Sebagai rakyat yang peduli akan perkembangan politik negara. Kita sebenarnya sentiasa terbawa bawa dengan rentak dan tindakan pemimpin politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Kadangkala apa yang kita ikuti dan dokong akhirnya kosong dan tidak banyak yang berbaloi dengan apa yang kita lakukan demi menaik dan mempopularkan pemimpin kumpulan kita. Baik kerajaan atau pembangkang sebenarnya kebimbambangan mereka tentang pemerintahan negara tidaklah sehebat yang di taburkan kepada rakyat. Kerajaan yang ada sekarang menyogok kepada pengikut mereka akan risiko dan malapetaka jika kerajaan yang baru ditubuhkan sementara Pembangkang pula membuat janji dan membayangkan kerajaan U-Topia sekiranya berkuasa.
Sebagai rakyat yang punya pertimbangan dan pemerhatian berterusan kepada dasar- dasar kerajaan dan juga rakyat yang di pamerkan dan didendangkan lenggok tarian pembangkang, kita percaya akhirnya rasional akan mengatasi emosi yang akan diterjemahkan dalam kotak undi pada pilihanraya.
Kedua- dua kumpulan penyokong politik juga semakin hari mereka dihangatkan oleh isu dan perkara baru oleh ketua masing- masing malah semakin menyesakkan dari hari ke hari yang kadangkala boleh mencederaka mental dan fizikal penyokong.
Hanya beberapa perkara yang sengaja tidak difahamkan kepada rakyat yang mana ahli parlimen dan DUN sebenarnya boleh bertegur sapa dan bergurau di dalam mesyuarat Parlimen dan Negeri. Mereka masing- masing lebih mengenali antara mereka tidak sebagaimana yang di gemburkan kepada penyokong. Walaupun terjadi juga pertengkaran dan pergaduhan kecil sewaktu sidang tetapi kebiasaannya ia hanyalah berkaitan pendirian sesuatu isu dan bukannya berterusan sebagaimana gambaran penyokong parti mereka. Misalnya ahli parlimen masih boleh mengusik pembangkang dengan sapaan " A.... sini jap, sembang dulu, awat lorat ni nak cari awek ke ?" dan pembangkang pula boleh menjawab "takde.. sorilah nak cepat ni ada kerja..".
Jika di ambil kira tegur sapaan itu. Ia memberitahu kita bahawa ahli politik tetap selamat walau siapa pun jadi kerajaan kerana mereka boleh menyeberang saja kumpulan yang di sukai sekiranya memberi jaminan kepada periuk nasi tetapi hanya kerana memikirkan reputasi mereka di kalangan pemilihlah yang menghalang mereka terus berkompomi. Sebenarnya pemimpin politik tetap mempunyai jalan keluar walau siapa pun jadi ketua asalkan mereka terus kekal menguasai parlimen dan dun masing- masing.
Pun begitu sebagai rakyat.. kitalah yang seharusnya memikirkan untung nasib jika dasar dan pendekatan kerajaan berubah, kita mesti memikirkan yang terbaik untuk diri kita walaupun kita percaya pilihanraya ke 13 akan hebat dan kehebatannya akan terus menelanjang lagi beberapa orang pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah moral dan tunggu masa untuk didedahkan manakala pembangkang juga bersedia untuk mendedahkan seorang menteri yang mempunyai nafsu yang dikatakan seperti Anwar Ibrahim.. kita percaya para blogger akan berebut untuk mendapatkan bukti bergambar tersebut dan kita sebagai rakyat hanya tunggu dan lihat parti mana yang paling minima keburukannya dia antara semua parti politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan