Majlis bersama Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih popular dengan panggilan Sheikh Kickdafella baru- baru ini memberi kesempatan kepada saya berkongsi pandangan beliau bersama khalayak umum tentang satu produk yang diperkatakan di Kelantan dan Malaysia sejak akhir- akhir ini, iaitu 'Dinar emas'. Walaupun Syed Azidi pernah menjadi ketua pemuda cawangan UMNO Taman Sri hartamas tetapi kerana pandangan politiknya pernah memihak kepada Anwar Ibrahim dan pengetahuannya dalam penyiaran telah memberi peluang kepada beliau untuk menjadi orang penting di belakang YB Exco Husam Musa dan berhubung rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan atas peranannya sebagai Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Syed Azidi yang pertama kali memijak kaki ke bangunan UMNO Kelantan selepas kali terakhir pada 1983 iaitu sewaktu menonton wayang gambar panggung Odeon di bangunan yang sama. Kehadiran blogger yang pernah menggemparkan negara dengan saranan kibar bendera negara secara terbalik pada 2008 ini bersama pengamal media pro BN adalah kena pada masanya dengan pergolakan terbaru dalam Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) iaitu anak syarikat PMBK yang menguruskan penggunaan Dinar dan Dirham.
Pembentangan tentang logam emas terutamanya 'Dinar' diterangkan secara mendalam tentang kebaikan dan keburukan penggunaannya tetapi. Antara alasan matawang 'Dinar' tidak boleh menggantikan wang kertas dan syiling yang ada pada hari ini adalah.
* Hanya Bank Negara yang boleh menentukan nilai dan matawang yang digunakan dalam negara.
* Emas adalah logam yang diniagakan secara aktif dan harganya berubah setiap minit. Ini akan menjadi masalah dalam menentukan tahap gaji dan bayaran sebenar untuk setiap pekerja atau penjawat jawatan kerana nilainya tidak sama dengan perjanjian antara majikan dan pekerja.
* Emas 24K akan menyusut timbangannya dalam 3 tahun, ini menyebabkan 'dinar' mesti dipunggut semula daripada rakyat untuk dilebur dalam waktu tersebut.
* Jika menggunakan emas 22K ia tidak lagi tulen dan masih perlu dilebur semula selepas 15 tahun kerana penyusutan nilainya.
* Kebiasaannya emas tidak dibenarkan dikeluarkan daripada pembungkusannya dan risiko harga rendah jika bungkusan plastik diusik atau resit belian hilang.
* Emas lebih senang ditiru dan sukar untuk ditentukan ketulenan isipadunya jika digunakan oleh orang awam secara berleluasa.
Menurut Syed Azidi lagi, penggunaan 'dinar' yang semakin dicuba oleh para peniaga sekitar Kota Bharu sebenarnya telah terperangkap dan keliru dengan segala mainan politik kerajaan PAS negeri, Kerajaan Kelantan yang mempunyai perancangan yang baik seperti koridor Depu, ladang Rakyat dan sebagainya adalah bertujuan baik tetapi akhirnya ia hanyalah slogan politik semata dan tak mampu direalisasikan malahan menjadi lubuk pendapatan yang hanya dirasai oleh pemimpin PAS sahaja dan rakyat hanya terbuai oleh slogan dan penampilan sahaja seperti juga projek 'dinar dan dirham' Kelantan.
KGT yang ditubuhkan adalah berpunca dari idea Tun Dr Mahadhir yang menyarankan perdagangan antara negara Islam dibuat dengan menggunakan emas telah membawa Umar Pasha Ibrahim Vadillo dari Sepanyol menduduki CEO Kelantan Golden Trade, Umar yang sering mencanang penggunaan 'dinar' diserata dunia berganding bahu dengan pengamal kewangan Islam Nik Mahani Mohamad yang berperanan sebagai Pengurus Executive. Umar Vadillo juga pada mulanya dipelawa untuk tinggal di Kelantan tetapi memilih berada di Kuala Lumpur dengan alasan kesukaran menyewa sebuah rumah yang ada 12 bilik untuk menempatkan anak dan beberapa orang isterinya. Penubuhan anak syarikat yang digambarkan untuk mempraktikkan amalan ekonomi Islam akhirnya menemui jalan sukar apabila Umar telah diragui niat dan personalitinya apabila nama Umar telah dibuat laporan polis oleh tiga individu antaranya seorang warga Jepun yang mendakwa Umar adalah seorang yang sesat, fasik dan menipu. Juga oleh Nik Mahani sendiri yang menyedari Umar telah menyalahgunakan kuasanya dan menggunakan wang syarikat dengan sesuka hati tanpa merujuk kepada Lembaga Pengarah KGT, kemelut ini menyebabkan Umar Vadillo dilucutkan jawatan dan Nik Mahani pula berpuas hati menjadi pengurus biasa yang tidak melibatkan kuasa penuh syarikat sementara Menteri Besar pula tidak mahu dikaitkan dirinya dalam masalah yang berlaku dalam KGT. Walaupun telah diketahui bahawa Umar Vadillo memberi masalah kepada KGT tetapi YB Husam Musa tidak mampu bebas dari pengaruhnya dan kebimbangan lain adalah dakwaan bahawa Umar Vadillo telah tiga kali mengadap Sultan Kelantan.
Berdasarkan pengalaman dan kepakaran Nik Mahani Mohamad, beliau kini sudah menyedari kelemahan 'dinar' dan penggunaannya, Nik Mahani juga akan terus mendedahkan kepincangan dalam pengurusan 'dinar' dalam waktu terdekat terutama peranan Umar Vadillo yang pernah dibayar gaji RM15,000 sebulan dan mendapat persen setiap kali 'dinar dan dirham' Kelantan dikeluarkan.
Diakhir perbincangan tertutup bersama Sheikh Kickdafella, pengamal media pro BN difahamkan bahawa beliau mengakui kebaikan 'dinar' tetapi beliau tegaskan bahawa berdasarkan kelemahan dan sifat emas, dinar tidak sepatutnya dijadikan medium pertukaran harian dan jangka pendek tetapi beliau menyarankan agar "Skim Simpanan Dinar" yang lebih terjamin perlu difikrkan kerana beliau juga sependapat dengan Nik Mahani bahawa penggunaan 'dinar' tidak akan mendapat keredaan Allah sebaliknya akan menjadi satu dosa apabila digunakan secara meluas.
Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan hadis yang telah disempitkan tafsiran dan pemahamannya tentang kebaikan penggunaan emas yang mana zaman itu tidaklah sama dengan sistem yang digunakan sekarang, kita tidak boleh mengundur ke belakang hanya dengan alasan yang tidak dibuat kajian menyeluruh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan