clixsense

Rabu, 6 Januari 2021

TS Annuar Musa melawan akar umbi UMNO

Mendengar sidang Media oleh Tan Sri Annuar Musa (TSAM) sebentar tadi, apa yang dapat dikatakan itu sidang media yang memberi kelebihan kepada pihak yang ingin menyekat kebangkitan UMNO terutama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM). TSAM dengan percuma memberi kelebihan kepada musuh politik UMNO dan ia siri terbaru bercakap yang seolah TSAM bukan orang politik, beliau seolah menyalahkan orang lain apabila keadaan tidak memihak kepada beliau.

Sebagaimana diketahui media lebih suka memetik kenyataan yang sensasi serta memberi gambaran baik kepada kerajaan iaitu Perikatan Nasional (PN). Media dengan pantas tanpa menunggu sidang media tamat mereka sudah tularkan kenyataan yang memberi gambaran buruk kepada Presiden, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan lebih mengecewakan menolak inspirasi ahli akar umbi. antara perkara yang dikira akan menjadi kesalahan besar sebagaimana juga pernah dilakukan oleh bekas ahli MKT Lokman Adam adalah.

1. Membongkar rahsia strategi parti tentang surat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang dihantar kepada YDP Agong. (Sekiranya benar)

TSAM seharusnya tidak terkejut dengan surat sokongan kepada Anwar Ibrahim, Dalam politik Malaysia hari ini hanya DSAI yang dilihat sebagai orang politik yang terang terangan menginginkan jawatan Perdana Menteri (PM), dalam politik setiap pemimpin mesti memikirkan cara untuk berkuasa dan berusaha agar pemimpin partinya menjadi PM sokongan kepada DSAI adalah strategi untuk mencari PM baru bagi pertimbangan semula oleh YDP Agong, adakah ada tokoh lain selain DSAI untuk diaju oleh UMNO adakah nak katakan sokongan kepada Hj Hadi atau Mat Sabu. Hanya DSAI yang boleh dan munasabah dalam strategi ini. Sebagaimana suatu ketika TSAM pernah menobatkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan kerana ia lebih sesuai walaupun tahu ianya adalah mustahil dan tidak akan berjaya.

2. Memberi gambaran bahawa Pemimpin dan UMNO ingin bekerjasama dengan DAP apabila dikatakan ada perjumpaan sulit antara pemimpin UMNO dan DAP.

Walaupun langkah ini menjadi pantang kepada orang UMNO tetapi semua parti utama di Malaysia jangan menganggap UMNO membuat perkara yang keji. Ini kerana PAS dan PPBM sendiri adalah bekas rakan bersama DAP melawan UMNO selama puluhan tahun. Tidak ada salahnya jika UMNO berusaha mendapatkan sokongan daripada DAP atas dasar sokongan ahli Parlimen dan bukan kerjasama parti sebagaimana kerajaan PN disokong oleh ahli Parlimen UMNO atas dasar yang sama, mengapa tak boleh sedangkan bajet 2021 juga disokong oleh DAP jika hendak menafikan sokongan ahli parlimen DAP sudah tentu bajet 2021 oleh Perdana Menteri tidak akan lulus. TSAM juga perlu tahu bahawa dalam kempen pilihanraya calon UMNO dengan secara sulit membuat perjumpaan dengan pihak lawan tanpa pengetahuan penyokong mereka ini dilakukan oleh semua calon, sekiranya diketahui oleh penyokong sudah tentu calon tersebut akan dikecam keras. 

3. Membuat kenyataan bahawa UMNO sering flip flop dalam hubungan dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN).

Sebagai pemerhati politik, kita mengakui pemimpin parti sering kali tidak konsistem dalam pendirian mereka, ada lelucon yang menyenaraikan bahawa politik adalah kerjaya yang paling flip flop dan berhelah berbanding kerjaya lain dan kita juga tidak gembira, tetapi mempersoalkan langkah presiden parti adalah tidak betul kerana PAS juga berterusan flip flop dalam kebanyakan perkara yang difikir menjejaskan parti. Banyak perkara yang PAS tidak lagi perjuangkan setelah mendapat jawatan dan kuasa, tidak kendengaran lagi suara Islam dan dasar yang dulu mereka hendak perbetulkan. Sentimen pemimpin UMNO yang lebih mengutamakan BN sebagai parti memayungi menyebabkan MN tidak sesuai berperanan dan didaftar sebagai parti politik, ini memadai sekiranya PAS tidak rakus dan tidak tamak, PAS mesti bersabar bersama UMNO kerana MN adalah ikatan yang memfokus PRU15. UMNO dan PAS mempunyai peluang dan kesempatan jangka panjang yang lebih baik berbanding dalam PN, UMNO mahu kerjasama dengan PAS yang lebih erat dan kebersamaan bukan hanya ingin memerintah sahaja sepertimana yang ditawarkan dan diberi oleh kerajaan PN

TSAM juga seperti menolak kehendak ahli akar umbi dan 189 daripada 191 bahagian UMNO yang menolak kerjasama dengan PPBM, Ahli akar umbi dan semua UMNO Bahagian juga menolak partti DAP, tidak mungkin MKT akan menyekat suara tunjang parti, penolakan total ini bukanlah kerana keangkuhan tetapi penolakan ini adalah menolak pengkhianat kerana hampir keseluruhan pemimpin PPBM adalah bekas pemimpin UMNO yang menikam pengikut dan penyokong mereka sendiri, tidak ada kesalahan dalam Islam sekiranya menolak pengkhianat dan orang yang munafik sebagaimana Allah swt berfirman kepada Nabi saw dan menolak solat jenazah Abdullah Bin Ubay seorang munafik yang lari daripada medan perang dalam surah At Taubah.