clixsense

Isnin, 26 Mac 2018

Pilihanraya : Berebut tiket ke neraka ?



Masa terdekat ini semua pemimpin parti parti politik dalam keadaan cemas dan risau. Cemas untuk menghadapi pilihanraya yang akan menentukan kelangsungan kuasa mereka berterusan atau terhenti, risau sekiranya mereka tidak dicalonkan mewakili parti dalam pilihanraya umum.

Disebalik cemas dan risau itu sebenarnya mereka mempunyai agenda dan matlamat tersendiri, pemimpin pemimpin parti politik lantang menyuarakan kelayakan mereka untuk dipilih sebagai wakil rakyat, saling melemahkan pihak lawan. Pelbagai gelagat dan penampilan agar dilihat bersesuaian dengan kehendak rakyat, kata- kata manis dan keyakinan penuh diberikan kepada setiap rakyat yang dijumpai dengan harapan akan menang dalam pilihan rakyat nanti.

Untuk apa bersingsing lengan dan bercawat kote sekiranya mereka memahami dan tahu betapa besarnya tanggungjawab bila dipilih sebagai pemimpin, blok parti parti politik di Malaysia kesemuanya dipimpin oleh orang Islam, Orang islam bukan seperti bangsa dan agama lain yang mana mereka menjadi megah dan hebat jika diangkat sebagai pemimpin, tidak salah kerana syurga mereka adalah bumi ini. 

Tidak perlu mendakwa diri bahawa keterlibatan dalam perebutan sebagai calon adalah atas suara akar umbi kerana akar umbi tidak pernah terlibat dalam menentukan calon akhir. Akar umbi cuma diarah dan diseru untuk memenangkan calon bertanding tidak kira siapa.

Keluarlah nama nama dan juara dalam menentukan habuan pilihanraya, tampillah nama nama yang selama ini culas dengan program parti. Muncullah watak -watak merajuk, melintaslah para broker yang mendakwa boleh memenangkan seseorang calon.

Pilihanraya adalah suatu tempoh singkat, tetapi ia cukup untuk menggambarkan minggu minggu yang tak pernah sunyi daripada taburan wang dan janji yang mengalir bagai air. Tempoh ini adalah tempoh untuk sebilangan orang menjadi miskin tetapi tempoh inilah akan merubah seseorang untuk menjadi kaya serta merta. Inilah masa yang pernah dikatakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz iaitu pemerintah Kerajaan Umayyah ke 8 yang mana pada hari dia diistiharkan sebagai khalifah, Antara pesanannya adalah..

"Sesungguhnya Umat Ini tidak berselisih tentang tuhannya, tidak tentang nabinya, tidak tentang kitabnya, akan tetapi umat ini berselisih kerana dinar dan dirham.."


Ya.. semuanya tentang dinar dan dirham... lahirnya Parti serpihan kerana wang mas ..berebut nak jadi calon kerana wang mas.. lari ke jemaah lain kerana wang mas.. nak menang pilihanraya kerana wang peruntukan dijanjikan.. nak jadi calon walau tahu tak boleh menang kerana wang kempen..nak jadi jentera kerana wang akan turun...

Sekiranya bakal- bakal yang menawarkan diri untuk memimpin ummah merenungi, mengambil iktibar daripada kesanggupan Umar Abdul Aziz  dijamin mereka akan lari daripada kesanggupan ini..