clixsense

Rabu, 2 Mei 2012

Gaji minima oleh PM Najib jadi payau kerana Anwar Ibrahim

Walaupun Hari pekerja tahun ini penuh bermakna kerana PM YAB Dato Sri Najib Razak mengumumkan gaji minima Rm900 untuk pekerja swasta di Semenanjung dan Rm800 untuk Malaysia Timur, majikan masih tetap ada kelonggaran iaitu penguatkuasaannya adalah selepas 6- 12 bulan diumumkan dan jika majikan masih tidak mampu mereka boleh memohon perlanjutan tempoh. Antara kesan baik pengumuman ini adalah komitmen pekerja semakin meningkat dan produktiviti syarikat akan turut mendaki naik. Bagi mereka yang bukan dikalangan pekerja kerajaan sudah tentu mereka amat gembira yang mana selama ini pekerja swasta menahan jerih payah dengan gaji yang rata ratanya dibawah Rm 700 dan masih ramai yang menelan liur kerana tiap bulan terpaksa menerima gaji rm350.. Terima kasih Kerajaan. Biarpun begitu kenaikan pendapatan ini akan segera disusuli oleh kenaikan harga barang dan pengurangan pekerja.. 

Dalam keadaan kerajaan berusaha berkongsi kenikmatan negara.. rakyat akan terus trauma dengan kejadian dalam perhimpunan BERSIH 3.0, perhimpunan yang seakan pesta merosakkan harta awam itu sungguh menjadi satu lapangan untuk anak muda melepaskan geram, menunjuk lagak, mencari glamor dan berlagak hero.. satu tabiat anak muda yang inginkan tumpuan dan dilihat menyerlah sedangkan mereka hanya berseronok.. satu perasaan yang semua orang dewasa telah laluinya tetapi sikap terlampau yang terjadi pada 28 April itu benar- benar tidak mencerminkan budaya timur apalagi untuk menepati mana- mana ajaran agama di muka bumi. Anwar Ibrahim yang tidak pernah padam dengan dendam kepada rakan UMNO dan kerajaan yang pernah menjulangnya dulu tetap konsistem dengan semangat muda yang memberontak.. dia tidak tergugat dan tidak pernah fikir untuk malu dan insaf atau bercita- cita memberi sumbangan kepada kebaikan kerajaan. Walaupun Anwar Ibrahim bukanlah bersama kerajaan BN lagi tetapi sangat sukar untuk dunia melahirkan pemimpin pembangkang yang terus- terusan memburuk dan memalukan negara dan bangsa sendiri. Tuduhannya mengatakan kerajaan zalim, tidak telus juga sanggup menyamakan pemerintah seperti Hitler dan Mussolini sangat keterlaluan.. sekiranya benar seperti dakwaannya sudah tentu Anwar sudah menerima nasib seperti Yahudi yang dibunuh Hitler.. Pun begitu satu kelucuan yang jelas adalah beliau menghalau seorang peserta demonstrasi di sidang media. Pemuda cina tersebut menempelaknya kerana campurtangan parti politik dalam perhimpunan BERSIH 3.0.. Anwar dengan kuku besinya menghalau anak muda yang berani menegurnya.. satu sikap yang tak ubah seperti berok mengajar anak agar jangan menonggeng ponggong. Sepanjang sejarah Malaysia inilah perhimpunan yang kedua paling ramai disertai oleh kaum cina selepas Peristiwa 13 Mei 69. Juga tidak segan silu saya melabelkan kekacauan terburuk selepas kekacauan oleh gerila komunis. Kerana kekacauan ini sangat jelas dengan galakan oleh Pemimpin yang sudah jauh terbabas dari identiti asal.. Anwar tidak boleh lagi berada di tampuk kepimpinan kerana dirinya secara total sudah di pengaruhi oleh pihak asing yang sentiasa ingin menjajah semula Malaysia, Anwar telah membuat pusingan 360% melalui jalan sukar yang mana jalan sukar seperti zaman mudanya dulu tidak akan sama lagi, beliau tidak akan bertemu dengan pemimpin tertinggi yang sanggup berbuat dan memberi peluang seperti mana dilakukan oleh Dr Mahathir, Anwar akan kepenatan kerana lawannya semakin mengukuhkan kedudukan dan bilangan sedangkan Anwar sebenarnya keseorangan biarpun terus mendakwa ia semakin kuat. Sekalipun Anwar Ibrahim menukar wataknya menjadi mesra aspirasi ia sudah terlambat dan kehilangannya dari bumi Malaysia adalah suatu rahmat bagi seluruh rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan