clixsense

Khamis, 21 Julai 2016

MENJAWAB ''kenyataan Media'' WAN AZIZAH

KENYATAAN MEDIA
DS NAJIB PERLU AMBIL CUTI SEBAGAI PM, BADAN BEBAS PERLU SIASAT
Satu dunia dikejutkan sidang media Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DOJ) tengah malam tadi yang menyatakan Kerajaan Amerika Syarikat akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion (USD1 bilion) yang berkait dengan satu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB). DOJ juga telah menamakan individu-individu yang didakwa terlibat: Riza Aziz (anak tiri kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak), Jho Low, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

JAWAPAN : Syukur setelah dibuat gesaan dan permohonan oleh Kerajaan dan PM supaya apa sahaja yang berkaitan dan tuduhan kepada 1MDB akhirnya disambut baik oleh pihak Amerika Syarikat dan pihak- pihak terbabit perlu disiasat untuk membersihkan nama PM dan dakwaan bahawa 1MDB membuat pelaburan di sana adalah tidak tepat, perlu difahami ia adalah kejayaan mengesan wang dari Malaysia yang dilarikan

Sidang media DOJ tersebut dengan jelas menyatakan RM4 bilion ini sebahagian dari lebih RM14 bilion (USD3.5 bilion) yang dikenalpasti dilarikan dari badan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara 2009 hingga 2015. Jangkamasa ini bertindih sepenuhnya dengan jangkamasa Dato' Sri Najib memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
JAWAPAN : Kita menyokong tindakan diambil jika benar ia dilarikan dan mendapatkan semula jumlah yang dilarikan membuktikan PM sedia disiasat, sebelum ini dengan jelas PM menegaskan bersedia dihukum jika terlibat, Alhamdulillah ia berlaku di zaman DS Najib menjadi Perdana Menteri apalah agaknya yang terjadi jika tuduhan seperti itu berlaku sewaktu zaman Tun Sebagaimana terjadi kes BMF dan Kumpulan Carrian sebagai satu contoh sahaja.

Memandangkan Perkara 117 Memorandum dan Artikel Persatuan 1MDB yang berkuatkuasa pada ketika wang RM14 bilion itu didakwa dilarikan dari 1MDB meletakkan tanggungjawab meluluskan "komitmen kewangan, penyusunan semula atau sebarang perkara yang melibatkan jaminan kerajaan" di tangan Perdana Menteri, maka saya menggesa Dato' Sri Najib untuk segera memberikan penjelasan kepada Ahli-Ahli Parlimen di dalam satu sidang Parlimen tergempar dalam masa terdekat.
JAWAPAN : Kenapa nak buat sidang Media dan penjelasan dalam waktu penyiasatan sedang berjalan, apa apa kenyataan yang dibuat boleh menggangu penyiasatan.. PM tidak perlu ganggu penyiasatan yang sebagaimana DS Najib tidak boleh menyaman Tony Pua kerana “Tiada locus standi” bermaksud “bukan dalam kapasiti” atau “tiada kapasiti” untuk memulakan tindakan saman ke atasnya atau dalam bahasa mudah, Najib tidak boleh menyaman Tony Pua kerana Najib tiada kaitan dengan 1MDB atau tiada berjawatan di dalam 1MDB. 


Memandangkan Dato' Sri Najib selaku Perdana Menteri telah memecat beberapa individu-individu yang lantang bersuara mengenai isu 1MDB, termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya menggesa Kabinet untuk menasihatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menitahkan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyiasat tuduhan wang RM14 bilion telah dilarikan dari 1MDB dari 2009 ke 2015 serta mencadangkan agar individu-individu yang terlibat dihadapkan ke mahkamah.

JAWAPAN : Memandangkan dalam parti Pembangkang juga berlaku pemecatan dalam organisasi sama ada peringkat pusat juga negeri ia bukanlah suatu perkara yang asing, Pemecatan adalah selepas diadakan mesyuarat dan dikenal pasti keperluan bukan berdasarkan kritikan kepada individu ia adalah kerana mengkhianati parti. Adalah tidak adil untuk menubuhkan suruhanjaya Siasatan Yang sebahagiannya telah dimuktamad dan diperjelaskan oleh pihak yang membuat siasatan termasuk PAC yang dianggotai oleh wakil pembangkang. Lagipun dakwaan bahawa Najib terlibat secara langsung dengan 1MDB hanya suatu permainan persepsi yang terancang dalam plot untuk ‘menjenayahkan Najib’. Hakikatnya, pembangkang sendiri mengakui bahawa dakwaan ini tiada asas sama sekali dari segi undang-undang.


Memandangkan jawatan Dato' Sri Najib sebagai Perdana Menteri memberikan beliau kuasa dan pengaruh ke atas agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan memandangkan isu ini berkait rapat dengan bidang kuasa malah juga jangkamasa beliau memegang jawatan tersebut, saya percaya Rakyat Malaysia mahukan Dato' Sri Najib untuk mengambil cuti sebagai Perdana Menteri agar tidak timbul syak wasangka salahguna kuasa untuk melengah atau menghalang siasatan penuh terhadap isu yang serius ini.

JAWAPAN : Sebagaimana yang berlaku kepada KM Pulau Pinang yang tidak mahu bercuti walau membabitkan kes langsung keatas dirinya, adalah satu kelucuan melampau untuk PM meletak jawatan atas hal yang tidak melibatkan dirinya... Dan kalau masih mahu diketengahkan biarkan siasatan diteruskan sekiranya sesiapa sahaja terlibat UMNO mempunyai ramai pemimpin untuk diganti, sekiranya juga orang terdekat dengan PM turut terlibat itu adalah ketelesuan paling besar yang diambil oleh beliau, dengan itu rakyat perlu terus beri kuasa serta mandat kepada DS Najib atas pengorbanannya kepada rakyat dan negara biarpun melibatkan orang yang paling hampir dengannya..



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

21 Julai 2016

Dijawab oleh : FMY