastinya tidak tahu menulis tulisan Cina tetapi mereka tetap boleh berbahasa Cina tanpa cacat cela disamping fasih berbahasa Melayu terutama Melayu Kelantan dengan sangat baik. Merekalah antara kejayaan sebenar bangsa Malaysia yang belajar di Sekolah Kebangsaan.

Apa yang dikesalkan, dan apa yang masih diingatan saya adalah kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Menteri Pendidikan pada waktu itu, iaitu Anwar Ibrahim 1986- 1990 telah seperti menghalau bangsa Cina dan lain lain bangsa dari bercampur dengan anak- anak Melayu. Dapat saya perhatikan dimana selepas Anwar Ibrahim menerapkan nilai- nilai Islam di sekolah kebangsaan, bangsa- bangsa selain Melayu mula menjauhi sekolah Kebangsaan, mereka mula bersusah payah menyediakan bas sekolah untuk mengangkut anak- anak mereka belajar di SJK di bandar, walaupun jauh mereka sepakat memperkasakan semula Sekolah Jenis Kebangsaan yang sebelumnya tidak menjadi pertimbangan utama untuk menyekolahkan anak mereka. Biarpun langkah Anwar itu dilihat mendakwah sekolah kebangsaan tetapi ia adalah penyebab yang besar dimana bangsa Cina dan India tidak mahu berada di sekolah Kebangsaan dan kini Anwar ini jugalah yang sering memberi Idea dan peluang kepada perpecahan bangsa dan provokasi kepada Melayu Islam..