clixsense

Isnin, 11 Mac 2019

Azmin ke Kelantan kencing celah gelegar

Semua penyokong PH di Kelantan nampak berbangga bila Pengerusi Majlis Tindakan Negeri.... Kelantan (Zaman BN dikenali Jabatan Pembangunan Persekutuan / JPP) Datuk Seri Azmin Ali turun untuk mesyuarat kali pertama di Kota Bharu serta mengumumkan pengembalian Royalti (zaman BN Royalti dipanggil Wang Ehsan) kepada Kelantan serta membawa 5 projek besar yang nampaknya perlu di perjelaskan secara ringkas agar orang- orang kelantan tidak mabuk dan kelabu mata dek kencing dari Pantai Barat mulai terpercik ke Pantai Timur.

1. Pembinaan LPT3
    LPT3 sebenarnya telahpun diumumkan oleh Pengerusi BN Dato Sri Najib Razak dalam manifesto  pilihanraya pada April 2018, penerusan jalanraya pantai timur ini adalah perancangan kerajaan terdahulu untuk menghubungkan LPT2 yang tamat di Tepuh, kuala Nerus ia akan disambung hingga ke Kelantan, jadi pembinaan ini adalah penerusan projek yang dimulakan oleh kerajaan BN.


2. Menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
    Jika sesiapa yang sering ke airport Pengkalan Chepa tentunya mereka dapat melihat model rupa bentuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang diletakkan di satu sudut dalam bangunan lapangan terbang, pengumuman oleh Azmin adalah ulangan kepada apa yang telah disahkan dan diumum oleh Datuk Seri Najib Razak menerusi pembentangan Bajet 2018 yang mana akan bermula pada Julai 2018 dengan kos RM483 juta, projek ini dibawah RMK11 tetapi tidak dapat dimulakan mengikut jadual kerana kerajaan BN diganti oleh PH dan projek yang dipersetujui untuk diteruskan ini hanya bermula tahun 2020 

3. Jalanraya Pasir Puteh - Machang - Jeli
    Projek sudah bermula di bawah Kerajaan BN 

4. Lebuh Raya Central Spine Road (SCR) sepanjang 123km
    Perdana menteri era BN sewaktu membentangkan bajet 2018 mengumumkan peruntukan sebanyak RM230 juta bagi meneruskan pembinaan lebuhraya CSR dengan jarak 390km, selain itu Najib Razak juga mengumumkan peruntukan RM55 juta lagi bagi subsidi pengangkutan luar bandar dari Gua Musang ke Tumpat

5. Pembinaan Jambatan Palekbang
Hanya jambatan ini yang tidak disentuh oleh kerajaan BN, perlu difahami bahawa pengumuman dan batu asas pembinaan jambatan ini telah dilakukan oleh Menteri Besar yang dipimpin oleh PAS. Atas faktor politik dan ingin melihat sejauh mana kesungguhan dan komitmen janji ditepati oleh PAS, maka BN tidak berminat untuk campurtangan dalam pembinaan ini tetapi kerajaan BN tidak mengabaikan keperluan trafik dari Kota Bharu ke daerah Tumpat, kerana itulah jambatan Sultan Yahya dinaik taraf dan pembinaan 2 jambatan kiri dan kanan jambatan lama dilakukan termasuk flyover.

Jika dilihat kesemua 5 projek impak tinggi yang dibawa oleh Azmin Ali dapatlah dirumuskan bahawa kerajaan PH hanya copy paste perancangan dan projek yang dimulakan oleh BN sama ada sudah sememangnya diluluskan sebelum ini atau dirombak semula untuk pihak berkepentingan dalam projek projek besar tersebut. Namun walaupun rakyat Kelantan seperti cuba dikelirukan tetapi masih ada ruang untuk berterima kasih kerana mereka masih dapat satu jambatan KB - Palekbang sebagai hadiah penggal pertama Kerajaan PH menguasai Putrajaya dalam pada itu harus ingat rakyat Kelantan masih berharap dan merindui ECRL