clixsense

Rabu, 25 Mei 2011

Nik Aziz bertanggung jawab membunuh karekter Islam..

Sedih, keliru,marah dan rasa terhina bila melawat negeri yang satu ketika dulu bermegah dengan institusi pondok agama, ulama dan cendikiawan Islam. Hari ini sesiapa sahaja yang mengharap untuk melawat Kelantan tidak perlu lagi mengimpikan suasana tersebut. Pondok agama yang moden, tersusun, bersih dan ditadbir dengan bantuan kewangan yang mencukupi tidak lagi berada di Kelantan, Kelantan sudah lama keluar daripada kemegahan itu apa yang ada hanyalah retorik dan tidak sehebat tempat-  tempat lain di Malaysia. Bukan bermaksud hendak memalukan rakyat negeri merah itu tetapi sekadar ingin menyatakan apa yang dirasa dan dilihat adalah tidak seindah khabar. Rakyat Kelantan seolah terperangkap dengan harapan mereka sendiri..
Selepas menjatuhkan pentadbiran UMNO dengan kerjasama Tengku Razaleigh Hamzah, PAS diharap dapat menampilkan pentadbiran baru yang benar- benar dapat menjadikan Kelantan bukan sahaja menjadi serambi Mekah tetapi bertindak sebagai institusi terbuka untuk rujukan dan model pemerintahan Islam di Asia Tenggara. Sesiapa sahaja akan berdiri bulu roma dan memberi sokongan sepenuhnya dengan ceramah Nik Aziz suatu ketika dulu yang berazam untuk menjadikan Kelantan sebagai pusat pemerintahan daulah Islamiah di seluruh nusantara beliau juga berjanji akan melaksanakan undang- undang Islam sebelum ayam berkokok selepas mendapat mandat rakyat dihari mengundi.. Inilah harapan sebenar sebagai seorang Islam yang menanti munculnya kerajaan Islam selepas kejatuhan Empayar Othmaniah, kelihatan keterlaluan tetapi itulah janji dan harapan PAS sebelum mendapat kuasa.
Ditakdirkan PAS mendapat kuasa dengan bantuan semangat 46 iaitu serpihan UMNO sebagai membuktikan tuhan memberi separuh kekuatan UMNO untuk memenangi dan memberi peluang bagi PAS membuktikan niat suci mereka.
Kini setelah diberi peluang penggal demi penggal dan rakyat terus memberi masa untuk PAS melaksanakan janji pemimpin mereka, namun hanya sedikit yang diusahakan itupun setelah didesak dan pelaksanaan dilakukan hanya apabila hampir musim pilihanraya. Memang UMNO tidak mewar- warkan sumbangan mereka kepada pembangunan Islam pada tahun sebelum 1990 tetapi sedar atau tidak segala kemudahan dan penyusunan hal- hal bersangkutan dengan Islam jelas dibuat pada zaman Muhamad Yakob.
Apabila Nik Aziz dengan penampilan warak mula menerajui Kelantan, rakyat begitu gembira dan harapan sangat menggunung di awal beliau menduduki Kota Darulnaim. Namun tahun demi tahun rakyat seperti menunggu buah tidak gugur sedangkan pemimpin PAS semakin hari semakin galak mencanang tentang harapan negeri Islam total. Semakin lama Islam semakin kuat dilaungkan.. PAS semakin mencengkam, UMNO tidak berdaya bangkit dan tersungkur begitu lama di Kelantan. PAS semakin riak, pemimpin bertambah takbur harapan pentadbiran Islam dicampak ke sungai Kelantan, rakyat telah dibuta bisukan dengan serban dan jubah.
Hari ini Nik Aziz dan seluruh kepimpinanya perlu bertanggungjawab diatas kelulusan membina begitu banyak berhala gergasi di Kelantan, kalaulah nabi Ibrahim wujud di zaman ini apalah tindakannya dan betapa marahnya baginda setelah baginda meruntuhkan semua binaan berhala di Kaabah tetapi serambi Mekahnya pula galak membangunkan berhala, apakah rasionalnya sebuah negeri yang berusaha menyebarkan syiar Islam tetapi agama lain yang lebih rancak.
Apa pula kata para sahabat sekiranya mereka dikhabarkan tentang markaz parti politik yang besar dan megah tumbuh bagai cendawan tetapi pemerintahnya tidak menanam saham dalam membina rumah Allah dan menjaga kebersihannya, tidak malukah sebuah negeri yang ingin terus bergelar serambi Mekah tetapi tidak berminat untuk meniru pemodenan dan penambahbaikan seperti dilakukan pada masjidil haram. Paling malang dan penghinaan kepada penyebaran Islam adalah kejayaan Nik Aziz memalukan orang Islam. Sungguh menteri besar ini telah dihanyutkan oleh ilmunya sendiri dengan membina masjid persis biara di Rantau Panjang. Kita teragak- agak untuk memanggil masjid pada binaan bertujuan pelancongan ini, ia tak ubah seperti biara Buddha dalam cerita kungfu shaolin.. apa nak dibangga dan apa nak dikata tentang binaan songsang itu. Celiklah akal yang logik.. kalaupun untuk menarik sokongan kepada parti PAS. Kita tidak teragak- agak hendak menuduh bahawa binaan itu sebenarnya untuk menarik orang Cina kepada PAS bukannya kepada Islam.
Entah mengapa kita menjadi malu bila memasuki masjid asing itu, kita sangat kecewa bila tahu usaha sahabat nabi ke negeri China seperti Yusuf AsThaqafi, Saad ibn Waqqas dan Yusuf Lebid membawa lambang Islam dan mengadunkan seni Islam ke dalam binaan Cina tetapi di Rantau Panjang sebaliknya seni bina China menguasai lambang Islam tetapi senibina Islam tidak boleh membunuh karekter sebuah biara kecuali sebuah kubah yang bukan berbentuk kubah bawang tetapi bentuk semutar di kepala, satu pertanyaan mudah adakah semutar itu melambangkan simbol Islam ?
Tak perlu berbangga dengan binaan yang dikatakan masjid itu.. sungguh ia memalu dan mengelirukan, cuba kita fikir jika anak kita disekolah ditunjukkan gambar biara Buddha sanggupkah kita mengiyakan jawapan anak kita bahawa itu adalah masjid.. dan kaum lain mengejek kerana masjid itu seperti rumah ibadat mereka.
Dalam usaha Nik Aziz untuk mengkultuskan dirinya, beliau menggadai identiti Islam, tiada lagi makruh, subhah atau bidaah.. Nik Aziz tidak ragu- ragu mengiyakan apa saja asalkan boleh memberi sokongan kepada parti PAS.. walaupun hal binaan ibadat ini tidak diambil perhatian tetapi ia boleh menjadi hal yang penting mengheret kepada identiti agama seperti juga pertelingkahan kes penggunaan nama 'Allah' oleh agama selain Islam. Nik Aziz sebetulnya telah keliru, hanyut, terpesona dengan kuasa  yang dimilikinya..  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan