Mesyuarat UMNO tahun 2011 sedang diadakan di seluruh Bahagian dan cawangan di seluruh negara. Lupakan tentang perjalanan mesyuarat yang lazimnya umum mengetahui bahawa setiap pertubuhan apa sekalipun, peraturan sentiasa boleh kompromi dengan cara ala koboi sekiranya ia memberi kebaikan kepada sesebuah organisasi atau persatuan. UMNO sebagai sebuah organisasi politik yang telah mantap dan mampu memberi khidmat pengurusan yang cekap kepada pentadbiran parti seolah perlu ditegur dan diancam apabila ia melibatkan masalah akar umbi dan boleh membahayakan organisasi kebangsaan yang disayangi ini.
Baru- baru ini kita diadukan oleh seorang ahli UMNO di Bahagian Bachok dan mungkin juga Bahagian UMNO yang lain menghadapi hal yang sama iaitu tentang senarai keahlian. Selepas UMNO menerima tamparan yang teruk pada pru 12 yang lalu, cawangan di kehendaki membuat pemutihan dan menolak ahli ahli mereka yang mengkhianati parti.. maka bersemangatlah semua ketua dan ahli cawangan yang diberi peluang untuk memantapkan cawangan masing- masing. Sebelum ini UMNO terlalu amat sukar hendak memecat keahlian walaupun seseorang ahli benar- benar tidak menyokong parti malahan memaki hamun dan memusuhi UMNO pada setiap kali pilihanraya.

Gesaan pemutihan oleh ibupejabat UMNO amat dinanti oleh ahli parti yang benar- benar ingin membuang musuh dalam selimut, ribuan terima kasih kepada MT UMNO yang bersetuju dengan langkah pemutihan, mungkin itulah suara hati ahli tulen UMNO. Namun pada mesyuarat kali ini ahli cawangan kembali kecewa dan kemungkinan terjadi keributan kecil bila mereka tiba- tiba dikejutkan dengan senarai ahli 2011 yang memasukkan semula senarai nama yang digugurkan sebelum ini.
why.. why.. tell me why.. Kalut sudah akar umbi.. ada ketua cawangan atau ketua sayap yang belot sudah boleh bermesyuarat semula, sudah boleh menyertai aktiviti dan gerakan rahsia parti.
Siapa yang patut ditunding jari ?
Sekadar membuat andaian sekiranya senarai tersebut berkebetulan dikeluarkan pada tahun pemilihan, sudah tentu ia akan diejek oleh parti lawan dan jika tak kena caranya ia mungkin terpaksa dirujuk kepada pendaftar pertubuhan yang mana jika nasib tidak menyebelahi UMNO ia akan mendatangkan masalah sepertimana tahun 1990 dulu yang memaksa UMNO didaftar semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan