clixsense

Isnin, 9 Mei 2011

Ketua tidak hormat cawangan punca parti lemah ?

Masih ramai pemimpin UMNO yang sombong dengan ahli partinya sendiri, pemimpin UMNO peringkat Bahagian bukan sahaja masih membawa budaya elit bila turun ke kampung, pemimpin UMNO Bahagian tetap angkuh tidak memperdulikan sensitiviti ketua cawangan dan ahli cawangan, Pemimpin UMNO yang bertekad untuk jadi YB atau terus mengekalkan tittle itu dengan sewenangnya menggunakan kuasa membelakangkan penyokong setia mereka. Atas  nama demokrasi kononnya pemilihan Pengerusi JKKKP mestilah telus dan dipilih rakyat walaupun tahu dengan cara pemilihan akan menjatuhkan pemimpin yang  baik dengan tipu helah dan sogokan.
Dalam hal yang terpinggir ini kebiasaannya pemimpin UMNO peringkat Bahagian adalah kebal, sesiapa pun tidak dapat berbuat apa walaupun oleh seorang presiden parti.. yang dapat merubah sikap buruk dan perasan bagus pemimpin ini hanyalah pilihanraya, ahli parti terpaksa boikot dan korbankan calon mereka sendiri. Walaupun kes sebegini adalah kes yang berlaku kepada semua parti sama ada PR sekalipun tetapi sebagai ahli parti yang sayangkan partinya, kita bercakap mewakili ahli parti bawahan atau kata orang Kelantan ‘puak tamada umno’ iaitu golongan yang berguling, berpeluh, bersingsing lengan dalam menggerakkan parti tetapi dipinggirkan bila masuk bab ganjaran dan peluang yang disediakan atas nama parti UMNO. Apa yang ingin dilontarkan ini adalah nadi orang UMNO di negeri yang diperintah parti lawan, ini kerana mereka dalam suasana tewas jadi setiap apa yang dilakukan menjadi amat penting dalam membangkitkan persepsi rakyat dan penyokong sendiri.
Dalam gerakan meyakinkan rakyat dan merakyatkan pemimpin UMNO, masih ada sifat sombong pemimpin itu dalam cara mendekati rakyat dan pemimpin peringkat cawangan, pemimpin berpelajaran tinggi ini tidak dapat membuang sikap masuk kampung dengan membawa pengikut yang ramai siap dengan pengiring dan kaki ampu yang ramai, pemimpin ini juga ada ketikanya hanya singgah sekejap sahaja kata orang ‘punggung belum panas dah nak berangkat’ apalagi air yang disediakan oleh tuan rumah pun tak diusik. Pemimpin yang punya jawatan dalam kabinet juga punya keyakinan dan pendekatan sendiri dalam gerakan turun ke kampung hingga pemimpin cawangan dan orang penting cawangan sendiri pun tidak diendahkan mengakibatkan pemimpin besar itu seperti  ‘orang buta dengan gajah’ sedangkan pemimpin cawanganlah yang tahu rakyat kawasannya dan sepak terajang rakyat disekelilingnya, pemimpin cawangan sudah tentu merasa terabai dan tidak dihormati lebih malang lagi jika rumah yang dikunjungi tadi adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran sahaja atau dengan kata lain pemimpin UMNO itu telah ditipu..
Satu hal yang semakin menjadi- jadi kepada pemimpin UMNO peringkat Bahagian dan boleh menjadi serius adalah ketua Bahagian yang sewenang menandatangani apa saja surat atau dokumen yang dihulurkan tanpa merujuk kepada pemimpin UMNO cawangan. Banyak berlaku seperti sokongan untuk borang TEKUN, LKIM, KEMAS, guru KAFA, KADA, dan sebagainya yang sebelum ini ditolak oleh ketua cawangan telah diterima oleh ketua Bahagian. Keadaan ini sebenarnya ada baiknya tetapi yang buruknya adalah lebih banyak, apa perasaan ketua cawangan ? apa perasaan ahli UMNO lain bila tahu musuh ketat politik pun dapat manfaat sebagaimana mereka juga...dimana kuasa ahli JKKKP yang dilantik dikalangan ahli cawangan UMNO sekitar. Lupakah pemimpin UMNO hanya dengan cara inilah slogan parti menguasai kerajaan boleh diperkasakan. Dengan tindakan seperti ini kemungkinan pemimpin UMNO hilang sokongan pengikut sendiri dan pihak penentang usah diharap untuk menyokong calon UMNO. Pengerusi dan Ahli JKKKP yang sebelum ini sudah tertunggak elaun selama lima bulan masih lagi bekerja biarpun pemimpin mereka masih pejam mata dalam masalah ini. Pemimpin UMNO terutama yang memegang jawatan Kementeian lebih selesa memperuntukkan belanja yang besar kepada kontraktor, menyediakan peruntukkan khas kepada NGO tertentu, memberi belanja yang sewenangnya kepada individu atas nama kegiatan untuk rakyat juga sanggup berhabis kepada tabung yang pelbagai yang sebenarnya hanya memberi sumbangan yang kecil kepada menarik sokongan pengundi. Apa yang boleh dikatakan langkah yang bebal ini adalah gerakan sayap sendiri tidak diutamakan terutama sayap Pemuda dan Puteri yang sering dipersalahkan jika jentera tidak bergerak.
Walaupun tindakan memilih pemimpin tempatan secara pemilihan itu adalah amat baik tetapi bila melibatkan calon yang bekerja untuk parti seperti kata orang kampung ‘kerja macam kerbau’ tetapi bila ada muka baru yang diragui tujuannya masih relevenkah pemilihan diteruskan hanya untuk menggantikan pemegang jawatan yang banyak jasa dan masih bersemangat juga mampu memberi sumbangan itu. Dalam merumuskan hujah sayang pemimpin UMNO ini ada satu soalan yang dilontarkan oleh pemimpin cawangan yang terlepas cakap ini “Siapa yang bekerja untuk parti tidak ada matlamat...? awak tahu ke pemimpin UMNO tu pun main parti sebab nak jadi menteri lah...”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan