Jika dilihat pada banner di atas tentulah nampak cantik, baik dan memupuk amalan menderma ditambah pula dengan gambar Menteri Besar bersama Exco nya tersenyum seolah mengalu- alukan kemurahan hati rakyat untuk menderma, ditambah lagi dengan potongan ayat Al Quran dari surah Al-Munafikun : 10
Betapa licik dan terdesaknya barisan kepimpinan kerajaan negeri lebih- lebih lagi dengan suasana hampir dengan pilihanraya yang memerlukan kewangan yang banyak. Sebegitu sekali kepimpinan negeri ingin menghalal dan memberi gambaran baik kepada tindakan yang bukan sahaja memerah kemurahan hati rakyat tetapi juga tergamak menggambarkan sifat yang perlu dijauhi menjadi seperti seruan yang digalakkan dalam Islam.
Mengapakah terus- terusan kerajaan PAS menagih pengorbanan rakyat, dari pentas ceramah politik, ceramah di dataran ilmu hinggalah ke tampuk pemerintahan negeri selama 21 tahun pun penagihan dan ehsan oleh rakyat hendak diminta dan di paksarelakan. Apakah rakyat tidak terdetik hendak mengusul kemanakah sumbangan mereka dalam tabung serambi Mekah atau Tabung Tok Kenali dibelanjakan, kenapa tabung ini tidak berupaya memberi kepada rakyat pula setelah berpuluh tahun menadah sumbangan rakyat.
Bukanlah niat kita untuk menafikan kebaikan dalam amalan bersedekah tetapi berfikirlah untuk apa bersedekah kepada Kerajaan yang tidak memberi tetapi meminta- minta seperti pengemis di tepi jalan. Sedarkah kita bahawa kerja yang paling senang adalah meminta dan mengemis tetapi kerja senang inilah yang dibenci oleh Allah swt. Kerja senang ini jugalah yang semakin bertambah dan menular dalam negara yang bukan sahaja menyuburkan perlakuan mengemis oleh rakyat tempatan, ia juga menjadi lubuk rezeki para peminta derma dari negara luar bahkan dijadikan mata pencarian oleh sindiket.
Berbalik kepada program pungutan derma oleh Kerajaan PAS pada 17 November kali ke 21 (bermakna tiap-tiap tahun minta derma sejak memerintah kelantan) di Balai Islam Lundang, penganjur dengan bangganya menjemput rakyat untuk datang dan menderma. Penghinaan ini boleh dirasai oleh rakyat malahan agama Islam menjadi rendah martabatnya apabila ia dilihat sebagai agama yang sentiasa perlu pengorbanan wang ringgit untuk menjalankan urusan pentadbiran Kerajaan yang ditadbir oleh orang Islam.
Tidak ada istilah untuk merasai sumbangan Kerajaan kepada rakyat walaupun parti yang dikatakan Islam itu sudah sekian lama diberi peluang menguruskan negeri dan mencari sumber secara kreatif untuk diagihkan kepada rakyat tanpa pergantungan yang berpanjangan daripada Kerajaan pusat.
Suatu kesalahan yang nyata dan terpesong adalah menyalahgunakan ayat Al Quran demi membela kelemahan diri kerana sudah jelas melalui Hakim bin Hizam r.a katanya:
"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (H.R. al-Bukhari)
Al Quran juga menurunkan ayat yang mengatakan tangan diatas yang memberi kepada tangan dibawah itu lebih baik bukannya tangan yang berada di Pentadbiran negeri menagih sumbangan dari rakyat bawahan secara berterusan.
Adakah Pentadbiran negeri mahu berfikir bahawa surah Al Munafikun itu ditujukan kepada mereka kerana merekalah yang sentiasa munafik..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan