clixsense

Khamis, 26 Mac 2015

Perupok 60 tahun yang lalu..


Perupok adalah satu daripada 10 daerah yang terdapat dalam Jajahan Bachok di negeri Kelantan. Disini lahirnya pemimpin yang menjadi permata negara, menjadi bualan di peringkat antarabangsa dan menjadi sebutan orang- orang Kelantan khasnya di Bachok. Dato Dr Awang Adek Hussin adalah cendikiawan yang dilahirkan oleh masyarakat dan keluarga nelayan di Perupok.. Biarpun sehingga kini rakyat Bachok tidak lagi memilih beliau sebagai wakil rakyat, tetapi yang pasti rakyat sudah menolak seseorang yang sukar dicari ganti.. Perupok sememengnya sudah terkenal dan menjadi lokasi kaji selidik dalam ilmu alam atau geografi yang buku dan penulisannya sudah dibaca sejak zaman belum merdeka lagi... Perupok sudah menjadi tumpuan profesor dari London iaitu Dudley Stamp dan seharusnya ia perlu diketahui oleh generasi kini terutamanya rakyat perupok, melihat bagaimana nelayan dan sosio budaya Perupok lebih 60 tahun lalu