clixsense

Sabtu, 25 Ogos 2012

Lim Guang Eng punya perjuangan komunis..

Tarikh lahir8 Disember 1960 (umur 51)
KerakyatanMalaysian
Parti politikDAP-100px.jpg Parti Tindakan Demokratik (DAP)
PasanganBetty Chew
HubunganAnak lelaki kepada Lim Kit Siang
Anak4
AgamaKatolik Rom[1]

YAB Lim Guan Eng (Cina : 林冠英; pinyin: Lín Guānyīng) merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang keempat, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh, Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) semasa Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 di mana DAP berjaya menyapu bersih kesemua 19 kerusi DUN Pulau Pinang. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lim_Guan_Eng

Keterangan diatas adalah dipetik daripada wikipedia iaitu ensiklopedia bebas, yang mana keseluruhan maklumat tidak bertujuan mengecam atau membela yang keterlaluan tetapi sekadar menulis apa yang telah terakam tanpa melihat tindak tanduk dan niat sebenar orang yang diperkatakan.
Melalui tulisan ringkas ini, kita ingin berkongsi satu sudut yang tidak mudah untuk dibantah iaitu adanya azam dan gaya pemerintahan yang dipengaruhi oleh ideologi komunis.
Lim Guang Eng yang begitu bertuah menjadi Ketua Menteri di negeri yang pertama kali ditandinginya, dengan latar pendidikan yang tidak pernah berada di Pulau Pinang tetapi atas kedudukan dalam parti dan pengaruh Lim Kit Siang, beliau akhirnya menduduki kerusi tradisi Ketua Menteri untuk kaum Cina.
Pulau Pinang sebenarnya juga sebuah negeri yang unik jika ditinjau dari sudut kebudayaan dan politik. Sungguhpun kaum Cina semakin dominen di negeri digelar Tanjong itu tetapi kebudayaan Melayu dan India muslim amat ketara.
Lim Guang Eng dengan angkuh dan megahnya merasakan beliau boleh berbuat apa saja kepada seluruh rakyat Pulau Pinang dengan tidak memikirkan sensitiviti agama dan budaya. Beliau begitu yakin dengan cara keras, muslihat dan terlalu tegas maka rakyat dan rakan Pakatan terpaksa tunduk atas apa saja kemahuannya. Cara inilah yang dipraktikkan oleh parti komunis di Tanah Besar Cina, mereka berbangga mencanangkan apa saja tindakan kerajaan atas alasan untuk rakyat dan sebolehnya membina imej diri setanding Tokong, manakala tanpa silu pula mengajak orang Islam di dalam PAS dan PKR memperakuinya seperti Khalifah Agung Islam.  
Seperti mana dimasa lalu Lim Guang Eng pernah ingin digugat oleh partinya sendiri sebagaimana dikatakan dalam wikipedia Pada 2005, Lim melakar kejutan pertarungan ketika mengadakan kempen pilihan raya di Melaka ke atas komiti DAP yang mana beliau dan isterinya terakhir dan kedua-terakhir (masing-masing). Walau bagaimanapun, Lim masih teguh berada pada posisi Setiausaha Agung DAP, beliau secara automatik termasuk antara komiti di bawah perlembangan parti. Walaupun isterinya bertindak sebagai ketua wanita Melaka DAP, tetapi isterinya tidak termasuk dalam jawatankuasa. [1] Teresa Kok, Anggota Parlimen DAP yang mengesyorkan konspirasi di belakang Lim dan Chew dihalau daripada jawatankuasa. [2]
Episod sombong dan ingin menguasai sekali lagi berulang dalam mesyuarat pengagihan kerusi DUN yang mana Lim Guang Eng dikatakan angkuh, sombong dan melampau oleh rakannya sendiri kerana desakannya untuk DAP bertanding di 21 kerusi DUN yang mana jika sejarah berulang maka DAP tidak lagi perlu bertolak ansur dengan rakan Pakatan berdasarkan majoriti kerusi DUN menjadi miliknya.
Gerakan memburu kuasa ini adalah berpandukan kejayaan tekanan ke atas kerajaan pusat oleh PAP yang membawa kemerdekaan Singapura dan lebih besar lagi sekiranya dapat menguasai pemikiran dan seluruh rakyat sebagaimana jayanya revolusi rakyat yang membentuk Republik Demokratik Rakyat Cina. Sungguhpun atas nama Demokratik, tetapi Demokratik yang dimaksudkan adalah tidak boleh ditegur, keras, setiap perintah diakur, menutup mulut rakyat serta rakan yang menggugat kuasa Setiausaha Agung.



Ahad, 12 Ogos 2012

FAKTA SEBENAR KHAZANAH LAUT CINA SELATAN

INI ADALAH FAKTA

* Di dalam Perjanjian 9 Mei 1975, Kerajaan Kelantan hanya serah kepada PETRONAS hak eksplorasi di  daratan dan lautan yang tidak lebih dari 3 batu nautika dari paras air surut.

* Dakwaan kawasan laut tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam adalah dalam perairan Kelantan adalah salah kerana kalau ia bukan hak Malaysia secara rasmi bagaimana boleh jadi hak Kelantan ?

* Telaga petroliam terdekat ialah lebih 61.3 batu nautika atau 110 kilometer dari pantai Kelantan.

* Dakwaan PETRONAS mengkhianati rakyat Kelantan dalam isu pendaratan gas di Songkla adalah berniat jahat kerana gas itu bukan dari perairan Kelantan tetapi hasil carigali dari kawasan tuntutan Thailand dan Malaysia yang jauh lebih 70 batu nautika atau 130 kilometer dari pantai Kelantan.

ASPEK PERUNDANGAN
AKTA 144 KEMAJUAN PETROLIAM, PETRONAS akan memberi royalti sebagai ganti penyerahan perairan dan daratan negeri kepada PETRONAS.

Apakah maksud perairan negeri ?
KANUN TANAH NEGARA, ORDINAN DARURAT (Dimansuhkan pada November 2011) dan AKTA LAUT 750 LAUT WILAYAH 2012 menetapkan perairan negeri adalah tidak lebih dari 3 batu nautika (5.556 kilometer) dari tahap air surut.
* Oleh yang demikian di dalam perjanjian 1975, kerajaan Kelantan hanya menyerahkan haknya iaitu kawasan darat dan kawasan laut setakat tidak lebih dari 3 batu nautika dari pantai.

Mengapa Sabah & Sarawak dapat royalti walaupun carigali lebih dari 3 batu nautika ?
Penemuan hasil petroliam di Sabah dan Sarawak sebelum negeri- negeri tersebut menyertai Malaysia lagi  bermula tahun 1882 di Sarawak dan 1885 di Sabah. carigali minyak di luar pantai pula bermula pada tahun 1968.

Bagaimana pula dengan Terengganu ?
Apa yang diterima Terengganu adalah sebenarnya bayaran tunai yang merupakan pemberian ehsan Persekutuan sama seperti yang diberi kepada Kelantan sejak November 2009 bertujuan membantu untuk menjana pembangunan negeri dan membasmi kemiskinan.

PENDEKATAN  TokPa
* Disebalik pelbagai hinaan dan cacian oleh pihak tertentu, TokPa terus mengambil pendekatan berhemah dan membelakangkan kepentingan politik dan kepentingan peribadi untuk membawa kehendak penduduk Kelantan ke peringkat persekutuan.

* TokPa tidak pernah menafikan tuntutan penduduk Kelantan tetapi mengambil pendekatan menghormati ketetapan undang- undang.

* Pada waktu sama TokPa terus menggunakan kedudukannya sebagai Menteri pusat untuk meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji semula asas pemberian Bayaran Tunai Petroliam kepada negeri- negeri.