clixsense

Ahad, 30 Disember 2018

SYED SADDIQ KENCING DI PICC


Bercakap kepada pemberita menjelang Perhimpunan Agung Armada di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) di Putrajaya antara kata- kata ketua Pemuda BERSATU adalah:-

"Banyak lagi isu berkaitan anak muda boleh dibawa sewaktu konvensyen Armada itu seperti hasrat melihat kepimpinan (parti dan negara) mengamalkan integriti dalam membangunkan negara agar dihormati dunia"

Hasrat Syed Saddiq untuk melihat Integriti dalam membangunkan negara adalah satu hasrat yang  mengencingi para perwakilan muda Armada, Syed Saddiq hanya boleh berkata kata tetapi gagal melaksanakan apalagi membantah kepimpinan mereka yang tidak mencapai Integriti yang diharapkan apakah Syed Saddiq tahu maknanya integriti bahasa Inggris yang jika diMelayukan adalah Kejujuran, Ketulusan, Kesempurnaan dan Keutuhan. Sebagai Menteri dan Ahli Parlimen adakah Syed Saddiq melihat..
- Integriti dalam diri Lim Guang Eng dalam mengurus dan membentang kewangan negara, 
- Masih adakah integriti ketua kumpulan radikal Waythamoorty, 
- Di mana integriti Dr Maszlee dalam menerajui pendidikan anak bangsa
- Wajarkah Wan Azizah dikatakan berintegriti bila turut persoal khatan bayi perempuan Islam,
- Adakah Tun Mahathir masih dianggap mempunyai integriti dalam peranannya mengugut, mendakwa dan menculik ahli politik terutama Ahli Parlimen parti UMNO.

Dalam meraih penghormatan dunia Perdana Menteri masih tidak mampu menyekat kejatuhan matawang, memulih keyakinan pelabur serta menurunkan harga barang keperluan layakkah dunia menghormati negara yang semakin lemah ? Integriti versi apa yang dimaksudkan oleh Syed Saddiq dalam membangunkan negara ?

Syed Saddiq juga berkata :-

"Jika ada perompak dan pencuri masuk Bersatu, saya sendiri akan keluar Bersatu,... kemasukan mana- mana bekas anggota atau pemimpin Umno tidak harus menjurus kepada kes mahkamah melibatkan mereka, jika ada digugurkan.."

Syed Saddiq barangkali terlalu teruja berada di puncak pimpinan dan memandang hina kepada bekas- bekas anggota UMNO hingga terlupa bahawa hampir keseluruhan ahli Armada itu sendiri adalah daripada bekas pemuda UMNO yang rata- ratanya adalah penjawat awam yang ingin meningkatkan prestasi dan kenaikan pangkat. Sebahagian lagi adalah bekas ahli- ahli pemuda UMNO yang mempunyai lesen kontraktor dan kepentingan perniagaan dengan kerajaan. Mohon agar Syed Saddiq hubungi pihak UMNO untuk buat semakan keahlian parti yang menyertai PPBM, ini juga akan memudahkan pihak UMNO membuat pemutihan ahli sekaligus menidakkan keahlian 3 juta oleh UMNO.

Syed Saddiq perlu tanyakan dirinya bilakah dia akan keluar daripada bersatu apabila Mustapha Mohamed yang tidak tahan disisasat dengan akaun puluhan jutaan ringgit milik isterinya lompat menyertai BERSATU, tidak terfikirkah bahawa Ahli Parlimen Tanah Merah yang keluar UMNO menyokong PH itu terkenal dengan AP yang dianugerah oleh kerajaan. Mas Ermiyanti yang ditatang bagai minyak penuh oleh Najib Razak masuk BERSATU bila partinya tidak berkuasa, Isa Samad yang dulunya digelar perompak Felda serta beberapa orang lagi yang selama ini dicop pencuri dan penyamun sudah mengetuk pintu parti PPBM masihkan tidak cukup perompak dan pencuri ke dalam parti PPBM untuk menyaingi pemimpin yang sewaktu dalam UMNO dulu digelar keluarga perompak dan bapak pelingkup negara ?

Syed Saddiq sangat berterima kasih kepada orang- orang muda yang berjaya menumbangkan Barisan Nasional tetapi Syed Saddiq yang berani mengugut akan keluar bersatu rupanya turut bersama kepimpinan PH kencing beramai- ramai ke atas anak- anak muda yang membuat jasa kepada mereka.

Anak anak muda yang mempunyai hasrat menggunung untuk mengajar Barisan Nasional rupa rupanya diperguna dan dibohongi hasrat mereka untuk:
- Bebas daripada bebanan hutang PTPTN
- Pendidikan percuma
- Bebas daripada bebanan Tol
- Kadar Internet yang lebih murah
- Peluang kerja
- Yuran IPT yang tidak membebankan
- Petrol semurah rm1.50 seliter

Inilah yang perlu dilaungkan oleh ARMADA dan Serikandi BERSATU tetapi apa yang dibalas kepada pengundi muda dan pelajar adalah, paksaan secara tegas dalam pembayaran PTPTN, pendidikan masih tidak boleh diberi percuma, Tol hanya janji dicapati, Internet tidak juga turun walau sudah diumumkan Menteri Gobind Singh, sejuta peluang kerja bertukar menjadi puluhan ribu diberhentikan khidmat, yuran IPT naik melambung juga petrol ron95 masih harga zaman BN manakala Ron97 dan diesel meningkat walaupun minyak dunia jatuh.

Kita melihat Syed Saddiq adalah pemimpin muda yang hanya punyai semangat setelah mendapat tempat dalam kerajaan, Syed Saddiq disamping seronok bermain playstation di pejabatnya dan kadangkala cuba meniru Khairil Jamaluddin untuk popular di Media Sosial Syed Saddiq sebenarnya tidaklah selantang dan seberani Adam Adli atau punya keyakinan sebagaimana Mohd Naizaimuddin bekas Exco Pemuda Umno meletak jawatan untuk bersama team Muhyiddin, Syed mempunyai tuah apabila masuk ke gelanggang tepat pada masanya. 

Isnin, 3 Disember 2018

BERSATU terus mara, UMNO selesa di Sarawak

Pelancaran Parti Peribumi Bersatu atau PPBM di Bintulu Sarawak pada kelmarin iaitu pada 2 Disember 2018 jangan dipandang ringan kerana ia adalah satu lagi usaha serius oleh Tun Dr Mahathir untuk terus mara seterusnya boleh menggantikan UMNO dalam membawa politik orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia.


Kita tertanya tanya mengapa UMNO seperti masih menggunakan strategi defensif daripada mengambil sikap offensif atau Mara. gesaan agar UMNO segera ke Sarawak pernah saya suarakan selepas kekalahan BN di blog utama saya https://temalong.blogspot.com/2018/06/umno-ke-sarawak.html Kenyataan oleh Presiden UMNO bahawa UMNO tidak mahu berkembang ke Sarawak seolah menghadkan cita- cita UMNO untuk mewakili kaum Bumiputera di sana sekaligus menghindar rakyat untuk teguh bersama payung BN. Sedarkah Ahmad Zahid bahawa BN sudah tidak ada rakan lagi di negeri tersebut. Parti PBB, SUPP, PRS dan PDP yang dulunya menang atas lambang dacing sudah meninggalkan gabungan dan mengistiharkan sebagai parti gabungan yang menyokong PH.

PPBM meneruskan langkah ke depan apabila membuka ruang pilihan untuk rakyat yang ingin bersama kerajaan pusat khasnya gabungan sebenar bersama PH. Strategi Tun Mahathir ini adalah selain menyokong pendirian berkecuali majoriti Ahli Parlimen dan Adun di negeri tersebut ia juga memberi pilihan untuk wakil rakyat melompat parti menjadi ahli dan YB PPBM  dalam masa terdekat. Dengan tindakat bersasar oleh Bersatu ini jadi di mana BN hendak bawa penyokong mereka di Sarawak.

Sepanjang pembentukan Persekutuan orang- orang Sarawak berterusan memberi sokongan besar kepada agenda Malaysia jadi itulah buktinya rakyat Sarawak bukan berfikiran terlalu kenegerian, mereka ingin bersama persekutuan dan bersedia bekerjasama bersama parti dari semenanjung terutama parti yang memerintah.

Benar alasan Ahmad Zahid bahawa Sarawak dan Sabah membunyai keunikan, mereka tidak perlu diganggu dengan parti politik dari semenanjung tapi sedarkah Ahmad Zahid bahawa kini UMNO adalah parti terbesar di Sabah manakala Ketua Menteri pernah dipegang oleh pemimpin UMNO malahan Ketua Menteri sekarang adalah bekas Pemimpin besar UMNO jadi apa logiknya UMNO tidak perlu ke Sarawak. Kenapa keunikan budaya politik negeri pantai timur Semenanjung tidak diambilkira sedangkan 2 negeri itu bukan didominasi oleh UMNO dan tidak berjaya ditembus oleh PH berbanding Sabah dan Sarawak yang tidak kebal dimenangi oleh PH malahan Sabah memberi sokongan besar kepada UMNO, begitu juga dengan parti DAP yang menguasai kawasan bandar di Sabah dan Sarawak apakah DAP tidak menganggu keunikan politik di sana begitu juga PKR yang tetap ada kerusi untuk dimenangi malahan sampai ke luar bandar. Apakah UMNO tidak mahu pertambahan beberapa kerusi hanya kerana menjaga hati pemimpin pemimpin Parti Pesaka Bumiputera yang lari meninggalkan UMNO dan rakan rakan BN yang lain.

Bagaimana untuk UMNO menjuarai agenda Melayu Bumiputera sekiranya teragak- agak dan takut mengembangkan sayap ke sebuah sahaja lagi negeri dalam Persekutuan usahlah menjadi juara global jika masih bertahan dan bersikap selesa.