clixsense

Rabu, 30 Mei 2012

'China Press'... akhbar jahat


Jika diambil kira jumlah edaran akhbar di Malaysia, akhbar berbahasa Melayu iaitu Mingguan Malaysia yang dicetak sekali seminggu mengatasi semua akhbar pelbagai bahasa di Malaysia. tetapi bila di buat perbandingan jumlah edaran harian pula akhbar berbahasa Mandarin Sin Chew Jit Poh menjuarai jumlah edaran ke seluruh negara diikuti The Star dengan bahasa Inggeris barulah diisi oleh akhbar Harian Metro yang berbahasa Melayu.
manakala Utusan Malaysia dan Berita harian pula berada di nombor sembilan dan sepuluh dibawah akhbar China Press berdasarkan laporan dari wikipedia Senarai 10 Akhbar Terlaris di Malaysia
Urutan berdasarkan Jumlah Edaran
KedudukanNama AkhbarBahasaJumlah Edaran SehariJumlah Pembaca
1Mingguan MalaysiaBahasa Melayu483,2402,488,000
2Sin Chew Jit PohBahasa Mandarin346,8951,238,000
3Berita MingguBahasa Melayu333,3342,329,000
4The StarBahasa Inggeris310,0081,456,000
5Metro AhadBahasa Melayu263,6492,375,000
6Harian MetroBahasa Melayu249,5752,077,000
7Sunday StarBahasa Inggeris230,9641,491,000
8China PressBahasa Mandarin227,270778,000
9Utusan MalaysiaBahasa Melayu213,4451,643,000
10Berita HarianBahasa Melayu203,7041,960,000
Kita bersetuju dengan saranan Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang juga pemikirannya boleh dibaca di blog beliau http://www.ridhuantee.blogspot.com/ menyarankan agar akhbar bukan berbahasa Melayu menyediakan sisipan bahasa Melayu dalam akhbar mereka terutama akhbar bahasa Mandarin untuk membolehkan setiap orang yang tidak tahu membaca bahasa Mandarin boleh mengikuti akhbar tersebut sebagaimana mereka kerap membuat telahan dan mengkaji tulisan dengan sikap prejudis terhadap akhbar khasnya Utusan Malaysia.   
Akhbar berbahasa Mandarin sebenarnya terlalu rasis dalam mengemukakan isu -isu yang menyentuh perdaduan kaum terutamanya dalam memperkatakan tentang orang Melayu dan Islam. Akhbar ini akan memperbesarkan isu yang merugikan bangsa lain terutamanya Melayu dan mereka terus membisu sekiranya isu- isu yang berlaku dalam negara tidak memihak kepada bangsa Cina. Mengambil contoh 'China Press'. Sekiranya kita boleh membaca akhbar mereka mungkin kita akan rasa seperti berada di tanah besar Cina takkala menatap akhbar yang secara terang berkiblatkan negara komunis itu. Kita juga merasa hairan mengapa masih bangga dengan 'China' dan bukan 'Cina Press' . Orang Melayu sentiasa rugi kerana mereka tidak mengerti akan bahasa Mandarin tetapi orang Cina boleh membaca tulisan bahasa kebangsaan, ini tidak adil kerana tulisan dalam akhbar Melayu akan sentiasa menjaga sentimen bangsa lain tetpi bangsa lain boleh menulis dan menghentam apa saja tentang Melayu dengan risiko yang kemarahan orang Melayu sangat minima disebabkan keterbatasan bahasa.China Press terutamanya lebih rasis dan kiasu dalam penulisannya kini telah menerbitkan edisi petang menjadikan penerbitannya dua kali sehari. China Press banyak memainkan peranan dalam meraih sokongan kepada parti pembangkang terutama DAP. 
Akhbar ini pernah dihentikan edarannya atas kebiadabannya menyiarkan berita berkenaan peristiwa 13 mei yang sedang dibicarakan di mahkamah juga diberi tunjuk sebab atas keterlanjurannya dalam kes perletakan jawatan Ketua Polis Negara Datuk Musa Hassan. Akhbar ini yang bersama Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Guang Ming Daily dan Oriental Daily disamping mengecam kerajaan tempat mereka mencari rezeki ini turut sepakat mencetak muka depan akhbar mereka dengan warna hitam sebagai protes layanan pihak berkuasa yang tidak memberi keistimewaan kepada wartawan dan juru gambar mereka dalam tragedi BERSIH 3.0 yang lalu. Kita bukanlah bermaksud memihak kepada parti kerajaan BN bila mencela pemikiran warga China Press dan sekutu mereka tetapi kita ingin sekali melihat penulisan mereka mestilah tidak mencurigai kaum asal tanah Melayu kerana kita sangat menghormati perpaduan dan keamanan walau parti mana pun yang memerintah Malaysia asalkan ianya masih menurut perlembagaan yang memperuntukan prioriti untuk 'Melayu dan Islam'. Dua perkataan inilah yang membolehkan Cina, India dan lain- lain bangsa selamat dan makmur di bumi ini..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan