clixsense

Isnin, 30 Mei 2011

Sudah.. sudahlah Shahrizatt..

Datuk seri Shahrizat Abdul Jalil menyuarakan harapan agar wanita lebih ramai diletakkan sebagai calon dalam pilihanraya. Hasrat yangg entah ke berapa belas kali itu disuarakan lagi semasa melancarkan penyerahan sijil Skim Insurans 1 Azam di Tawau.
Telah diakui oleh parti bahawa Ketua Wanita UMNO Malaysia yang tewas kepada Nurul Izzah di Lembah Pantai itu seorang yang kuat bekerja dan tahan dicemuh, Datuk Seri Shahrizat sudah melalui zaman kematangan dari seorang yang berpenampilan tidak bertutup kepala berubah kepada selendang dan tudung ringkas.. cantik manis pulak dipandang. Beliau yang menjawat sebagai ketua wanita mengenepikan bekas bosnya Tan Sri Rafidah Aziz tergolong dikalangan pemimpin baru wanita yang beruntung kerana dapat berada dalam kedudukan sekarang dengan jalan yang tidak sesukar mana disebabkan suasana politik dan arus inspirasi baru banyak membantu beliau untuk menjadi seperti sekarang.
Tidak sebagaimana Tan Sri Rafidah Aziz yang lebih bertenaga, berilmu dan berpengalaman lama dalam politik, kemunculan Datuk Seri Shahrizat bolehlah dikatakan seperti tiada akar rotan pun berguna. Bukan niat kita hendak memperkecil atau menidakkan keupayaan dan kemampuan pemimpin wanita ini tetapi tuntutan beliau yang konsistem dan acap kali disuarakan seolah Datuk Seri Shahrizat menagih pengiktirafan dan minta ganjaran atas kerja kuat wanita kepada parti. Datuk Seri Shahrizat barangkali terlupa bahawa dalam apa- apa jenis pertubuhan, perkumpulan atau persatuan memang wanitalah yang selalu menyelamatkan korum dan jumlah kehadiran wanitalah yang selalu boleh diharap untuk menjayakan program seperti yang dituntut.
Wanita dengan naluri suka bergaul, berbual, makan angin dan melawa menepati kehendak parti untuk menjadi perayu dan mendekati sasaran pemimpin organisasi. Tidak perlu Datuk Seri Shahrizat melaungkan tuntutan yang sememangnya tidak ditolak oleh siapa jua sekiranya ia disenangi dan diyakini boleh memenangkan kumpulan. Lihatlah gerak kerja muslimah PAS yang terlalu aktif, agresif dan mendesak pengundi tetapi mereka tidak pula terlalu meminta untuk menjadi calon, tetapi mereka bangga menjadi jentera yang penting dalam memenangkan calon mereka, mereka juga redha dan akur dengan lumrah dan garis panduan agama bahawa orang lelaki lebih sesuai sebagai pemimpin, dalam pada itu turut bersetuju sekiranya diberikan kedudukan dan calon dalam pilihanraya.
Datuk Seri Shahrizat sepatutnya yakin dengan pilihan Presiden dalam hal penentuan calon, bukan disengajakan dan bukan dasar parti untuk meminggirkan wanita dalam pilihanraya sekiranya tokoh wanita itu layak. Tidak perlu gusar sekiranya tidak terpilih kerana wanita tetap ada tempat sekiranya lelaki yang dicalon beroleh kemenangan kerana disebalik kemenangan calon lelaki itu adalah atas dorongan dan kerjasama isteri, kemenangan si suami itu juga adalah kemenangan isteri, isteri boleh berbangga dan teramat bersyukur kerana mereka boleh bergelar wanita pertama, isteri YB dan penaung badan- badan yang mengkehendaki kepakaran wanita.. tiada ruginya untuk kemenangan suami tetapi suami akan turun sahamnya dan tersipu malu sekiranya ditakdirkan menjadi suami kepada wakil rakyat atau apa yang digelar iron lady.
Setiap pilihan pucuk pimpinan itu adalah untuk kemenangan, pucuk pimpinan memerlukan yang terbaik antara yang baik tanpa mengira jantina, oleh itu sedarilah bahawa setiap pergerakan orang yang akan berentap dalam pilihanraya dinilai oleh pelbagai pihak sejak dari awal lagi, siapa yang sentiasa masuk kawasan, siapa yang berpengaruh, siapa yang berkeluarga besar dan siapa yang namanya tidak dipersoalkan oleh organisasi sendiri sekiranya dia dicadangkan untuk menjadi calon parti..
Disebabkan itu janganlah menuntut apa yang telah dibuka ruang yang luas di negara kita, bekerjalah untuk kemenangan parti bukannya untuk individu atau jantina kerana wanita Malaysia berpuluh kali lebih dihormati daripada wanita di bumi anbia sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan