clixsense

Ahad, 12 Februari 2012

Parti lain mesti menjadi lebih baik daripada UMNO sekiranya ingin berkuasa.

Dalam kehangatan parti- parti politik dan masyarakat sedang mempertahankan komuniti dan kaum sendiri mereka semestinya jangan melupakan perpaduan dan toleransi kaum yang telah lama diamalkan di negara kita. Walaupun semua parti politik jadi marah bila dilabelkan dengan rasis atau melampau tetapi hakikatnya mereka adalah begitu. Tidak dinafikan bahawa UMNO memang sentiasa mengutamakan Melayu dan Bumiputera tanpa ragu- ragu tetapi UMNO jugalah yang mengorbankan kepentingan total Melayu dan Bumiputera semata- mata kerana menjaga kaum- kaum lain. Parti seperti PAS pula tetap tidak dapat berpegang kepada perjuangan asal untuk meneruskan agenda Islam ortodok dan PAS sentiasa mendabik dada sebagai parti tunggal tanpa mengira kaum asalkan beragama Islam,, namun begitu setelah melihat kejayaan UMNO, PAS sudah mulai membuat hubungan dengan kaum- kaum lain sehingga ia dilihat sebagai parti baru yang bersedia berubah meninggalkan tujuan asal penubuhannya setelah keluar dari UMNO. Satu lagi parti serpihan UMNO yang menjadi kuat secara mendadak adalah PKR sebuah parti politik yang ditubuhkan semata- mata kerana Anwar Ibrahim yang dihalau dari UMNO kerana kes peribadi yang tidak dapat dimaafkan. Semua ahli UMNO sudah maklum bahawa sesiapa sahaja yang mendaftar sebagai ahli terlalu sukar dan mustahil untuk dilucutkan keahlian biarpun secara jelas tidak menyokong parti tetapi dalam kes Anwar, ia terpaksa dilucutkan kerana melibatkan pucuk pimpinan yang bakal akan disandang oleh Anwar sekiranya beliau terus berada dalam parti.. PKR memperjuangkan semua kaum dengan saksama tetapi ia tidak menjamin akan mempertahankan kepentingan mana- mana kaum sekiranya berkuasa. Dalam puluhan parti- parti kecil yang mengisi lapangan politik seluruh Malaysia, parti seperti LDP, PBS, PESAKA, PASOK, MIC, MCA dan sebagainya, tidak sukar untuk mengatakan parti tersebut adalah untuk menjaga kepentingan kaum sendiri tetapi parti tersebut tetap berhati hati dan berdisiplin dalam mendidik penyokong mereka agar tidak rakus merampas kuasa dari parti dominen UMNO, parti tersebut sentiasa meraih keuntungan dan bersama- sama membantu dalam mengekalkan keharmonian hidup dalam negara Malaysia. Selain parti UMNO yang lantang dengan perjuangan bangsa DAP adalah sebuah parti sejak mula penubuhannya bersifat anti kaum lain dan kiblat mereka adalah bangsa mereka mesti menjadi tuan dan mentadbir negara suatu hari nanti. DAP adalah parti perkauman yang sebenarnya ia terlalu rasis sehinggalah menyedari bahawa perjuangan yang melampau secara terang- terangan tidak akan berjaya, untuk itu mereka merubah strategi dengan memikat hati kaum- kaum lain demi kemenangan sendiri dengan kata lain DAP sedang memujuk lain- lain kaum untuk dipergunakan demi kejayaan memerintah dan menadi tuan dalam negara ini.
Sebenarnya tidak banyak negara di dunia yang berjaya mengekalkan perpaduan walaupun negara tersebut hanya didiami oleh satu kaum sahaja. Sebagai contoh negara Jerman, Vietnam dan Yaman pernah berpecah dan berperang dan sehingga hari ini bangsa Korea berpecah dua walaupun seagama dan sebangsa. Malaysia mungkin bernasib baik dengan apa yang berlaku pada 13 mei 1969 tidak berulang, dan lebih bernasib baik peristiwa tersebt berlaku selepas 1967 jika tidak British akan menarik balik kemerdekaan Tanah Melayu. Malaysia tetap aman walapun UMNO dengan caranya yang kadangkala tidak disenangi oleh bangsa- bangsa lain, tetapi sehingga hari ini tiada parti lain yang lebih baik daripada cara UMNO dalam negara yang berbilang kaum dan pelbagai agama. UMNO adalah teras negara dan parti terbaik dalam negara sehingga kini.. ia perlu diakui oleh semua parti dan sekiranya ingin menumbangkan UMNO ia tidak hanya slogan dan janji semata, UMNO hanya akan terhapus sekiranya ada parti yang berjaya mengatasi kelebihan UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan