clixsense

Rabu, 21 Oktober 2015

Cukuplah Champa dan Singapura jadi teladan

Dua parti politik Melayu paling berpengaruh di Malaysia iaitu UMNO dan Pas nampaknya semakin menuju kepada titik persamaan dalam hala tuju, dua parti politik ini begitu lama saling bersaing dan tuduh menuduh dengan hebat hingga satu tahap membabitkan akidah dan agama. Walaupun pernah bekerjasama tetapi atas faktor menegakkan dasar parti masing masing persahabatan dua parti ini seperti api dalam sekam dan saling mencurigai. Kini biarpun mereka menegakkan dan melaungkan tujuan yang berbeza tetapi sebenarnya roh mereka hampir sama iaitu menjaga agama paling utama dan kerana inilah masing masing tetap mendabik sebagai pejuang dan pembela agama, antara pemimpin yang terlalu berani adalah pemimpin Pas Allahyarham Nik Aziz Nik Mat yang mana ia berkuasa di Kelantan tetapi menarik perhatian seluruh negara hinggakan menjadi satu fenomena selepas beliau berjaya menjadi Menteri Besar Kelantan dan zaman beliau adalah kemuncak pertembungan dengan pemimpin terulung UMNO yang bersifat provokasi iaitu Tun Mahathir. Setelah kematian Nik Aziz dan Tun Mahathir menyerah kuasa dua ideologi politik tersebut seperti sedang merungkai simpulan keegoan masing masing. Isu agama dan menyamai perjuangan Pas seperti perjuangan agama telah bangkrap apabila kepimpinan mereka melupakan janji syurga lantas membentuk persaingan baru dengan Pas sendiri iaitu AMANAH yang mana mereka telah membuka mata penyokong tegar bahawa Pas juga sebuah parti yang tidak ada kelebihan berbanding parti parti lain. Tetapi pada masa yang sama UMNO diserang dengan pelbagai isu yang mana ramai mempercayai ia adalah angkara cita- cita Tun Mahathir sendiri yang ingin terus menjadi Mastermine kepada UMNO.

Tujuan tulisan ini bukanlah ingin memerihalkan jatuh bangun dua parti tersebut, tetapi ingin mengingatkan kepada orang Melayu dan Islam bahawa pertentangan, pengkhianatan boleh menghancurkan sesebuah negara yang kuat sebagaimana runtuh dan lenyapnya kerajaan Melayu Champa suatu masa dulu sebagaimana diceritakan disini Champa, negara Melayu yang hilang

Sebagaimana ramai yang beranggapan Nik Aziz dan Tun M adalah pemimpin yang tiada tandingan tetapi mereka perlu sedar setiap pemimpin lahir mengikut keperluan zaman, Hj Hadi telah merampas semula peranan kepada satu pihak dan menukar corak serangan dengan cara penyatuan bukan bertembung, dan Najib Razak pula sabar dengan gaya merungkai dan menyelesai kekusutan daripada cara beliau yang sebelumnya mengundang kekusutan. Semoga Melayu berjaya mengelak daripada diasak oleh bangsa lain di tanah air sendiri, cukuplah Champa dan Singapura menjadi pengajaran.

Ahad, 4 Oktober 2015

Kebun Kurma di serambi Mekah

Melalui jalan dari Melor ke Pasir Puteh anda akan perasan satu papan tanda besar yang menyatakan kebun perintis tanaman kurma yang diusahakan oleh Jabatan Pertanian negeri. Alangkah beruntungnya orang di Kelantan kerana mereka bakal jadi tumpuan apabila kurma tersebut mengeluarkan hasil, yang sudah tentunya memberi pulangan kepada penanam dan mengharumkan nama pihak yang mengusahakannya selayak dengan nama gelaran negeri serambi Mekah.. jom kita melawat ladang tersebut..


Papan tanda projek perintis di kawasan sekolah agama


Tengok dari luar pagar je.. agaknya banyak pokok dah mati


Masya Allah anaconda pun ada kut...


mana pokok kurma...?

Selepas memerhati barulah nampak nun sayup sayup pokok kurma yang terbiar, mungkin dah banyak yang mati.. yang hidup pun tunggu mati lah agaknya kalau macam ni gayanya...