clixsense

Sabtu, 2 Jun 2012

UMNO ada cara untuk kaum lain jadi Perdana Menteri

Apabila dirasakan pilahanraya umum hampir tiba, semua parti politik melipatganda kempen dalam meraih undi rakyat. Sama ada anda memihak kepada Barisan Nasional  atau Pakatan Rakyat, semua mesti akui bahawa gerakan kebelakangan ini lebih condong kepada menarik undi daripada melaksanakan tanggung jawab sebagai pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya yang lalu.
Dan satu matlamat yang paling besar adalah untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat. Satu pihak dengan lantang berikrar untuk pertahan PUTRAJAYA manakala satu lagi dengan angkuh mahu merebut pusat pentadbiran negara yang pernah ditempelak waktu pembinaannya dulu. 
Dalam keghairahan merebut pemerintahan, BN yang telah jelas barisan kabinet dan kerusi Perdana Menteri sebaliknya PR masih belum berani mengistiharkan wakil mereka untuk mengisi kabinet manakala untuk PM pula Anwar Ibrahim masih dipertikaikan oleh rakan pakatan mereka sendiri.. DAP mempunyai cita- cita untuk mencalonkan wakil mereka sekiranya berjaya menumbangkan BN dan menjadi parti yang terbesar menyumbang kemenangan, sementara PAS pula walaupun menyedari mereka sering lemah dan kurang dari segi kedudukan kerusi, mereka tetap berhasrat untuk menjadi PM dengan harapan mereka di beri peluang berasaskan kedudukan Melayu dan Islam yang diwakilinya nanti. Apa yang jelas sekiranya kerajaan dibentuk oleh mereka, rakyat akan merasai perbezaan yang besar yang sudah tentunya kedudukan Melayu dan Islam tidak menentu dan kaum lain pula akan lebih menguasai apa yang selama ini mereka terpaksa berkongsi dan toleransi dengan pihak lain.
Memperkatakan tentang peluang kaum lain menjadi PM sebenarnya peluang kaum lain tetap ada sekiranya mereka sanggup berkorban dan menjadi rakyat Malaysia yang sebenar sebagaimana kedudukan minoriti Jepun di Peru, Negro di US ataupun paling hampir adalah sebagaimana kaum Cina di Thailand.
Keangkuhan kaum Cina di malaysia adalah penghalang paling besar untuk mereka menjadi PM Malaysia dan itulah juga jerat Melayu yang paling pintar yang tuhan anugerahkan kepada pewaris Tanah Melayu, berkebetulan pula dengan ramainya kaum Cina yang masih kiasu dan rasis untuk berasimilasi dengan kaum dominen.
Tidak payah untuk memperkatakan perkara yang rumit dalam hal yang menghalang PM bagi kaum Cina juga India.. perkara paling asas adalah hapuskan semua sekolah pelbagai aliran iaitu SJKC/I, inilah sebenarnya yang jadi pemisah untuk kaum mereka bercampur dengan orang Melayu dan kesungguhan mereka memperjuangkan China Town juga Little India. Mereka tidak membuka mata bagaimana Abisit Vejajiva dan Chuan Leekpai dari bangsa Cina menjadi PM Thailand dan juga Alberto Fujimori pernah memenangi hati rakyat Peru, juga keupayaan Obama menjadi Presiden biarpun dia dikalangan kaum minoriti semuanya kerana kesanggupan mereka mengorbankan identiti asal.. mampukah kaum Cina khasnya mengorbankan identiti mereka di Malaysia.. sudah tentu masih jauh dan kerusi PM akan terus jadi milik melayu untuk waktu yang lebih lama.
Tetapi sekiranya orang Melayu ingin merasa gusar mereka boleh merasai perasaan itu hanya dengan parti UMNO yang telah bertapak dah kukuh di negeri Sabah.. satu - satunya negeri yang paling berjaya dalam hubungan kaum di Malaysia dan sekiranya kaum Cina tetap angkuh dengan SJKC mereka perlu malu sekiranya semua kaum memperjuangkan pelajaran bahasa kaum masing- masing maka akan lahirlah pelbagai jenis sekolah di Malaysia Timur. Peluang kaum lain menjadi PM hanya berlaku untuk kaum pelbagai dari Sabah sahaja selain daripada sebahagian kecil masyarakat Siam yang menubuhkan cawangan UMNO. Ini kerana penglibatan mereka bersama UMNO, itulah cara yang halal walaupun mereka dari kaum dan agama bukan Islam itupun jika adanya tokoh yang boleh mempengaruhi seluruh perwakilan UMNO Kebangsaan, walaupun dikatakan sukar tetapi jalannya sudah dirintis.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan