Menyusuri sungai Lebir di Kuala Krai, Kelantan mengingatkan semula kesukaran pahlawan dan pengikut Dato' Bahaman Orang Kaya Semantan yang melarikan diri ke Terengganu dan kelantan setelah berkali kali menentang Inggeris yang berpunca daripada campurtangan Residen di daerah Temerloh. Dato' Bahaman telah membawa diri mendapatkan perlindungan di Siam dan berlindung di Chiang Mai, tetapi pengikutnya yang ramai telah menetap dan membuka kampung di tebing sungai Lebir, Sebagai seorang yang ada pertalian dengan kumpulan ini saya telah melihat sendiri kesan peninggalan moyang di Kuala Relai yang hampir dengan Taman Negara. Masih dapat dilihat kubur dan kesan tapak kediaman dahulu kala. Ketika bersama saudara mara menebang balak dan membersih hutan untuk di tanam anak pokok getah banyak cerita yang dapat saya dengar tentang kehebatan pahlawan menentang penjajah itu.
Ketika zaman darurat, pemerintah Inggris sekali lagi memaksa koloni lasak ini meninggalkan kampung halaman untuk ditempatkan dikampung tersusun yang didirikan dalam 'Rancangan Bringgs'. Penempatan yang disediakan adalah di Laloh, karangan.... dan Pemberian. Ketika penghijrahan kedua inilah seorang saudara nenek saya yang masih kecil telah terkorban kerana terjatuh ke sungai Lebir. Sekadar menggambarkan Kampung Pemberian yang menjadi kampung halaman sebelah ibu, kegiatan utama penduduk adalah menanam dan menoreh getah, pada waktu itu kerja sebagai penoreh tidaklah lumayan seperti hari ini, kerja penorehan pula berdepan dengan kesukaran kemudahan dan ancaman binatang buas. Sesekali jika berlaku kejadian harimau menyerang penoreh maka berhari harilah penduduk takut untuk keluar menoreh getah.
Kampung Pemberian yang mendapat nama kerana kampung ini 'diberi' oleh kerajaan, sebagai salah sebuah kawasan yang terhad untuk mengekang ancaman komunis, penduduk yang sehingga ke hari ini masih mewarisi dialek Pahang tua dan ia menjadi terlalu asing bagi daerah lain di Kelantan yang pertama kali mendengar pertuturan orang lama, lantas menjadikan kelompok penghijrah ini mempunyai bahasa pertuturan yang unik dan tersendiri. Atas kesedaran untuk menambah pendapatan dan keluar daripada lingkungan persekitaran penempatan yang terhad itu ibu bapa telah mengusulkan untuk kembali ke penempatan asal di kuala Relai yang diakui sebagai tanah kampung halaman mereka yang sah dan milik mereka.

Dalam usaha yang memerlukan ketahanan tulang empat kerat dengan peralatan membersih hutan yang terhad, penduduk membina pondok dan berhari hari berada di tebing sungai dengan makanan ala kadar dan berlauk ikan sungai. Tidak sekadar di Kuala Relai tetapi beberapa kawasan tebing sungai yang didakwa sebagai hak milik moyang mereka telah dikunjungi dan di tanam dengan pokok getah dan buah- buahan.
Namun langit tidak selalu cerah, keringat bukan menjadi ukuran dan jasa tidak semestinya dibalas.. begitulah apa yang dialami oleh waris dan pengikut pejuang negara. Kerajaan PAS pimpinan Nik Aziz pernah berkata bahawa bumi ini adalah milik semua dan sesiapa pun boleh mendiami dan memanfaatkannya, tidak ada tanah haram kecuali tanah suci Mekah. Terasa betapa globalnya pemikiran Nik Aziz, bebas dan merdeka kepada semua rakyat. Berpegang kepada falsafah itulah Nik Aziz percaya bahawa dia juga berhak untuk menguasai bumi Allah ini apalagi beliau ada harta dan kedudukan yang boleh berbuat apa saja, boleh menentukan siapa berhak dan siapa harus berundur.
Umumnya sudah tahu benar bahawa Nik Aziz adalah orang yang sama dimana dia tinggal di rumah yang sederhana seperti mana sebelum menjawat jawatan Menteri Besar. Walaupun tidak berpegang kepada laungannya seperti diawal mengambil alih Kota Darul Naim, rakyat tidak terlalu berkira bila orang yang menggelarkan dirinya Tok Guru itu sudah selesa berkereta besar. Ramai yang tahu Nik Aziz memang membeli setiap tanah penduduk di Pulau Melaka yang dijual oleh orang kampung dengan harga yang lebih tinggi, tidak mengapalah itu haknya tetapi bolehkan kita mengakui beliau menolak harta dunia sedangkan dalam masa yang sama sedang membina wilayah ekslusif di Pulau Melaka persis ingin membina semula status Kerajaan Jembal.
Tidak cukup dengan kerakusan di Kampung halaman, tebing sungai Lebir yang sudah dibangunkan oleh rakyat itu pun hendak dihalau atas maksud tiada manusia yang boleh mengaku bumi ini hak mereka, Nik Aziz mengizinkan penebangan getah dan pokok buahan yang ditanam oleh rakyat dengan linangan air mata, Pentadbiran Nik Aziz mencanag tindakan kerajaan itu atas alasan membuka ladang rakyat yang sebenarnya sedikit pun tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Tauke- tauke cina yang kaya raya telah dihalalkan oleh Kerajaan PAS untuk memusnah dan merampas hak sebangsa dan seagama. Nik Aziz yang sering menuduh pesaing politiknya dengan pelbagai gelaran kurang ajar sebenarnya adalah Menteri Besar yang paling licik membuli rakyat, Nik Aziz adalah Menteri Besar paling zalim kepada rakyatnya di Kelantan, mungkin PAS menganggap kelompok rakyat berbudi ini adalah kumpulan penyokong kuat BN kerana peti undi mereka sentiasa tidak menyebelahi parti PAS setiap kali pilihanraya dan inilah hukuman kepada penentangnya.. seandainya Nik Aziz lahir di zaman Dato Bahaman barangkali Nik Aziz boleh saja disamakan dengan pembesar Melayu tidak bermaruah yang menjadi tali barut penjajah yang perlu ditentang...
Namun pada zaman ini Nik Aziz hanya dapat ditumpas dengan menumbangkan parti PAS pada pilihanraya akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan