clixsense

Sabtu, 24 September 2016

... Tun M sudah bagi signal..

Mungkin pilihan ini akan banyak ditolak oleh orang UMNO terutamanya mereka yang menyokong DS Najib atas sifat peribadi, sifat kepatuhan kepada ketua. Pun begitu jika ditoleh ke belakang, sebelum pemecatan Tan Sri Muhyiddin, ketika Mukriz masih menjadi menteri besar Kedah, Tun Mahathir sudah berkali kali mendesak agar DS Najib berundur dan berkali kali juga Tun Mahathir secara jelas mengugut jika tidak berundur beliau terpaksa mengambil jalan yang dibenci oleh orang UMNO tetapi terpaksa dipilih untuk menyelamatkan UMNO iaitu Tun Mahathir terpaksa masuk ke dalam pihak pembangkang, dengan kata lain keluar UMNO dan menjadi pembangkang. Tun Mahathir sudah membayangkan jika beliau tidak berjaya ubah kepimpinan tertinggi UMNO beliau akan terpaksa merosakkan pembangkang dari dalam.. ini satu keputusan yang tidak ramai melihat sebagai positif tetapi ramai yang mengkritik dan membenci, tetapi cara inilah yang Tun Mahathir aturkan ketika itu. Kerana pada perkiraan beliau BN akan tewas jika DS Najib terus menerajui, dakwaan ini pada mulanya sedikit sebanyak berasas, tetapi atas kesedaran DS Najib sendiri pelbagai langkah telah diambil untuk membaiki reputasinya yang boleh dikatakan tempias daripada tindakan Tun Mahathir juga kesedaran daripada Ahli Majlis Tertinggi bersama suara suara kepimpinan bawahan akan perlunya Presiden membina semula populariti seterusnya menafikan ramalan Tun Mahathir. Sementara isu isu lain seperti kepentingan keluarga dan pembelaan kepada Mukriz adalah isu yang terkemudian yang akhirnya menenggelamkan matlamat asal yang dirancang oleh Tun Mahathir. 
Jika kita toleh ke zaman kegemilangan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sudah tentu kita akan berjumpa beberapa keputusannya yang pada awalnya dilihat tidak menguntung tetapi di era lain ia menjadi suatu yang baik dan dipuji. Inilah juga yang sedang dirangka oleh Tun Mahathir, yang mana kebelakangan ini mahu tidak mahu orang UMNO dan Pembangkang harus mengakui bahawa Tun Mahathir sedang merosakkan Pembangkang dari dalam, Tun Mahathir sedang memecahkan kesepakatan Pembangkang yang dulunya disatukan oleh DS Anwar Ibrahim kini Pembangkang sudah mempunyai blok- blok mereka sendiri dan bertelagah, manakala UMNO pula giat mempertahankan diri dengan cara menafikan peranan Tun Mahathir sebaliknya membidas apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir dan itulah apa yang dari awal sudah dijangka oleh Tun Mahathir sendiri.

Untuk melihat kesan yang dicetuskan oleh tindakan Tun M adalah ulasan ulasan yang tidak dirancang sebagaimana video.



Politik adalah satu keputusan yang kompleks dan sukar diramal sekiranya berfikir dalam satu arah. Orang orang UMNO rata ratanya memilih jalan yang mudah sama ada 
(a) menyokong DS Najib 
(b) Menyokong Tun M 
(c) Menyokong parti UMNO

Dalam tiga pilihan tersebut sesiapa yang menyokong DS Najib adalah mereka yang awalnya menyokong Tun M atau sesiapa sahaja yang sebelumnya sebagai ahli yang patuh kepada ketua, Bagi yang menyokong Tun Mahathir adalah mereka yang tidak suka kepada DS Najib dan tidak patuh kepada Organisasi, manakala yang memilih C pula adalah pengikut yang masih setia kepada parti bukan kerana Najib dan Bukan kerana Tun Mahathir tetapi menyakini dan setia kepada perjuangan parti dan mereka ini adalah golongan yang terus tersisih daripada perhatian Pemimpin.. mereka ini tidak dapat keutamaan tetapi jiwa mereka tidak mampu dibeli biarpun oleh Presiden parti dan golongan ini perlu diramaikan untuk UMNO terus menjadi tonggak pemerintahan negara.

Sekiranya orang UMNO ingin menyahut seruan awal Tun Mahathir mereka sepatutnya boleh bersama Tun Mahathir tetapi jangan memilih parti BERSATU pada pilihanraya, Kepada yang menyokong DS Najib, mereka perlu bersiap sedia sekiranya suatu masa mereka akan kecewa. Kepada orang UMNO yang tidak suka kepada DS Najib pula mereka jangan tinggalkan UMNO kerana jika UMNO / BN tewas tidak ada guna lagi untuk menggantikan DS Najib sebagai Presiden UMNO.

Isnin, 5 September 2016

Sokongan ahli parti semakin jelas

Terbaru.. bekas Perdana Menteri yang juga pernah digelar Mahazalim oleh Muhamad Sabu, yang juga individu bertanggungjawab mutlak menafikan peluang Dato Sri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri malaysia dilihat hadir memberi sokongan kepada banduan Penjara sungai Buloh itu. Anwar yang hadir ke mahkamah bagi memfailkan permohonan untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN 2016). Tun Mahathir hadir sebagai menunjukkan sokongan terhadap tindakan itu. Ia dilihat sebagai sokongan moral dan tanda kesepakatan memandangkan mereka kini senada di dalam menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.
        Apa agaknya tanggapan kedua- dua penyokong bekas pemimpin UMNO ini, Adakah penyokong Anwar Ibrahim sekali lagi akan dijerat oleh Mahathir yang semestinya dalam perancangan untuk memberi laluan kepada Mukhriz Mahathir menerajui negara. Atau Penyokong Anwar sedang cuba mencari kekuatan dan sokongan pengikut Mahathir bagi membolehkan pemimpin umum PKR berjaya mengawal negara secara mentor melalui isterinya Wan Azizah atau orang paling dipercayainya Azmin Ali.

Sungguh dua kumpulan kecewa ini tidak akan dapat berkongsi mimpi yang sama tambahan pula Tun Mahathir  terlebih dahulu sudah dituntut 4 syarat sekirannya ingin bersama Anwar dan pengikut -pengikut parti PKR. 4 syarat yang pernah dituntut oleh pengikut Anwar adalah 
1. Mahathir perlu menyokong pembebasan Anwar
2. Mahathir perlu menyokong segala langkah memulihkan sistem kehakiman
3. Mahathir hendaklah menolak semua akta yang masih digunapakai
4. mahathir hendaklah mengembalikan hak rakyat termasuk lambang dan identiti keagamaan

Dalam percaturan ini orang UMNO akan semakin bersatu dan bersolidariti dalam menilai tembelang Mahathir yang semakin hari semakin tersingkap. Muhyiddin pula yang dijadikan alat oleh Mahatir masih rimas dibelenggu skandar Nika Lee disamping sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi beliau bukanlah individu yang dijangka akan berada di tampuk kepimpinan tertinggi negara.  
      Kisah dan cita- cita Anwar Ibrahim sudah semakin hambar dibawa arus waktu, Mahathir pula sedang mengalami keadaan hilang kepercayaan ahli UMNO. Aura Mahathir memberontak tidak setanding zaman Reformasi Anwar Ibrahim.. Penentangan Muhyiddin Yasin kepada parti UMNO juga tidak seteruk ketika Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Presiden parti. 
    Tindak tanduk pemimpin pemimpin besar ini telah membuka mata kepada penyokong parti masing- masing bahawa tidak ada seorang pun boleh dipercayai dan dalam keadaan ini ternyata pengikut kedua pemimpin berkenaan terumbang ambing kebingungan manakala penyokong bawahan UMNO pula mendapat pengajaran jelas dalam perkemaskan sokongan mereka kepada institusi parti  bukannya pemimpin.