Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun N23 Chini akan diadakan pada 4 Julai 2020 bersamaan dengan tarikh kemerdekaan negara yang menjuarai wabak Covid 19 seluruh dunia, Amerika Syarikat. Sehingga hari ini bahang PRK masih belum terasa, ini kerana seluruh rakyat bukan sahaja di negara kita tetapi seluruh dunia sedang melawan pendemik Covid 19, apa apa sahaja isu atau hal hal yang lain akan dianggap perkara yang tidak penting lagi.. tumpuan adalah untuk melenyapkan virus di persekitaran masing masing. bukan sahaja Pilihanraya tidak menjadi tumpuan malahan suasana hari raya pun turut hambar.
PRK Dun Chini adalah pilihanraya yang memihak kepada Umno / BN sesiapa sahaja yang berlawan di mana mana Dun dalam Parlimen Pekan pasti akan tewas, lebih lebih lagi rekod PRU14 dengan jelas menunjukkan perbezaan yang ketara apalagi jika PAS juga tidak lagi menjadi lawan kepada Umno/ BN bermakna undi calon PAS akan masuk ke dalam undi Muafakat Nasional., BN akan menang dengan selesa, oleh itu lebih bijak dan lebih jimat jika Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan calon sebagaimana Umno juga tidak meletakkan calon pada PRK N12 Dun Penanti, PRK N06 Dun Cempaka dan PRK P132 Parlimen Port Dickson, alasannya membazir, entah sejak bila parti politik mula rasa membazir dalam pilihan raya, tetapi yang sebenarnya adalah kerana keputusan pengundian sudah dijangka.
PRK Dun Chini boleh menjadi titik perubahan sejarah negara dan negeri Pahang yang penting sekiranya ia hendak dilakukan oleh Ketua Umno Bahagian Pekan iaitu mantan Perdana Menteri (PM) Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, beliaulah yang menentukan siapa yang perlu diletakkan calon untuk kawasannya. Walaupun jangkaan saya DS Najib akan meletakkan calon di kalangan pemimpin biasa di bahagian Pekan atau individu popular di Dun Chini tetapi mungkin ramai yang berharap DS Najib akan meletakkan calon yang menjadi asas kepada perubahan dalam politik negara iaitu mencalonkan dirinya sendiri atau ketua pemuda Umno Pekan iaitu anak lelakinya Datuk Mohd Nizar Najib.
Bila cadangan mencalonkan DS Najib di Dun Chini dilontarkan dalam media sosial kita dapati ramai yang membantah dengan anggapan DS Najib lebih sesuai menerajui negara dengan harapan beliau akan kembali menjadi PM, tetapi harus diingat bahawa DS Najib sudah menegaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk kembali menjadi PM seperti yang dimahukan oleh penyokongnya, dan kita juga menjangkakan DS Najib tidak akan diberi peluang sekali lagi untuk menjadi PM oleh rakan rakan parti, DS Najib sudah diberi peluang itu dan hasilnya Umno kehilangan kuasa di pusat tiada lagi peluang kedua. DS Najib perlu mencari pendekatan dan kedudukan lain jika ingin terus menyumbang kepada parti dan negara, hanya ada satu peluang baik yang akan menyebelahi rakyat Pahang adalah memberi peluang kedua untuk DS Najib menjadi Menteri Besar (MB) Pahang sebagaimana saya lontarkan dalam Dato Sri Najib Razak Menteri Besar Pahang dan tulisan itu mengejutkan ketua Armada BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang waktu itu menjadi Menteri Belia Dan Sukan serta turut memberi ulasan kepada tulisan blog, saya minta agar dibaca semula tulisan di blog itu untuk lebih memahami mengapa Bossku perlu menjadi MB Pahang.
Solusi kedua calon PRK Dun Chini adalah legasi Tun Razak iaitu cucunya Datuk Mohd Nizar Najib, ini adalah penting, bukan sahaja sebagai pengimbang kepada keluarga DS Anwar dan Tun Mahathir yang galak mencari kedudukan dalam pemerintahan tetapi ia lebih kepada meneruskan gaya kepimpinan bangsawan yang menceburi politik untuk rakyat, meletakkan calon ini juga boleh diandaikan sebagai persediaan pelapis muda dalam pentadbiran negeri Pahang yang mungkin kemudian hari memerlukan anak Najib Razak untuk menjadi Menteri Besar atau ia sebagai persediaan bagi dicalonkan sebagai ahli Parlimen Pekan pada PRU akan datang yang sekaligus wakil rakyat tidak lagi berhadapan dengan DS Najib di parlimen, DS Najib boleh berehat dan tidak menurut jejak Tun Mahathir yang terus bercakap dan membinggitkan negara biarpun sudah lama melepasi usia bersara penjawat awam.
Jika ingin terus menghangatkan suhu politik di PRK Chini, PH boleh sahaja mencalonkan mana mana pemimpin utama dalam Pakatan Harapan yang menjadi rakyat Pahang atau jika Tun Mahathir terlalu berdendam dengan DS Najib serta ingin terus meratib DS Najib sebagai penyamun dan perompak rasanya Tun boleh sahaja mencalonkan artis kesayangannya Dato Siti Nurhaliza yang juga rakyat Pahang dan sudah dimaklumi artis ini tidak menyukai Bossku apatah lagi pengikut Bossku serta likers FB dan Youtube oleh Bossku ternyata mengatasi penyanyi yang mula tidak disukai ini. Tun Mahathir yang kaya raya boleh sahaja membayar setiap kerugian yang mungkin dialami jika Dato Siti ditolak dalam PRK Chini.
Apa pun cara dan calon yang akan bertanding dalam PRK Chini, perlu diingat bahawa PRK ini tentu sekali berbeza dengan pilihanraya yang lalu, akan tiada lagi ceramah terbuka, perkumpulan jentera, kerahan anggota parti dari luar untuk membantu kempen juga tidak berlaku. Medsos lah yang akan menjadi medium utama di zaman Covid 19 ini. SELAMAT BERKEMPEN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan