clixsense

Selasa, 28 Februari 2012

Kisah membudayakan amal..

Seorang rakan baru menjemput saya untuk bersama dalam majlis sembahyang hajat dan doa selamat di kediaman barunya. Pada mulanya saya menerima dan berjanji akan hadir sekiranya tiada hal- hal yang terlalu penting dan rakan itu juga nampak gembira dan senang hati cuma diakhir perbualan kami saya rasa tidak cukup seronok. Ini kerana kata rakan itu dia terpaksa membelanjakan wang dan tenaga yang banyak kerana jemputan adalah melibatkan kariah yang besar.
Barangkali niat saya hanyalah untuk cuba menyelesaikan masalah tetapi akhirnya antara kami terjadi pertentangan pendapat hingga hubungan kami sedikit tercalar, ini kerana saya melarang rakan itu membuat majlis tersebut di sebabkan kekangan kewangannya hingga terpaksa meminjam dengan adik beradik dan sudah tentunya membebankan rakan itu juga, saya dengan yakin mengatakan bahawa majlis tersebut hanyalah sekadar budaya sahaja dan akan menjadi bida'ah sekiranya ia menyusahkan diri sendiri. Saya sungguh tidak tahu pula pandangan itu disangkal begitu kuat berserta hujah- hujahnya dengan mendakwa kecurian dan bencana di sesuatu tempat adalah kerana tidak berbuat majlis naik rumah baru terlebih dahulu. Saya jadi pendek akal dan mengatakan adakah kecuriaan di masjid dan rumah pak lebai itu juga kerana tidak melakukan solat hajat dan baca yasin ? Sekali lagi saya dihambur dan dikatakan sudah terpesong dari ajaran agama. Pada tahap ini barulah saya tahu bahawa agama yang sebati dengan cara hidup itu tidak boleh dilontarkan dengan berterus terang kerana ianya akan dituduh sebagai jahil agama. Saya juga terlintas akan kes Nik Aziz diserang bertubi- tubi dalam hal Sambutan Maulidur Rasul yang lalu. Masyarakat dengan tiba- tiba menjadi perihatin jika kita tidak sependapat dengan kebanyakan orang. Saya membuat perbandingan apakah pengikut Khalifah Ali, Umaiyah atau Muawiyah yang berdosa dan memusuhi sesama agama kerana ada orang antara kumpulan itu telah dijamin oleh Nabi saw akan ganjaran syurga jadi sungguh tidak layak untuk saya menghukum tentang hal- hal antara manusia dan tuhannya.
Berbalik kepada hal rakan saya tadi, akhirnya saya mengatakan apalah gunanya buat majlis dengan menjemput jemaah yang wara untuk solat, baca yasin atau tahlil sekiranya selepas itu tuan punya sendiri tidak mendirikan solat atau memuji Allah dikediamannya dan inilah sepatutnya ditekankan kerana kita tahu bahawa dalam diri tiap orang Islam dan tiada paksaan atau bukan menjadi kewajipan untuk membuat amal sekiranya ianya hanya sebagai budaya sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan