clixsense

Khamis, 5 November 2015

Masalah disiplin... Ketam jangan jadi guru.

Kebelakangan ini kita sering kali terfikir apa telah terjadi kepada Institusi Pendidikan, walaupun terdapat 7 faktor utama yang semuanya menunding jari kepada pelajar dan persekitaran tetapi punca dan bibit bibit kemerosotan kualiti pelajar dan sekolah adalah berpunca dari guru itu sendiri, kita mungkin tidak dapat sepenuhnya membawa kembali suasana guru dan murid mengikut kehendak agama dan kemurnian antara pelajar dan guru selagi guru yang diambil mengisi jawatan perguruan itu semata- mata kerna tuntutan pekerjaan dan bukan lahir dari naluri ingin mendidik.
Bermula dari Kementerian, Jabatan, PPD dan Sekolah, kita akan rimas dengan berapa banyak dikalangan mereka yang menjadi penender kantin, pembekal peralatan sekolah mahupun kontrak pembinaan premis sekolah. Jika diselidiki dan dijejaki kita boleh beristifar mengapa institusi yang dipertanggungjawab tidak terlalu mengejar dunia dan murni ini telah secara sembunyi sembunyi melantik proksi proksi mereka dan mengkayakan diri. Berapa ramai para guru dan kakitangan Jabatan dan PPD meneruskan cara hidup yang mewah dan menjadikan Kementerian Pendidikan sebagai tempat untuk menjadi kaya. Siapa semua ini, mereka adalah orang yang mengaku sebagai orang kuat kerajaan atau tepatnya penjawat penjawat utama parti memerintah atau pendamping hebat pemimpin tersebut. Berapa ramai warga pendidik yang mencari pejabat parti semata mata ingin mengekalkan kedudukan atau mendapat kemudahan dan dalam waktu yang sama berapa ramai warga pendidik yang melihat campurtangan parti politik sebagai perosak kepada guru guru dan penjawat kerana sebahagian mereka yang menggunakan nama parti politik dengan cara yang tidak betul. 
Selain faktor parti politik masalah disiplin juga boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan banyak puncanya. Langkah mengenal pasti masalah ini penting kerana hanya dengan mengetahui punca-punca, strategi penyelesaian yang berkesan dapat diatur dengan rapi. Berikut adalah beberapa faktor lain yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan akhlak atau masalah disiplin di kalangan pelajar. 

1. Faktor Diri Murid
Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikuti kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakan sebagai ‘the potential influence of the student’s free will’. Mereka mungkin juga melanggar peraturan-peraturan di sekolah sewaktu belajar atau bermain kerana mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka telah menyalahi peraturan. Ini adalah menjadi suatu faktor yang penting dalam hal murid-murid melakukan perbuatan yang tidak berdisiplin. Terdapat juga pelanggaran-pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh muridmurid yang mempunyai masalah emosi. Jenis kanak-kanak ini dipanggil ‘neurotic’ atau ‘psychotic’,Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali kali dalam peperiksaan, akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar dan guru tidak pula berusaha untuk menarik minat mereka, murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa juga yang terlintas di hati mereka. 

2. Faktor Ibu Bapa atau Keluarga
Jika ibu bapa gagal “memproses” anak-anak mereka di kilang ini, maka hasilnya ialah anak anak yang tidak bermoral. Ibu bapa harus menolong anak anak supaya layak memasuki masyarakat mereka. Keadaan dan suasana dalam keluarga memang boleh mempengaruhi perkembangan emosi murid-murid. Bila struktur sesuatu keluarga yang mengalami keretakan, kanakkanak akan mengalami ketegangan emosi serta berasa tidak selamat. Kemiskinan serta kekurangan kemudahan di rumah juga menjadi punca kepada masalah disiplin murid. Murid-murid yang ponteng adalah muridmurid yang menghadapi banyak gangguan hidup sehari-hari, dan apabila merasa diri terpencil di sekolah, mereka akan mencari jalan keluar dengan cara lari dari sekolah. 

3. Faktor Masyarakat 
Sikap tidak kisah pada persekitaran menyebabkan urusan keselamatan harta dan nyawa masyarakat diserahkan kepada polis dan mahkamah sepenuhnya. Apabila berlaku jenayah, anggota masyarakat tidak mahu ambil tahu dan tidak melakukan sebarang tindakan membenteras seperti sekurang kurangnya menelefon polis. Sikap individualisme menyebabkan tiada kawalan sosial ke atas remaja. Justeru, jiran dan persekitaran yang sesuai perlu dimantapkan. Sebilangan remaja menyertai kegiatan gengster kerana frekuensi keganasan dan aktiviti geng di tempat mereka tinggal adalah tinggi dan sudah berakar umbi. Bagi membina generasi cemerlang melalui konsep kejiranan dan masyarakat penyayang memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun. Tetapi, menjadi remaja liar dan jahat cukup sekadar kurang daripada tiga hari. Tiga hari memadai bagi menjerumuskan remaja ke lembah gejala sosial, kejahatan dan kehinaan. 

4. Faktor Sekolah 
Asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah, kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini lebih buruk di peringkat sekolah menengah di mana pelajar merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi, persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan meimbulkan keadaan tidak berdisiplin kerana murid-murid akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan, dan juga menentang guru. Ada juga yang berbohong dan keadaan kawalan yang ketat itu. Jika guru terlalu garang hingga murid terlalu takut kepadanya, maka pertentangan terus tidak dibuat tetapi perasaan geram akan disalurkan kepada orang ketiga yang tidak bersalah . Sebaliknya pula, guru yang permisif akan menghadapi masalah disiplin di dalam dan di luar kelas, kerana perlakuan-perlakuan yang tidak dapat diterima akan menyebabkan pengajaran tidak dapat dijalankan. Dalam hal ini, guru sama-sama bersalah dalam menyebabkan perlakuan salah penyesuaian itu. Dalam mengekalkan struktur berperaturan dan menentukan moral murid-murid di sekolah, guru besar adalah unsur yang penting. Moral baru yang lebih tinggi akan mengurangkan sikap acuh tak acuh di kalangan guru dan perlakuan buruk di kalangan murid , hubungan yang tegang pada mana-mana peringkat di sekolah akan menimbulkan ketegangan di kalangan murid-murid sekolah sekolah yang kadar hukuman deranya tinggi mempunyai lebih masalah tidak berdisiplin daripada sekolah-sekolah yang lain. Hukuman dera lebih menimbulkan rasa kecewa daripada menolong pembelajaran. Sebab-sebab murid-murid melakukan ‘vandalism’. Diantaranya ialah mahu membalas dendam pada pihak sekolah; suka melihat benda-benda itu hancur; hendak menunjukkan kekuatan; dan keadaan mereka selalu terbiar tanpa pengawasan pihak guru. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca masalah disiplin di kalangan pelajar adalah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin. Disiplin sekolah secara rasmi adalah tanggung jawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Muridmurid nakal yang suka melanggar disiplin lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dikenakan ke atas mereka. Malah, murid-murid ini berani mencabar kewibawaan guru yang tidak disukai. Selain daripada itu keadaan pelajar yang sesak di dalam bilik darjah yang kecil juga boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan mereka. Begitu juga dengan sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunkan kekerasan mengikut perasaan dalam pengajaran harian. Bagi menyelesaikan masalah disiplin pelajar di sekolah, setiap guru perlu menggunakan budi bicara yang luhur di samping tatacara disiplin menyeluruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. 

5. Faktor Media Massa 
Terdapat pelbagai unsur negatif yang disalurkan melalui media massa terutamanya media elektronik seperti filem ganas dan lucah yang tidak sesuai dengan agama, akhlak, budaya timur dan wawasan negara. Laporan televisyen dan akhbar menunjukkan masalah disiplin remaja berlaku selepas menonton filem berunsur ganas. Desakan keluarga dan kuasa sivik membantu menghalang remaja daripada terlibat dengan aliran muzik rock yang negatif dan kesan umum daripada rakaman video. Permainan video dan pengaruh televisyen cukup sinonim dengan pelbagai masalah social yang berlaku di kalangan remaja. Pengaruh muzik, khasnya lirik-lirik muzik rock sering menimbulkan ketidakfahaman terutamanya pendengar golongan muda yang masih pada peringkat konkrit dalam perkembangan kognitif mereka. Perkara ini perlu diberi tumpuan kerana ia membawa kesan yang jelas iaitu menjejaskan kefahaman mereka berkenaan suatu perkara. Kebanyakan mereka menonton bagi mendapatkan maklumat yang releven dengan dunia sosial mereka, menghargai muzik, berseronok atau berhibur semata-mata. Manakala filem-filem yang memaparkan sikap negatif seperti salah laku, rogol, buli, serangan, pelacuran dan peras ugut dapat mempengaruhi sikap remaja serta menonjolkan akhlak yang tidak baik dalam proses pembelajaran. Kesannya akan meresap secara halus ke dalam diri mereka tanpa disedari kerana remaja banyak belajar melalui pemerhatian. 

6. Faktor Kerajaan 
Kelonggaran penguatkuasa undang-undang tertentu menyumbang sedikit faktor masalah disiplin. Badan yang hampir dan berkait rapat dengan disiplin pelajar ialah Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Isu menghukum pelajar bersabit kesalahan disiplin semakin menjadi rumit, bila pihak keluarga pelajar mencampuri hal dalaman sekolah. Ibu bapa sanggup menyaman pihak sekolah dan kerajaan kerana terlalu emosi dan sensitif anak-anak mereka dihukum walaupun garis panduan telah termaktub. Kerajaan telah mengambil langkah atau pendekatan yang terbaik untuk tidak memburukkan lagi keadaan antara pihak keluarga pelajar dengan pihak sekolah. Hanya Penolong kanan, guru besar dan guru disiplin sahaja yang boleh merotan pelajar atau menjatuhkan hukuman atas kesalah disiplin. Guru-guru lain tidak dibenar bertindak sendirian tanpa kebenaran dari pihak pentadbir. Punca kelonggaran peraturan ini yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian maka guru tidak perlu ambil berat dan pelajar tidak takut menghadapi masalah jika berdepan dengan guru biasa ini. 

7. Faktor Rakan Sebaya 
Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah. Disini jelas apabila seseoranga pelajar itu berinteraksi dengan rakannya, mereka lebih gemar memilih rakan yang sebulu, mempunyai asas pengetahuan dan pemikiran yang setaraf dengan mereka,  Melalui rakan sebaya juga mereka lebih berani bertindak kerana kumpulan mereka terdiri lebih daripada dua orang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan