clixsense

Selasa, 12 November 2019

DS Najib : Penyokong Parti Tidak Terkejut

Keputusan oleh hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie bagi semua tujuh tuduhan kepada DS Najib boleh diandaikan sebelah kaki Najib dipihak yang salah dan jika pembelaan diri tidak berjaya mempengaruhi hakim, hukuman berat menanti bekas Perdana Menteri itu.

Lokman Nor Adam membuat kenyataan bahawa pihak hakim dipengaruhi oleh politik serta tidak membuat keputusan yang adil. Manakala sepupu tertuduh pula iaitu Hishamuddin tidak bersetuju dengan kenyataan Lokman Nor Adam dan mengatakan Tun Mahathir tidak mungkin terlibat dengan keputusan oleh Hakim. 

Walaupun apa yang dikatakan kesukaran yang terpaksa diharungi oleh Najib itu adalah kerana perbuatannya sendiri, Sikap terlalu yakin Najib kepada kerajaan pimpinanya menjadikan beliau  tidak pernah membuka mulut menafikan atau membela diri atas kes kes yang dilemparkan kepadanya dan isteri. Terpaksa penyokong mencari cari jawapan sendiri sebagai pertahanan dalam berhujah di media maya dan kedai kopi. Najib yang berbuat seperti lembu kenyang, tambah lagi hampir keseluruhan menteri, timbalan menteri serta pegawai- pegawai mereka juga seperti lepas tangan, berat mulut serta berada dalam keselesaan hingga tidak mahu pertahankan bos malahan sentiasa  berdiam diri. Tidak ada pembelaan dan kenyataan oleh pihak yang berautoriti atau boleh diyakini, mereka mengharapkan penyokong terus berlawan dengan tangan kosong. 

Kabinet dan pemimpin parti di akhir pentadbiran Najib tidak lagi melihat keutamaan kepada parti tetapi lebih menghargai individu sehinggakan tidak ada keistimewaan yang adil kepada penyokong parti yang setia menjaga maruah parti. Di mana - mana ketua bahagian bermaharajalela mengampu, menipu serta mengaburi mata presiden parti, gambaran baik di canang hingga hari mengundi, nasihat dan keluhan bawahan tersekat. 

Penyokong parti seharusnya tidak terkejut dengan keputusan mahkamah. Secara logiknya sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin akan tetap melakukan perkara yang sama atau hampir sama dengan salah guna kuasa, pecah amanah atau penggubahan wang. Tidak ada pemimpin atau ketua yang menjadi dungu tidak menggunakan kedudukan untuk diri, keluarga atau sanak saudara. Tunjuklah mana satu pemimpin di Malaysia yang hidup mereka susah, jika ada tentu mereka akan menyesal atau setidaknya dikatakan bodoh pada hari tuanya. Tanyakan juga kepada YB yang melompat parti adakah mereka melompat kerana ingin jadi susah sedangkan yang tidak melompat itulah yang mencari susah atau setidaknya mereka rela bersakit dahulu untuk senang di kemudian hari. 

Siapa yang menjadi pegawai kerajaan yang tidak mempengaruhi dalam mendapatkan tender atau membekal, tentu ramai yang tahu mereka juga ada proksi lesen tertentu, siapa yang menjadi pegawai penguatkuasa tidak pernah menggunakan kedudukannya untuk melepas atau meringankan hukuman kepada rakan dan keluarga mereka yang melakukan kesalahan. begitu juga dengan badan kehakiman, adakah mereka terdiri daripada para malaikat yang turut menjatuhkan hukuman kepada keluarga mereka menyamai apa yang dikenakan kepada orang lain ?

Kepada ahli dan penyokong umno, usahlah menjadi marah dan kecewa sekiranya mahkamah berterusan tidak menyebelahi Najib. Najib ditakdirkan menjadi pemimpin yang tergamak diheret ke mahkamah sedangkan jika Mahathir, Anwar, Lim juga diheret ke mahkamah sewaktu Najib berkuasa sudah pasti puluhan tuduhan yang dibuat akan ada yang mengena, beri peluang kepada mahkamah dan hakim sekiranya di dunia ini beliau tidak mendapat keadilan masih ada mahkamah di akhirat yang maha adil.