Politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan "mengapa politik". Contoh ahli ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao.
"Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif (tidak menyenangkan), terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.
Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkoordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ) di negara kita parti politik yang lantang menganjur dan melobi acara debat bermula dengan PKR disebabkan ketua umum mereka dikatakan handal dan boleh mempengaruhi di dalam perdebatan contohnya debat langsung di Televisyen antara Anwar Ibrahim dan Sabry Cheek, walaupun debat tersebut dilihat memihak kepada Anwar Ibrahim tetapi dari segi pengisian hujah sebenarnya lebih logikal di pihak Sabry Cheek . Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik, parti politik yang menggunakan kaedah kekerasan adalah diawal nasionalis seperti AWAS dan PKM dan sosok keras Chin Peng serta wanita kental Samsiah Fakeh yang mana sifat mereka boleh dilihat dalam tindakan tegas pemimpin terkemudian seperti Mahathir, Rafidah Aziz, Karpal Singh, Lim Guang Eng dan sebahagian besar pemimpin bersikap membangkang
Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain seperti yang berlaku dalam kes kejayaan BN merampas semula pentadbiran negeri Perak daripada Pakatan pembangkang, biarpun rampasan tersebut mengkhianati kemahuan rakyat yang mengundi parti politik tetapi cara itu tidak menyalahi Perundangan negeri dan Perlembagaan negara. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":
Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ) sebagaimana Husam Musa menyerang balik selepas menjadinya strategi mengundang agar PAS memecatnya dan bukannya dia meninggalkan parti, hal seperti ini banyak dilakukan oleh mereka yang asalnya adalah dilihat hebat bersama parti lama. Dengan membuat alasan bahawa ia tidak mengkhianati parti tetapi bertanggungjawab kepada parti, strategi ini sangat mudah untuk orang yang mempunyai sikap hipokrit. Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ) Ahli politik seperti dikatakan oleh Laswell adalah Ibrahim Ali, Zaharin Mat Yasin, Sazmi Miah dan beberapa orang tokoh yang melompat parti atau kumpulan dengan matlamat menjaga kedudukan peribadi setelah populariti dan kebergantungan mereka kepada parti mereka semakin terancam.
Politik juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap. Sebagaimana tertutupnya skandal besar seperti kes Mohamad Sabu di Bilik 121 Hotel Perdana yang menyebabkan seluruh jentera kerajaan negeri berusaha menutup kes tersebut, mahupun kaitan Lorrain Osman dalam isu BMF yang masih misteri.
Selain kerajaan, wartawan, kumpulan agama, kumpulan berkepentingan khas, dan sistem ekonomi mempunyai kesan terhadap sesuatu keputusan. Dengan itu politik menyentuh kesemua subjek ini.
Perkataan politik itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". Ditulis semula, ia dibaca, "Bagaimana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-oramg Yunani, ia adalah aplikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon,, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta. Dalam menerapkan unsur ini, Lim Guan Eng mengambil langkah menubuhkan pasukan ala polisnya sendiri di Pulau Pinang dan akhirnya ia diharamkan
Pengarang pengkajian politik telah membayangkan dan mempengaruhi sistem politik di dunia. Niccolo Machievelli menulis The Prince, analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513, semasa tinggal dalam negara monarki. Karl Marx dan Friedrich Engels menerbitkan "The Communist manifesto", risalah yang berpengaruh besar dan dibaca dengan meluas yang membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20.
Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan.
Selain dipengaruhi oleh masalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dengan itu ia bergantung kepada angin perubahan yang akhirnya menentukan kejayaan dan keberkesanan sebagaimana yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan