clixsense

Ahad, 12 Ogos 2012

FAKTA SEBENAR KHAZANAH LAUT CINA SELATAN

INI ADALAH FAKTA

* Di dalam Perjanjian 9 Mei 1975, Kerajaan Kelantan hanya serah kepada PETRONAS hak eksplorasi di  daratan dan lautan yang tidak lebih dari 3 batu nautika dari paras air surut.

* Dakwaan kawasan laut tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam adalah dalam perairan Kelantan adalah salah kerana kalau ia bukan hak Malaysia secara rasmi bagaimana boleh jadi hak Kelantan ?

* Telaga petroliam terdekat ialah lebih 61.3 batu nautika atau 110 kilometer dari pantai Kelantan.

* Dakwaan PETRONAS mengkhianati rakyat Kelantan dalam isu pendaratan gas di Songkla adalah berniat jahat kerana gas itu bukan dari perairan Kelantan tetapi hasil carigali dari kawasan tuntutan Thailand dan Malaysia yang jauh lebih 70 batu nautika atau 130 kilometer dari pantai Kelantan.

ASPEK PERUNDANGAN
AKTA 144 KEMAJUAN PETROLIAM, PETRONAS akan memberi royalti sebagai ganti penyerahan perairan dan daratan negeri kepada PETRONAS.

Apakah maksud perairan negeri ?
KANUN TANAH NEGARA, ORDINAN DARURAT (Dimansuhkan pada November 2011) dan AKTA LAUT 750 LAUT WILAYAH 2012 menetapkan perairan negeri adalah tidak lebih dari 3 batu nautika (5.556 kilometer) dari tahap air surut.
* Oleh yang demikian di dalam perjanjian 1975, kerajaan Kelantan hanya menyerahkan haknya iaitu kawasan darat dan kawasan laut setakat tidak lebih dari 3 batu nautika dari pantai.

Mengapa Sabah & Sarawak dapat royalti walaupun carigali lebih dari 3 batu nautika ?
Penemuan hasil petroliam di Sabah dan Sarawak sebelum negeri- negeri tersebut menyertai Malaysia lagi  bermula tahun 1882 di Sarawak dan 1885 di Sabah. carigali minyak di luar pantai pula bermula pada tahun 1968.

Bagaimana pula dengan Terengganu ?
Apa yang diterima Terengganu adalah sebenarnya bayaran tunai yang merupakan pemberian ehsan Persekutuan sama seperti yang diberi kepada Kelantan sejak November 2009 bertujuan membantu untuk menjana pembangunan negeri dan membasmi kemiskinan.

PENDEKATAN  TokPa
* Disebalik pelbagai hinaan dan cacian oleh pihak tertentu, TokPa terus mengambil pendekatan berhemah dan membelakangkan kepentingan politik dan kepentingan peribadi untuk membawa kehendak penduduk Kelantan ke peringkat persekutuan.

* TokPa tidak pernah menafikan tuntutan penduduk Kelantan tetapi mengambil pendekatan menghormati ketetapan undang- undang.

* Pada waktu sama TokPa terus menggunakan kedudukannya sebagai Menteri pusat untuk meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji semula asas pemberian Bayaran Tunai Petroliam kepada negeri- negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan